MANUSKRIP TEBAL, BAGAIMANA NAK HANTAR

JIKA  satu ketika dahulu  ketebalan sesebuah novel sekitar 200 – 250 halaman tetapi sekarang selera pembaca sudah berubah. Ketebalan  novel seperti itu sukar ditemui. Jika kita rajin ke  kedai buku, novel berbahasa Melayu sudah melebihi ketebalan sehingga 500 halaman malah ada novel setebal 700 halaman.

            Semakin tebal novel diterbitkan, semakin mahal pula harganya dan sudah tentulah royalti untuk penulis bertambah. Cuma apa yang menjadi masalah, bagi penulis ialah ketika menghasilkan novel setebal itu. Bagi penulis novel yang sudah biasa menulis manuskrip setebal itu mungkin tidak menjadi masalah.

            Masalah hanya dapat dirasakan kepada mereka yang baru belajar menghasilkan manuskrip novel.  Apakah cerita yang hendak ditulis dalam novel setebal itu? Untuk menghasilkan manuskrip itu sudah tentu memakan masa yang lama untuk disiapkan.

           Masalah lain timbul pula apabila manuskrip novel itu siap. Masih ada penulis yang bertanya bagaimanakah mahu menghantar novel setebal itu kepada pihak penerbit? Masalah mungkin tidak timbul sangat jika penulis sudi untuk menghantar secara ‘by hand’ kepada penerbit. Tetapi bagaimana jika penulis jauh dari pihak penerbit? Sebagai contoh, mereka tinggal di Sabah atau Sarawak.

            Mahu atau tidak mahu, mereka terpaksa menghantar melalui pos kepada penerbit di semenanjong. Ada penulis yang bimbang dengan keselamatan manuskrip novel mereka. Maklum sahajalah, hendak menyiapkan sebuah manuskrip novel memakan masa yang lama lebih kurang enam bulan atau setahun. Jika manuskrip tidak sampai ke tangan penerbit, tentulah manuskrip ‘sesat’ dalam perjalanan.

            Bagi mengatasi masalah ini, penulis mesti menyimpan satu salinan manuskrip untuk rujukan. Penulis juga boleh menghantar mansukrip melalui CD tetapi untuk lebih selamat. Boleh menghantar mansukrip melalui emel sahaja. Cuma mungkin menjadi masalah kepada editor terpaksa mencetak semula manuskrip itu untuk memudahkan membuat penilaian sama ada boleh diterbitkan atau tidak.

            Bagaimanapun jika masalah ini timbul, penulis disaran berhubung dahulu dengan editor atau pihak penerbit sebelum menghantar manuskrip mereka. Jika pihak bersedia menerima manuskrip melalui emel, lebih baiak menggunakan emel sahaja. Tetapi jika penerbit mahukan manuskrip asal dihantar, terpaksalah penulis menghantar mansukrip asal dalam bentuk cetakan kertas  A4  dan ditaip dengan jarak dua spacing.

 

 

Kirim komen atau tinggalkan jejak balik: URL Jejak Balik.

Komentar

  • iza  On 31 Oktober 2011 at 4:36 am

    kalau tak keberatan saya ingin bertanya….saya minat menulis …untuk menghasilkan sebuah novel dari mana nk mula???? untuk pengetahuan saudara/saudari saya menulis di dalam microsoft word?? tapi tak tahu nk jadikan ia sebuah manuskrip?????

    • muhdnasruddin  On 2 November 2011 at 10:07 am

      Sebelum anda menulis novel, sudahkah anda menyiapkan rangka cerita atau sinopsis? Rangka cerita atau sinopsis amat perlu sebelum menulis novel. Ia ibarat pelan atau susunan kerja sebelum membuar rumah. Jika tidak ada pelan atau susunan kerja, bagaimanakan hendak memulakan membina sebuah rumah? Yang mana satu mesti didahulukan. Jika anda susah ada rangka cerita, maksudnya anda susah tulsikan apakah yang perlu anda tulis pada bab 1 dan seterusnya, sudah tentu anda tidak ada masalah hendak mula menulis. Oleh itu sediakan dahulu rangka cerita, kemudian tulislah ikut apa yang yang anda rangkakan. Sekian terima kasih kerana berminat menulis nocel.

  • fakhira  On 22 November 2011 at 8:34 am

    maknanya kalau nak buat manuskrip kena buat dalam 500 helai ke atas lah yer ??

    • muhdnasruddin  On 23 November 2011 at 5:24 am

      Itu cuma anggaran tetapi yang sedang di antara 350 hingga 500 halaman kertas A4 yang ditaip dengan double spacing sebab apabila siap menjadi
      buku, muka surat akan menjadi susut lebih kurang menjadi 420 – 450 halaman bagi yang bermuka surat 500 kertas A4.
      Lagi pun trend sekarang ini, banyak novel yang tebal.

  • Mohd Nasrul Radhi Bin Mohd Nasir  On 10 Disember 2011 at 1:58 pm

    saya sudah siapkan 300 muka surat. Anggarannya berapakah mukasurat yang akan jadi apabila dibukukan?

    • muhdnasruddin  On 11 Disember 2011 at 6:16 am

      Kalau boleh panjangkan sedikit sehingga 350 atau 400 halaman sebab apabila siap menjadi buku muka surat akan susut lebih kurang 50 halaman. Kalau 300 halaman kertas A4 akan menjadi 250 halaman. Oleh itu jika 400 atau 450 halaman bila menjadi buku ia akan menjadi setebal 350-400 halaman. Biar tebal jangan terlalu nipis.

  • Mohd Nasrul Radhi Bin Mohd Nasir  On 10 Disember 2011 at 2:15 pm

    Lagi satu… saya gunakan Times New Roman dan double spacing..

    • muhdnasruddin  On 11 Disember 2011 at 6:18 am

      Ya cara itu betul. kalau boleh beri ruang kira 1 inci sebelah atas bawah, kanan dan kiri. Bukan apa. kalau editor membaca. mudah nak buat editing. Tulisan biar kemas, ejaam betul supata memudahkan editor membuat penilaian.

  • nasuha najjwa  On 13 Disember 2011 at 1:31 pm

    salam,apa yang perlu diisi dalam sebuah manuskrip.saya hanya tahu menulis. tapi tidak tahu sturktur manuskrip yang sebenar. boleh bagitahu?

    • muhdnasruddin  On 14 Disember 2011 at 6:28 am

      Salam. Hendak diterangkan di sini, mungkin tidak cukup ruang. Tetapi anda boleh dapatkan maklumat mengenai penulisan novel saya di blog saya. http://mnasruddindasuki.blogspot.com atau muhdnasruddin.wordpress.com. Banyak maklumat yang boleh anda perolehi dalam blog ini. Terima kasih dan Wassalam.

  • Mohd Nasrul Radhi Bin Mohd Nasir  On 14 Disember 2011 at 10:51 am

    Salam..bagaimana tentang cover buku? Cover setiap bab? Adakah boleh saya letakkan satu page untuk tulis ‘BAB 1′…terima kasih..

    • muhdnasruddin  On 31 Disember 2011 at 7:16 am

      Salam. Tidak perlu disertakan cover buku kerana itu kerja artis layout dan editor yang menentukannya. Tugas penulis hanya menulis isi novel itu sahaja, yang lain-lain serahkan kepada editor yang menguruskan penerbitan novel berkenaan.

  • Balqis Mohd Yusof  On 17 Disember 2011 at 11:54 am

    Assalamualaikum… saya ada buat 3 buah novel iaitu Siapakah Cinta Di Hati Ini, See You di IPT dan Warkah Cinta Pengikat Sanubari..Saya nak tanye beberapa perkara…Kalau pasal sinopsis cerita, penulis ke yang perlu menulis sinopsis tersebut? Dan dalam manuskrip novel, berapa saiz font yang perlu ditulis?
    Tulisan apa yang sesuai? Times New Roman? Kalau saya nak hantar novel tersebut, perlu hantar kepada siapa ya? Syukran..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers