PRIMA BUKU BUKA PELUANG TULIS NOVEL

PADA 7 Mei 2011, saya berpeluang menghadiri pertemuan penulis yang dianjurkan oleh Grup Buku Karangkraf di Auditorium Syarikat Kumpulan Karangkraf. Di bawah Grup Buku Karangkraf terdapat tiga anak syarikat penerbit Karangkraf, iaitu Alaf 21, Prima Buku, Karya Bistari yang kesemuanya menerbitkan pelbagai jenis buku bermula dari novel, buku kanak- buku agama, buku resepi, buku motivasi dan banyak lagi.

Menurut Puan Sri Diah selaku Pengurus Besar Grup Buku Karangkaf, banyak peluang untuk berkarya boleh disalurkan ke mana-mana penerbitan yang bersesuaian.

Pertemuan yang dihadiri kira-kira 200 penulis yang telah menghasilkan buku dengan Grup Buku Karangkraf diadakan untuk mendedahkan kepada penulis mengenai peluang-peluang menulis yang disediakan oleh Grup Buku Karangkaf.

Kepada mereka yang sedang menghasilkan novel dan sedang memilih penerbit mana yang hendak menerbitkan, mulai sekarang boleh meninjau peluang menghasilkan novel dengan Prima Buku.

Prima Buku memberi peluang kepada penulis baru yang sedang menghasilkan novel untuk diterbitkan. Kepada mereka yang sudah siap mansukrip novel, sila berhubung dengan editor Prima Buku atau Encik Ali untuk menyerahkan mansukrip mereka. 

Sebenarnya  banyak lagi peluang untuk berkarya dengan Grup Buku Karangkraf. Mereka yang berminat boleh menghubungi mana mana editor GBK, antaranya: Siti Aisyah Hussain 019-2614355, Norfilzah Wahidon 019-3386885, Shahida Md Kassim 019-5165961 dan Siti Zarina Hussin 017-8892262.

Kirim komen atau tinggalkan jejak balik: URL Jejak Balik.

Komentar

  • Fadzlina Masud  On 12 Mei 2011 at 2:22 am

    Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Saya berminat menulis novel dan saya kini dalam proses menyiapkan manuskrip untuk dihantar ke Buku Prima. Boleh saya tahu bila due date nya, dan berapa hari yang Buku Prima inginkan manuskrip dihantar?? saya amat berharap maklum balas daripada pihak tuan. terima kasih…

    • muhdnasruddin  On 14 Mei 2011 at 2:32 am

      Allaikumsalam.Syabas kerana anda sedang dalam proses menyiapkan sebuah manuskrip novel. Semoga ia menjadi kenyataan nanti. Apa yang penting sekarang. Siapkan manuskrip itu dahulu. Sebenarnya tidka ada due date untuk menghantar novel ke Buku prima, anda boleh menghantar pada bila-bila masa sahaja setelah manuskrip itu siap. Anda boleh menghantar dengan cara menghantar sendiri kepada editor (hubungi editor terlebih dahulu), dengan cara pos atau dengan cara email. selepas dihantar, editor akan menilai terlebih dahulu, jika sesuai diterbitkan, penulis akan dihubungi mengenai perkembangan novel itu.

  • L  On 2 Jun 2011 at 8:58 am

    Terima kasih atas maklumat. Kalau kita nak design cover sendiri boleh? :D

    • muhdnasruddin  On 14 Disember 2011 at 6:21 am

      Salam. Kebiasaannya design cover ditentukan oleh pihak penerbit dan editor. kadang-kadang desin cover memainkan peranan untuk melariskan jualan novel. Sebaik-baiknya serahkan perkara ini kepada pihak penerbiyt. Mereka yang lebih arif. Terima kasih dan Wassalam.

  • Nazdiana Juma'ad  On 16 Jun 2011 at 9:33 pm

    Assalamualaikum & Salam sejahtera.. Saya ada menghasilkan beberapa manuskrip dan ingin menghantar manuskrip karya saya ke Buku Prima.. tetapi sebelum itu saya ingin bertanya tentang anggaran ketebalan manuskrip dan juga tentang saiz rupa taip manuskrip, serta apakah syarat yang di gariskan oleh pihak Buku prima tentang karya yang hendak di hantar? Segala makluman dari pihak tuan amat saya harapkan. Sekian Terima kasih. Salam w.wt.

    • muhdnasruddin  On 14 Disember 2011 at 6:19 am

      Allaikumusaalam. Tebal manuskrip novel yang sederhana di antara 350 -500 halaman kertas taip A4 ditaip double spacing dengan taip hurum New Times Roman. Syarat-syaratnya manuskrip mmesti ditap kemas, betul ejaan erta ayat-ayatnya di samping ceritanya mempunyai mesej. Untruk lebih mudah, baca dulu novel-novel terbitan prima, anda akan tahu cerita yang bagainmana yang diperlukan. Terima kasih dan wasallam.

  • eun  On 17 Julai 2011 at 3:25 am

    salam,sy ingin btanya.. Saya skg berumur 18tahun,dan tdk mpunyai apa2 pglaman utk mnulis,namun sy teringin skali mcuba mghntr n0vel sy ke prima buku,adakah sy lyk? Dan adakah pihak prima buku mnerima n0vel yg bTemakan cinta?

  • atie  On 6 September 2011 at 1:57 pm

    salam….saya masih muda….sangat muda..tetapi saya sangat meminati bidang penulisan…sudah banyak novel yang saya karang , semua novel saya itu , kawan2 sayalah yg membacanya..mereka kata novel saya bagus malah mereka sering menyuruh saya untuk menulis lagi…masalahnya , saya terlalu muda untuk menulis novel , layakkah saya untuk menghantar karya saya kepada pihak ini ? harap sudi membantu…terima kasih

    • muhdnasruddin  On 20 September 2011 at 6:53 am

      Menghasilkan novel tidak terhad kepada umur. Jika sdra. yakin dengan manuskrip itu sila hantar ke mana-mana penerbit yang dirasakan sesuai. Diharapkan satu hari nanti novel sdra. dapat diterbitkan.
      Jangan putus asa untuk terus berusaha.

  • nabihah  On 7 Disember 2011 at 6:49 am

    wahhh, sy sgt berminat untuk menjinak-jinakkan diri dlm penulisan novel. harap masih ada kesempatan untuk saya. terima kasih sbb bagi informasi mengenai peluang menulis novel yg diberikan oleh prima buku, :)

    • muhdnasruddin  On 14 Disember 2011 at 6:07 am

      Semua orang mempunyai peluang untuk menghasilkan novel. Yang penting jangan lepaskan
      peluang ini. Semoga cita-cita untuk menghasilkan novel akan menjadi penyataan.

  • siti nadzirah bt jaaffar  On 12 Disember 2011 at 11:56 am

    salam….sya sedang menghasilkan sebuah novel…macam mna saya nak menghubungi editor tuh…??

    • muhdnasruddin  On 14 Disember 2011 at 6:11 am

      Salam. Anda boleh menghubungi Grup Buku Karangkraf. No. telefonnya. 03-51013888 bercakap dengan mana-mana edior Prima Buku. TQ.

  • alya  On 13 Disember 2011 at 1:40 pm

    salam. kalau nak hantar manuskrip tu kena hantar semua bab ke sesetengah sahaja?

    • muhdnasruddin  On 14 Disember 2011 at 6:14 am

      Salam. Sebaik-baiknya hantar semua bab, maksudnya manuskrip yang dah siap sepenuhnya. Mudah untuk editor membuat penilaian. Bukan apa jika hantar setengah bab, mungkin menyukarkan
      editor untuk membuat penilaian kerana cerita tergantung.

  • chacha  On 19 Disember 2011 at 4:21 pm

    salam . saya nak tanya macam mana nak hantar manuskrip melalui pos ?

    • muhdnasruddin  On 31 Disember 2011 at 7:35 am

      Anda boleh gunakan pos laju atau pos biasa. sebelum diposkan pastikan berat manuskrip itu kerana berat akan menentukan harga setem. dan jangan lupa tulis BAHAN BERCETAK pada bahagian atas sebelah kanan sampul surat manuskrip itu. Anda juga boleh gunakan POS BERDAFTAR jika bimbang, manuskrip tidak sampai. Juga jangan lupa tuliskan nama pengirim di belakang sampul surat manuskrip itu. Sekiranya manuskrip tidak sampai, ia boleh dipulangkah kepada pengirim.

    • muhdnasruddin  On 21 Januari 2012 at 9:00 am

      Jika mahu menghantar melalui pos, masukkan dalam satu sampul surat dan tulis BAHAN BERCETAK pada sudut kiri sampaul surat sebelah atas. Anda juga perlu menimbang berat manuskrip itu untuk kos setem jika dipos biasa.

  • alya  On 20 Disember 2011 at 6:43 pm

    Salam. biasanya novel yang paling sikit berapa bab dan muka surat? saiz tulisan dan fond yang biasa digunakan pula bagaimana? terima kasih.

    • muhdnasruddin  On 31 Disember 2011 at 7:32 am

      Pada kebiasaan untuk sekarang ini, jumlah halaman paling sedikit sekitar 350 halaman dan bab pula terpulang kepada penulis. Untuk lebih mudah pastikan setiap bab biarlah mempunyai halaman yang sama. Jika bab 1 ada lapan halaman, bab 2 juga lapan halaman, begitulah seterusnya. Untuk itu, anda boleh pastikan sekiranya menulis 500 halaman, bahagilah dengan 8. Anda akan perolehi jumlah bab yang perlu ditulis. Saiz tulisan kebiasaan 12 pt Times New Roman, ditaip double spacing. lebihkan kira-kita insi di sebelah atas, bawah, kanan dan kiri supaya manuskrip kelihatan kemas.

  • murni  On 27 Disember 2011 at 8:12 pm

    Assalamualaikum..saya bercita-cita hendak menjadi seorang penulis tetap dari kecil,boleh saya tahu apa kelulusan yang diperlukan untuk menjadi seorang penulis?

    • muhdnasruddin  On 31 Disember 2011 at 7:28 am

      Allaikumsalam. Apa yang penting untuk menjadi seorang penulis ialah bakat. Jika anda sudah ada bakat, bakat itu boleh diasah sama ada dengan banyak membaca buku novel atau apa sahaja genre penulisan. Anda boleh juga mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang diuadakan oleh mana-mana persatuan penulis atau penerbit itu sendiri. Tetapi jika anda memiliki kelulusan di bidang berkaitan sama ada diperolehi daripada mana-mana instutusi, itu adalah satu kelebihan tetapi tidak semestinya anda memiliki kelulusan tinggi barulah ingin menjadi penulis. Apa yang penting bakat yang ada perlu dusah sebaik mungkin.

    • muhdnasruddin  On 21 Januari 2012 at 8:58 am

      Ingin menjadi penulis tk perlu adakelulusan tinggi tetapi jika ada kelulusan di didng penuisa, itu lebih baik. Apa yang penting anda harus mendapatka ilmu menulis yang boleh didapati dari mana bengkel penulisan atau mencari banak m aklumat di intern e.

  • wahida amalin.  On 4 Januari 2012 at 5:22 am

    salam.. saya buat 350 page .. boleh ke setiap bab saya buat 4 page. ? dan satu lagi, nak hantar melalui e-mail mcm mana?

  • wahida amalin.  On 4 Januari 2012 at 5:25 am

    salam.. saya nak tanya lau saya buat 35o page,dan setiap bab saya buat 4 page,boleh kew??? satu lagi,macam mana nak hntr melalui e-mail .. terima kasih.

    • muhdnasruddin  On 21 Januari 2012 at 8:46 am

      Salam. Seelok-elok untuk satu bab yang ditaip dalam satu kertas A4 panjangnya di antara enam sehingga lapan halaman, tudak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Menghantar karya sama ada cerpen atau novel melalui email, sama sahaja dengan kita menghantar dokumen. Tulis novel dalam satu fail. Sesudah siap emelkan fail berkenaan menggunakan ‘Attchment file’ kepada penerbit mana yang hendak kita hantarkan.

  • syida baharuddin  On 5 Januari 2012 at 9:06 am

    salam, boleh ke kita menghantar karya hanya untuk suka-suka tanpa perlu menjadi penulis tetap bagi syarikat terbabit?

    • muhdnasruddin  On 21 Januari 2012 at 8:38 am

      Salam. Sebaik-baiknya anda menulis bersungguh-sungguh kerana editor hanya memberi peluang kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi penulis. Anda tidak rugi jika menulis bersungguh-sungguh dan bukan bermakna jika anda menghantar karya ke mana-mana penerbitan, anda mesti terikat dengan syarikat berkenaan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers