CARA MUDAH MENULIS NOVEL

16 Ogos 2009 muhdnasruddin

eco2_aTIDAK dinafikan, ramai di antara kita sebenarnya cenderong untuk menghasilkan novel tetapi malangnya saudara masih samar-samar bagaimana mahu memulakan kerana saudara tidak ada asas atau panduan yang boleh diikuti. Jika saudara berpeluang, mungkin saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang diadakan tetapi jika tidak, saudara perlulah berusaha sendiri.

Bagaimanapun bengkel penulisan yang saudara ikuti hanya menerangkan secara asas kerana faktor masa. Tetapi saudara tidak perlu risau, ebook ini akan dapat menyelesaikan masalah saudara itu.  Ebook ini akan menerangkan secara terperinci dari A-Z tanpa perlu saudara mengikuti sebarang bengkel.

 Di dalam ebook CMMN ini, pembaca akan  diperkenalkan dengan ciri-ciri novel, sinopsis, plot, rangka cerita, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan sebagainya. Saya percaya, ebook ini tidak akan menghampakan jika saudara berkesempatan memilikinya.

Sebaik sahaja saudara memiliki ebook ini, saudara layak untuk mendapat bonus sebuah novel berjudul ‘Sebening Airmata’  serta 10 tip bimbingan percuma setiap minggu sehingga saudara mampu menghasilkan sebuah sinopsis novel. 

PENGENALAN

EBOOK   mengandungi 150 halaman ini sememangnya dihasilkan khusus untuk mereka yang hendak belajar menulis novel dan bercita-cita menjadi novelis supaya nama mereka sebaris dengan mereka yang sudah menempa nama di bidang ini. Ebook Cara Mudah Menulis Novel (CMMN) ini dihasilkan dengan bahasa yang mudah  supaya senang difahami.

Selain itu contoh-contoh juga disediakan supaya mereka dapat memahami dengan lebih jelas. Ebook ini dibahagikan kepada tiga bahagian di mana pada setiap bahagian terdapat judul-judul yang mengandungi maklumat berguna untuk dipraktikkan.

 BAHAGIAN  PERTAMA

 SELAIN pengenalan, pembaca akan diterangkan bagaimana bidang penulisan ini jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh ia boleh menyumbangkan pendapatan sampingan daripada royalti yang diterima setelah novel diterbitkan.  Diterangkan juga mengapa ramai di kalangan remaja gemar membaca novel ketika mengisi masa terluang atau satu kemestian untuk memiliki novel karya penulis idola mereka.

Industri novel yang sedang pesat sekarang menyaksikan banyak novel diterbitkan di pasaran. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada yang mempunyai bakat untuk menyerlahkan bakat mereka.

Kepada mereka  yang sedang berjinak-jinak dengan dunia penulisan novel dan ingin membuktikan kemampuan mereka, inilah masanya untuk berbuat demikian. Peluang tersedia di hadapan mata, mengapa harus dilepaskan peluang itu?

Ia  juga akan menjadi  penanda aras sama ada saudara berkemampuan atau tidak membuktikan kebolehan saudara menjadi pengarang atau tidak. Jika ini kali pertama saudara menghasilkan novel, ia juga merupakan satu ujian sama ada saudara mampu menarik khalayak peminat  saudara atau tidak.

Ramai juga yang berpendapat, menanti kehadiran novel sulung ibarat menantikan kelahiran seorang cahayamata sulung bagi pasangan yang sudah berumahtangga.

Apabila kita menulis novel, kita juga perlu mengkaji apakah yang sebenarnya pembaca mahu. Oleh kerana  pembaca mempunyai selera yang berbeza-beza, menjadi tugas penulis untuk menghasilkan novel yang mampu memenuhi impian mereka. Jika saudara sudah mempunyai khalayak pembaca saudara sendiri, apakah cara yang terbaik supaya mereka terus meminati karya saudara itu. Semua ada diterangkan di bahagian pertama  ebook ini.   

 BAHAGIAN KEDUA

 PADA bahagian kedua ini, pembaca akan didedahkan kepada 26 tajuk yang kesemuanya berupa panduan yang mengandungi maklumat berguna. Ia menerangkan cara menghasilkan novel bermula dari A – Z.

Di sini, saya akan terangkan secara ringkas judul-judul  penting yang wajib diikuti ketika menulis novel. Judul-judul di bahagian kedua ini juga akan diselitkan dengan contoh agar pengajaran menjadi lebih mudah dan berkesan.

Di antara judul-judul itu ialah:

  • Definisi novel

Sebelum melarikan pena menghasilkan ayat pertama di dalam novel, saudara akan diperkenalkan dengan novel dan cerpen kerana ia merupakan dua bidang yang berbeza.  Ada novel sejarah, novel remaja, novel kanak-kanak, novel Islami dan pelbagai lagi.

  •  Tema

 Isi di dalam judul ini penting untuk diambil perhatian. Sebelum menulis novel, saudara harus memastikan apakah tema yang akan ditulis. Contohnya novel yang bertemakan  kekeluargaan, sejarah, perjuangan, sosial, keagamaan dan sebagainya.

  •  Plot

Plot ialah peristiwa yang disusun dan peristiwa dengan peristiwa yang lain itu saling berkaitan dan ia berlaku  kerana adanya sebab dan akibat. Oleh itu setiap peristiwa yang hendak ditimbulkan mestilah bersebab dan ada  kaitan dengan cerita.

  •  Watak

 Bagaimana mahu menampilkan watak utama dan watak pembantu? Bagaimana juga mahu  memperkenalkan watak dan perwatakan? Ingin memperkenalkan watak, banyak caranya. Di antaranya dengan  meneliti cara watak  bertindak, berfikir,  gerak laku dan sebagainya.

Perwatakannya begaimana pula, adakah ia seorang yang sombong, ego, pemalas, pendendam, bengis, rakus dan sebagainya. Ebook ini akan menerangkan segalanya  di bawah tajuk mengenali watak dan perwatakan.

  •  Latar

 Setiap plot di dalam novel harus mempunyai latarnya. Ia ibarat ‘parking’ bagi sebuah kereta ketika mana kereta itu berada. Jika berada di dalam bangunan, di manakah kereta itu berada? Di tempat letak kereta bawah bangunan atau di luar bangunan?

Latar pula dibahagi kepada beberapa jenis. Di antaranya latar tempat, latar waktu, latar masa dan waktu dan latar persekitaran. Apakah bezanya di antara latar yang disebutkan itu?

 Sementara itu, di dalam novel, ada dua latar yang mesti ada:

Pertama: Latar masa keseluruhan cerita. Contohnya, zaman sekarang atau zaman selepas perang atau sebelum perang.

 Kedua: Latar belakang sesuatu peristiwa.

  •  Sudut pandangan

Sudut pandangan dibahagi kepada empat:

  1. Sudut pandangan orang pertama.
  2. Sudut pandangan orang serbatahu.
  3. Sudut pandangan peninjau
  4. Sudut pandangan objektif.
  • Gaya bahasa

 Pembaca  akan diterangkan bagaimana mahu mengolah novel dengan bahasa yang mudah difahami pembaca. Ebook ini akan menjelkaskan kepada pembaca.

  •  Mendapatkan bahan menulis

Pelbagai cara dijelaskan bagaimana mahu mendapatkan bahan untuk menulis novel. Satu daripadanya cerita yang dialami diri sendiri, orang lain atau dari keratan akhbar dan sebagainya.

  •  Menulis sinopsis

Ini merupakan satu judul yang penting. Sinopsis merupakan cerita keseluruhan novel yang sedang ditulis. Contoh menulis sinopsis juga disediakan kepada pembaca. Sinopsis hanya sebagai panduan supaya memudahkan penulis menulis mengikut aliran cerita yang disediakan.

  •  Menulis rangka cerita

Sesudah menulis sipnopsis, kini giliran untuk menulis rangka cerita berdasarkan sinopsis tadi. Contoh rangka cerita juga disediakan untuk lebih difahami.

  •  Menulis novel mengikut kerangka cerita

Daripada kerangka cerita yang sudah disediakan, kini tiba giliran pula untuk memulakan kerja menulis novel bermula dengan Bab satu dan seterusnya.

  •  Jadual menyiapkan novel

Setelah kesemuanya saudara fahami dan kerja menulis sudah dimulakan, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai target menyiapkan novel.

Apa juga pekrjaan, kita mesti menetapkan waktu untuk menyiapkannya, begitu juga dengan menulis novel. Di dalam ebook ini sudah disediakan satu judul sebagai panduan supaya kerja-kerja menulis tidak terencat di pertengahan jalan.

BAHAGIAN TIGA

 Pada bahagian ini, diterangkan secara ringkas, apakah yang perlu dilakukan  oleh penulis setelah manuskrip novel disiapkabn. Sama ada saudara mahu menerbitkan sendiri, dihantar ke penerbit novel atau mahu menjadikan enovel dan dijual melalui laman web. Itu terpulang kepada saudara.

 KELEBIHAN MEMILIKI EBOOK CMMN

 Mengapakah  ebook ini perlu saudara miliki?

Ebook ini akan membantu saudara menghasilkan novel berpandukan panduan, maklumat dan contoh yang disediakan. Oleh itu memilikinya bukan satu kerugia, Ia ibarat ilmu tidak akan hilang selagi saudara mahu mengamalkannya.

  1.  Saudara tidak perlu membuang masa mencari maklumat di Kedai-kedai buku, di internet dan mengumpulkan satu persatu kerana ebook ini akan menjelaskan segala-galanya mengenai novel.
  2.  Sebelum ini belum ada ebook yang memberikan panduan dan maklumat bagaimana cara yang lebih efisyen untuk menghasilkan novel. Ebook ini akan membuka kunci permasalahan anda selama ini.
  3.  Saudara akan dibimbing sehingga saudara sekurang-kurangnya menghasilkan satu bab daripada novel yang akan saudara hasilkan.  Ini sebagai komitmen kami yang tidak mahu anda berasa sia-sia memiliki ebook ini.

 Ebook yang hanya berharga RM 40.00 sahaja  dan saudara akan mendapat bonus sebuah novel berjudul Sebening Airmata atau Airmata Pertama secara percuma.      

           CARA  BAYARAN MENGGUNAKAN BANK IN

 

Akaun

Maybank

Nama

Muhd Nasruddin Dasuki

No. Akaun

162115976283

Selepas saudara bank in ke  akaun di atas, sila emailkan butiran anda.

Nama Penuh:                                                                     Tarikh:

Alamat lengkap:                                                              Masa:

Alamat e-mail anda:                                                    Tempat:       

Jumlah yang dibank in  RM 40.00

No. Telefon Bimbit:

Emailkan butiran di atas ke alamat :  mnasd_326@yahoo.comnovel percuma

Atau sms ke No. 013-3635560

Pilih salah satu novel sebagai bonus: Sebening Airmata/Airmata Pertama

 Sebagai penutup, jika saudara mahukan kejayaan, ia harus dilakukan dengan pengorbanan. Pengorbanan wang ringgit dan masa. Semua orang yang   berjaya, mereka mengamalkan apa yang disebutkan tadi.

            Bertindaklah sekarang! Keputusan di tangan saudara.

About these ads

Entry Filed under: Uncategorized

Satu Komen Add your own

  • 1. nini  |  12 Mei 2010 at 8:28 am

    saya ingin mnjadi seorang p’nulis n’vel…dan ingin m’p’lajari cara2 p’nulisan yg b’tul …adakah buku ini..d’jual d’mana2 k’dai buku…?

    • 2. muhdnasruddin  |  22 Jun 2010 at 3:31 pm

      Sdri. Nini. Ebook ini tidak dijual di mana-mana kedai buku. Boleh pesan terus dari saya. Boleh layari website: http://www.caramudahtulisnovel.com atau layari http://mnasruddindasuki.blogspot.com. Di situ banyak maklumat boleh anda perolehi. Terima kasih.

    • 3. muhdnasruddin  |  11 Mac 2012 at 7:34 am

      Ebook ini tidak dijual di mana, ia hanya boleh diperolehi jika anda membuat pesanan kepada saya. Harganya hanya RM 40.00 dapat percuma satu ebook lagi. Sila buat pesanan segera.

  • 4. rahsia  |  31 Disember 2010 at 3:24 pm

    thanks couse give me a motivation…

    • 5. muhdnasruddin  |  26 Januari 2011 at 8:15 am

      Terima kasih.

    • 6. muhdnasruddin  |  26 April 2011 at 7:24 am

      Terima kaish kembali.

  • 7. Che Pasiah Bt. Awang  |  8 Januari 2011 at 2:25 am

    Salam,

    Saudara Nasruddin saya begitu berminat untuk menulis sebuah novel tentang perjalanan kehidupan saya didalam mengejar cita-cita dan perjalanan kehidupan saya ketika berkerja diluar dan didalam negara didalam bidang profesional.

    Saya tidak pernah menulis tetapi saya yakin saya berbakat.
    Saya begitu berharap saudara dapat membantu saya untuk memenuhi cita-cita saya ini mungkin melalui buku panduan saudara dan juga khimat nasihat dari saudara.

    • 8. muhdnasruddin  |  8 Januari 2011 at 7:06 am

      Terima kasih kerana anda berminat untuk menulis kisah anda dalam bentuk novel atau apa sahaja bentuk buku. Sama novel atau buku, keseluruhan cerita itu atau sinopsis sudah ada. Kemudian barulah dutuliskan rangka novel. Kerangka novel ini mebawa maksud, apakah yang hendak kita tulis pada bab pertama,kedua, ketiga dan seterusnya sehinggalah cerita itu selesai. Berpandukan kepada kerangka novel yang sudah ada, barulah kerja-kerja menulis boleh dilakukan. Tulislah dar bab pertama sehingga selesai mengikut rangka yang disediakan. hendak menceritakan disini barangkali kekurangan tempat. Saya nasihatkan anda ziarahi blog saya. http://mnasruddindasuki.blogspot.com. Di situ banyak maklumat mengenai penulisan dan bagaimana mahu mendapatkan ebook Cara Mudah Menulis Novel dan bagaimana cara mahu membelinya. Sekian terima kasih.

    • 9. muhdnasruddin  |  5 Januari 2012 at 9:58 am

      Itu tidak menjadi masalah, sya bersedia membantu sdra. asalkan sahaja sdra. memang berminat menulis novel.

  • 10. aen  |  27 Mac 2011 at 9:28 am

    sya b’mnat sngat nk buat 1 nOvel,,,,tpi sya tk tau cra nk buat…sya dpat tau yg kt sini ad jual bku cara mudah buat nOvel,,,skrang ad lgi x???

    • 11. muhdnasruddin  |  11 Mac 2012 at 7:12 am

      Ya,ebook Cara Mudah Menulis Novel masih dijual lagi. Kepada mereka yang baru belajar hendak menulis novel, ebook ini memang sesuai sangat. Sila buat pesanan. Cara pembayaran sila rujuk ke blog saya. Terima kasih.

    • 12. muhdnasruddin  |  11 Mac 2012 at 7:14 am

      Ya, ebook berkenaan masih dijual lagi. Anda boleh buat pesanan dengan melayari blog saya.

  • 13. aen  |  27 Mac 2011 at 9:29 am

    sya nk sngat buat 1 nOvel,,,tpi sya xtau mcam mne nk mule,,,sya dpat tau yg kt sini ad jual bku cra mudah buat nOvel,,,skrg bku tu ad lgi x???

    • 14. muhdnasruddin  |  26 April 2011 at 7:05 am

      Hendak menulis novel, sepatutnya sudah ada asas untuk menulis novel. Saya hendak ceritakan macam mana hendak menulis npovel di sini, ruang sangat terhad. Bagaimanapun saya sarankan layari blog saya di http://mnasruddindasuki.blogspot.com
      kerana dalam blog berkenaan banyak maklumat mengenai penulisan novel dipaparkan.
      Anda boleh juga mendapatkan ebook saya berjudul CARA MUDAH MENULIS NOVEL (CMMN) dan 50 TIP PENULISAN NOVEL. Untuk mendapatkannya dan cara bayaran, sila layari blog berkenaan, ada info untuk mendapatkannya. Terima kasih.

    • 15. muhdnasruddin  |  5 Januari 2012 at 9:56 am

      Ya, ebook berkenaan masih ada lagi. Jika anda berminat, anda boleh membuat pesanan segera. TQ.

    • 16. muhdnasruddin  |  11 Mac 2012 at 7:38 am

      Ya ebook berkenaan masih dijual lagi. Sila buat pesanan segera selagi stok masih ada. Banyak maklumat daripada ebook untuk mereka yang baru belajar menulis novel.

  • 17. Ghazali  |  4 Mei 2011 at 11:41 am

    salam

    Masih ada lagi buku cara mudah tulis novel?

    • 18. muhdnasruddin  |  5 Mei 2011 at 1:06 pm

      Salam kembali. Ya, ebook itu masih ada lagi. Jika anda ingin memiliki, sila rujuk tentang info pembayaran dan info lain melalui blog ini. Terima kasih.

    • 19. muhdnasruddin  |  31 Disember 2011 at 6:59 am

      Ya masih ada lagi. Sila layari blog saya.

    • 20. muhdnasruddin  |  11 Mac 2012 at 7:28 am

      Salam. Sdra Ghazali. Ya masih ada ebook yang anda maksudkan. Sila buat pesanan segera sementara stok masih ada. banyak m aklumat di dalam ebook ini yang mesti anda miliki. Hanya RM 40.00 dapat ebook percuma lagi….

  • 21. faizaljaafar  |  8 Oktober 2011 at 2:26 pm

    Assalammualaikum saudara,
    adakah saya masih berpeluang memiliki ebook ini sekarang?

    • 22. muhdnasruddin  |  31 Disember 2011 at 6:52 am

      Ya masih ada lagi. sdra. buka layari blog saya. http://mnasruddindasuki.blogspot.com.

    • 23. muhdnasruddin  |  11 Mac 2012 at 7:16 am

      Allaimumsalam. Anda masih berpeluang untuk mendapatkan ebook berkenaan. Sila buat pesanan, ebook akan dihantar sebaik sahaja pengesahan pesanan diterima. Banyak maklumat boleh diperolehi terutamanya mereka yang handak menulis novel

    • 24. muhdnasruddin  |  11 Mac 2012 at 7:24 am

      kumsalam sdra Faizal jaafar. Ya sdra. masih berpeluang untuk mendapatkan ebook Cara Mudah Menulis Novel ini. Sila buat pesanan segera kerana banyak maklumat di dalam ebook ini. Anda boleh layari blog saya untuk mendapatkan maklumat mengenai bayaran dan sebagainya.

    • 25. muhdnasruddin  |  11 Mac 2012 at 7:26 am

      Allaikumsalam. Ya, sdra. masih berpeluang untuk mendapatkan buku, masih terbuka. Sila buat pesanan segera semantara stok masih ada.

  • 26. rosyalina  |  28 Disember 2011 at 5:02 am

    bagaimana cara untuk membuat ayat novel yang di sukai pembaca?

    • 27. muhdnasruddin  |  31 Disember 2011 at 6:51 am

      Kita sebenarnya tidak tahu, bagaimanakah ayat-ayat di dalam novel yang disukai pembaca kecuali jika ada maklum balas daripada pembaca. Pada kita mungkin ayat-ayat yang kita gunakan sedap didengar atau dibaca tetapi tidak pada orang lain. Ada oembaca suka dengan ayat yang biasa didengar sehari-hari, ada juga pembaca yang suka dengan ayat yang berbunga-bunga indah didengar. Bagaimanapun jika kita ingin membuat ayat yang sedap dengar pertamanya kita perlu banyak membaca novel yang mempunyai ayat-ayat yang indah, membaca mutiara kata, madah-madah, kata-kata pujang kemudian ita olah dan jadikan ayat sendiri. Boleh juga di dalam ayat-ayat dalam novel selitkan, madah, kata pujangga, mutiara kata dan sebagainya supaya pembaca tidak berasa ayat biasa sahaja.
      Sebagai contoh: Tubuhku tidak akan terluka jika di kiri dan kananku orang beradu kekuatan dengan pedang, tetapi hatiku akan luka dan sakit jika fikiranku berperang sesama sendiri.

  • 28. aby  |  4 Januari 2012 at 12:50 pm

    Assalammualaikum saudara, masih ada lagi tak ebook CMMN dan 50 Tip Penulisan Novel tu? Terima kasih..

    • 29. muhdnasruddin  |  5 Januari 2012 at 9:55 am

      Allaikumsalam. kedua-dua ebook berkenaan masih ada lagi. Jika anda berminat, anda boleh membuat pesanan secepat mungkin. Anda tidak akan rugi memilikinya.

  • 30. Nizah  |  29 Mac 2013 at 10:11 am

    Salam. Adakah ebook ini masih boleh didapati?

    • 31. muhdnasruddin  |  2 April 2013 at 1:44 am

      Salam. Ya ebook yang anad maksudkan masih boleh didapati. Jika anda berminat, sila buat pesanan segera. Terima kasih.

  • 32. Lavandula  |  19 Jun 2013 at 3:28 pm

    Adakah tawaran jualan ebook ini masih aktif..?

    • 33. muhdnasruddin  |  27 Mei 2014 at 1:54 am

      ya masih aktif, anda masih boleh mendapatkannya. SMS 013-3635560 untuk cara pembelian.Teima kasih.

  • 34. Lavandula  |  19 Jun 2013 at 3:32 pm

    Tambahan soalan… Adakah dgn pembelian ebook tersebut, masih percuma 2 novel tersebut..? Adakah 2 novel tersebut berkisah cinta..? Anyway, saya ucapkn syabas kerna strategi ebook ini telah menarik ramai peminat…

    • 35. muhdnasruddin  |  26 Jun 2013 at 12:58 am

      Pembelian ebook berkenaan masih aktif dan akan mendapat satu novel percuma. untuk itu sertakan nama dan alamat penuh ketika
      pembelian untuk memudahkan penghantaran. TQ.

  • 36. nur adila  |  7 Mei 2014 at 4:01 am

    Assalamualaikum, ebook cara mudah menulis novel masih boleh dibeli ke?

    • 37. muhdnasruddin  |  27 Mei 2014 at 1:53 am

      Allaikumsalam, ya ebook berkenaan masih boleh dibeli. SMS saya untuk makluman cara pembelian ke 013-3635560.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Laman

Kategori

Kalendar

Ogos 2009
I S R K J S A
« Jun   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Most Recent Posts

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 106 other followers

%d bloggers like this: