MANUSKRIP TEBAL, BAGAIMANA NAK HANTAR

JIKA  satu ketika dahulu  ketebalan sesebuah novel sekitar 200 – 250 halaman tetapi sekarang selera pembaca sudah berubah. Ketebalan  novel seperti itu sukar ditemui. Jika kita rajin ke  kedai buku, novel berbahasa Melayu sudah melebihi ketebalan sehingga 500 halaman malah ada novel setebal 700 halaman.

            Semakin tebal novel diterbitkan, semakin mahal pula harganya dan sudah tentulah royalti untuk penulis bertambah. Cuma apa yang menjadi masalah, bagi penulis ialah ketika menghasilkan novel setebal itu. Bagi penulis novel yang sudah biasa menulis manuskrip setebal itu mungkin tidak menjadi masalah.

            Masalah hanya dapat dirasakan kepada mereka yang baru belajar menghasilkan manuskrip novel.  Apakah cerita yang hendak ditulis dalam novel setebal itu? Untuk menghasilkan manuskrip itu sudah tentu memakan masa yang lama untuk disiapkan.

           Masalah lain timbul pula apabila manuskrip novel itu siap. Masih ada penulis yang bertanya bagaimanakah mahu menghantar novel setebal itu kepada pihak penerbit? Masalah mungkin tidak timbul sangat jika penulis sudi untuk menghantar secara ‘by hand’ kepada penerbit. Tetapi bagaimana jika penulis jauh dari pihak penerbit? Sebagai contoh, mereka tinggal di Sabah atau Sarawak.

            Mahu atau tidak mahu, mereka terpaksa menghantar melalui pos kepada penerbit di semenanjong. Ada penulis yang bimbang dengan keselamatan manuskrip novel mereka. Maklum sahajalah, hendak menyiapkan sebuah manuskrip novel memakan masa yang lama lebih kurang enam bulan atau setahun. Jika manuskrip tidak sampai ke tangan penerbit, tentulah manuskrip ‘sesat’ dalam perjalanan.

            Bagi mengatasi masalah ini, penulis mesti menyimpan satu salinan manuskrip untuk rujukan. Penulis juga boleh menghantar mansukrip melalui CD tetapi untuk lebih selamat. Boleh menghantar mansukrip melalui emel sahaja. Cuma mungkin menjadi masalah kepada editor terpaksa mencetak semula manuskrip itu untuk memudahkan membuat penilaian sama ada boleh diterbitkan atau tidak.

            Bagaimanapun jika masalah ini timbul, penulis disaran berhubung dahulu dengan editor atau pihak penerbit sebelum menghantar manuskrip mereka. Jika pihak bersedia menerima manuskrip melalui emel, lebih baiak menggunakan emel sahaja. Tetapi jika penerbit mahukan manuskrip asal dihantar, terpaksalah penulis menghantar mansukrip asal dalam bentuk cetakan kertas  A4  dan ditaip dengan jarak dua spacing.

 

 

65 thoughts on “MANUSKRIP TEBAL, BAGAIMANA NAK HANTAR

  1. iza berkata:

    kalau tak keberatan saya ingin bertanya….saya minat menulis …untuk menghasilkan sebuah novel dari mana nk mula???? untuk pengetahuan saudara/saudari saya menulis di dalam microsoft word?? tapi tak tahu nk jadikan ia sebuah manuskrip?????

    • muhdnasruddin berkata:

      Sebelum anda menulis novel, sudahkah anda menyiapkan rangka cerita atau sinopsis? Rangka cerita atau sinopsis amat perlu sebelum menulis novel. Ia ibarat pelan atau susunan kerja sebelum membuar rumah. Jika tidak ada pelan atau susunan kerja, bagaimanakan hendak memulakan membina sebuah rumah? Yang mana satu mesti didahulukan. Jika anda susah ada rangka cerita, maksudnya anda susah tulsikan apakah yang perlu anda tulis pada bab 1 dan seterusnya, sudah tentu anda tidak ada masalah hendak mula menulis. Oleh itu sediakan dahulu rangka cerita, kemudian tulislah ikut apa yang yang anda rangkakan. Sekian terima kasih kerana berminat menulis nocel.

    • muhdnasruddin berkata:

      Itu cuma anggaran tetapi yang sedang di antara 350 hingga 500 halaman kertas A4 yang ditaip dengan double spacing sebab apabila siap menjadi
      buku, muka surat akan menjadi susut lebih kurang menjadi 420 – 450 halaman bagi yang bermuka surat 500 kertas A4.
      Lagi pun trend sekarang ini, banyak novel yang tebal.

    • muhdnasruddin berkata:

      Ya betul sebab apabila ia menjadi buku, ada kemungkinan muka surat akan susut 2o-50 halaman bergantung kepada saix buku berkenaan.

  2. Mohd Nasrul Radhi Bin Mohd Nasir berkata:

    saya sudah siapkan 300 muka surat. Anggarannya berapakah mukasurat yang akan jadi apabila dibukukan?

    • muhdnasruddin berkata:

      Kalau boleh panjangkan sedikit sehingga 350 atau 400 halaman sebab apabila siap menjadi buku muka surat akan susut lebih kurang 50 halaman. Kalau 300 halaman kertas A4 akan menjadi 250 halaman. Oleh itu jika 400 atau 450 halaman bila menjadi buku ia akan menjadi setebal 350-400 halaman. Biar tebal jangan terlalu nipis.

    • muhdnasruddin berkata:

      300 halaman mungkin belum mencukupi kerana apabila sudah menjadi buku, mungkin tinggal 250 halaman sahaja. Sebaik-baiknya tamab hkan dalam 100 – 150 surat lagi atau lebih.

    • muhdnasruddin berkata:

      Sekurang-kurangnya 500 halaman atau lebih kerana jika ia menjadi buku, halaman muka surat akan menjadi susut,

    • muhdnasruddin berkata:

      Ya cara itu betul. kalau boleh beri ruang kira 1 inci sebelah atas bawah, kanan dan kiri. Bukan apa. kalau editor membaca. mudah nak buat editing. Tulisan biar kemas, ejaam betul supata memudahkan editor membuat penilaian.

      • jesson berkata:

        Jarakkan satu inci atau lebih pada sebelah kanan, kiri, atas dab bawah setiap halaman….. pa maksud tu?

      • muhdnasruddin berkata:

        Tujuan dikosongkan satu inci di sebelah atas, bawah, kanan dan kiri supaya memudahkan ediotr yang membaca manuskrip kita membacanya. Jika tulisan kemas senang dibaca, novel yang kurang baik pun boleh diterbitkan sebab cara penulisannya yang mengikut sistem dan peraturan. Cuba bayangkan kalau kita membaca manuskrip yang tidak menggunakan spacing yang terlalu rapat, editor susah hendak mengedit atau mencatitkan sesuatu. Beri ruang kosong sebagaimana yang dinyatakan itu kerana tempat itu adalah tem pat editor untuk mencatatkan sesuaatu.

    • muhdnasruddin berkata:

      Salam. Hendak diterangkan di sini, mungkin tidak cukup ruang. Tetapi anda boleh dapatkan maklumat mengenai penulisan novel saya di blog saya. http://mnasruddindasuki.blogspot.com atau muhdnasruddin.wordpress.com. Banyak maklumat yang boleh anda perolehi dalam blog ini. Terima kasih dan Wassalam.

    • muhdnasruddin berkata:

      Salam. Anda boleh dapatkan buku-buku atau ebook bagaimana mamhu menulis novel. Saya sendiri ada ebook bertajuk CARA MUDAH MENULIS NOVEL. Anda oleh dapatkan ebook berkenaan sebagai panduan.

  3. Mohd Nasrul Radhi Bin Mohd Nasir berkata:

    Salam..bagaimana tentang cover buku? Cover setiap bab? Adakah boleh saya letakkan satu page untuk tulis ‘BAB 1’…terima kasih..

    • muhdnasruddin berkata:

      Salam. Tidak perlu disertakan cover buku kerana itu kerja artis layout dan editor yang menentukannya. Tugas penulis hanya menulis isi novel itu sahaja, yang lain-lain serahkan kepada editor yang menguruskan penerbitan novel berkenaan.

    • muhdnasruddin berkata:

      Laimnya cover novel adalah kertas editor dan artis yang menyaipkan buku berkenaan. Penulis tidak perlu sediakan cover. Ya setiap bab perlu ditulis BAB 1 sehinggalah berapa yang kita mahukan…

    • muhdnasruddin berkata:

      Salam. Cover buku atau Ilustrasi adalah tugas editor dan artis layout. Tugas anda ialah menulis manuskrip sahaja. Yang lain-lain itu adaah tugas editor sahaja. terima Kasih.

  4. Balqis Mohd Yusof berkata:

    Assalamualaikum… saya ada buat 3 buah novel iaitu Siapakah Cinta Di Hati Ini, See You di IPT dan Warkah Cinta Pengikat Sanubari..Saya nak tanye beberapa perkara…Kalau pasal sinopsis cerita, penulis ke yang perlu menulis sinopsis tersebut? Dan dalam manuskrip novel, berapa saiz font yang perlu ditulis?
    Tulisan apa yang sesuai? Times New Roman? Kalau saya nak hantar novel tersebut, perlu hantar kepada siapa ya? Syukran..

    • muhdnasruddin berkata:

      Allaikumsalam. Penulis perlu menuliskan sinopsis novel pada manuskrip yang dihantar kepada editor. Ini untuk memudahkan editor mengetahui jalan cerita novel berkenaan. Sain font yang biasa digunakan ialah 12 pt. New Times Roman. Taip dengan jarak dua, Double spacing dan jarakkan lebuh inci lebih pad

    • sebelah atas, bawah, kanan dan kiri halaman muka surat setiap manuskrip.
    • muhdnasruddin berkata:

      Allaikumussalam. Sinopsis novel penulis perlu sediakan untuk memudahan editor membuat penilaian. Saiz font yang digunakan ialah New Times roman 12 pt, novel boleh terus hantar kepada editor mana-mana penerbit yang anda rasakan sesuai. Ia boleh dihantar secara pos atau email sahaja. terima kasih.

  5. syed jimmy berkata:

    salam,..saye sudah ada bahan..tuk di bukukn..namun terdapat beberapa kesulitan antaranya format manuskrip..adakah setiap editor berbeza beza?kalau boleh terangkan format yg biase di pakai…terima kaseh..

    • muhdnasruddin berkata:

      salam. Setiap editor lebih kurang sama sahaja format menulis novel. Bagaimanapun format asas adalah seperti berikut.
      Font: Times Roman 12 pt.
      Menaip dengan jarak satu baris dengan baris bawahnya, ialah double spacing.
      Jarakkan satu inci atau lebih pada sebelah kanan, kiri, atas dab bawah setiap halaman muka surat. Setiap paragraf jangan terlalu banyak baris, empat atau ima bars sudah mencukupi.

    • muhdnasruddin berkata:

      Salam. Format menulis manuskrip novel adalah sama. Manuskrip mesti ditulis dengan font

    • New Times Roman, size 12 pt. Ditap dengan double spacing. Jarakankan kira-kira 1 inci pada sebelah atas, bawah , kanan dan kiri kertas saiz A4 anda. Jangan lupa tuliskan muka surat sekali. Paragraf jangan terlalu panjang, cukup empat atau ima baris setiap satu paragraf.
  6. Ainol Azman berkata:

    Assalammualaikum, ada tak salah satu contoh manuskrip yang diterima pakai? bagi satu contoh sebagai rujukan

    • muhdnasruddin berkata:

      Allaikumsalam. Saya mohon maaf kerana tiada manuskrip contoh sebelum di hantar ke penerbit.

    • muhdnasruddin berkata:

      Allaikumsalam. Anda boleh dapatkan contoh manuskrip novel daripada enjin carian Google. Taipkan contoh manuskrip novel pada ruang search.

  7. Carlienna Maarof berkata:

    Assalammualaikum, saya seorang yang begitu minat dalam bidang penulisan, kini saya ada menyiapkan sebuah cerita tak pasti samada ianya di kategorikan novel mahupun cerpen bagaimana nak menghantarnya dan apa yg perlu saya lakukan agar hasil karya di terima oleh pihak anda

    • muhdnasruddin berkata:

      Allaikumussalam. Anda harus pastikan dahulu sama ada anda menulis cerpen atau novel. Jika novel sila hantar ke mana-mana penerbitan novel yang ada. Jika cerpen anda boleh kirimkan ke mana-mana manakah atau akhbar yang bersesuaian. Penulis seharusnya tahu, apa yang sedang ditulis sama ada cerpen atau novel.

    • muhdnasruddin berkata:

      Allaikumusalam. Novel panjangnyanya kira-kra 400 – 500 halaman kertas A4. Cerpen panjang tidak lebih daripada 10 halaman kertas A4. Karya boleh dihantar melalui emel atau pos biasa. Cerpen di hantar ke mana-mana majalah yang bersesuaian dan novel di hantar ke mana-mana penerbit novel.

  8. Karya Tinta berkata:

    Assalamualaikum.. Saya dari penerbit buku Karya Tinta sedang mencari penulis penulis baru untuk diketengahkan bakatnya berkarya.. walaupun baru ditubuhkan, pemilik syarikat tidaklah baru dalam bidang penerbitan ini, saya telah berkecimpung dalam dunia penerbitan dan pengedaran buku sejak tahun 2005.. Jika berminat boleh menghubungi saya di alamat email karyatinta@gmail.com

    • muhdnasruddin berkata:

      Allaikumussalam. Ya, saya aka tuliska maklumat anda itu ke dalam blog saya. Kemungkinan jika ada yang membacanya nanti boleh menghubungi Karya Tinta untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  9. siti asmidah alias berkata:

    assalamualaikum..sinopsis dan jalan cerita tersebut hantar sekali ke atau hantar sinopsis dulu??saya ingin menulis novel remaja ..anggaran helaian kertas A4 macam mana??sebelum saya hantar karya saya perlu saya hubungi dahulu atau hantar terus ke penerbit??

    • muhdnasruddin berkata:

      Allaikumusalam. Sinopsis atau jalan cerita hendaklah dihantar bersama-sama manuskrip yang ssudah siap kepada editor atau penerbit. Menulis novel remaja anggaran kertas A4 lebih kurang 400-500 halaman ditaip dengan double spacing. Sebelum manuskrip di hantar ke penerbit, lebih baik hubungi editor terlebih dahulu untuk memaklumkan. Manuskrip boleh dihantar secara pos atau emailkan sahaja. Terima kasih.

  10. nurul berkata:

    as salam,saya nak tanya,kalau saya nak buat novel genre cinta,lagi2 cinta remaja zaman sekarang,boleh ke saya menggunakan perkataan ringkas atau tidak formal seperti ‘kot’, ‘je’ dan sebagainya. dan boleh tak saya mencampuradukkan bahasa malaysia dan bahasa inggeris dalam satu ayat?

    • muhdnasruddin berkata:

      Salam. Gunakan bahasa yang betul sebagaimana yang anda belajar semasa di sekolah. Pernahkah anda membaca novel Inggreris, diselitkan dnegan bahasa melayu? Jika tiada, apakah salahnya gunakan sahaja bahasa Melayu?

  11. Camelia ... berkata:

    Salam. Saya ingin mengajukan beberapa soalan tentang menghantar karya manuskrip novel ke Syarikat Alaf 21 dan juga Prima Buku.

    Pertama; Biasanya berapa peratuskah bayaran royalti yang akan diperolehi oleh penulis novel di bawah Syarikat Alaf 21 dan juga Prima Buku sekiranya novelnya dapat diterbitkan oleh kedua-dua syarikat tersebut?

    Kedua; Adakah kedua-dua syarikat tersebut akan menghantar perjanjian terlebih dahulu kepada penulis tersebut sebelum menerbitkan novelnya?

    Ketiga; Adakah kedua-dua syarikat tersebut menjalankan etika-etika tertentu seperti tidak melakukan penipuan terhadap pembayaran royalti kepada penulis dan adakah penulis akan sentiasa mendapat royaltinya?

    Keempat; Sekiranya saya mendapat info-info dan maklumat daripada internet atau majalah atau surat khabar untuk jalan cerita novel saya, bolehkah saya masukkan/copy and paste maklumat daripada sumber tersebut ke dalam novel saya? Tidakkah salah dari segi undang-undang saya copy and paste maklumat itu dan masukkannya ke dalam novel? Atau apakah saya perlu meletakkan ‘Reference (Rujukan)’ di belakang manuskrip novel itu?

    Kelima; Seandainya novel saya sudah siap dibuat dan saya ingin menghantarnya ke Syarikat Alaf 21 atau Prima Buku, isi/ kandungan apakah yang perlu saya lampirkan bersama-sama manuskrip tersebut? (Seperti surat lampirankah atau sinopsis atau apa?)

    Keenam; Biasanya saya pernah terdengar tentang kes penipuan yang berkaitan dengan penulis menghantar manuskrip novelnya melalui email dan akhirnya syarikat tersebut mengambil manuskrip novel tersebut tanpa pengetahuan penulis dengan meletakkan nama penulis lain. Jadi untuk mengelakkan kejadian tersebut terjadi, kalau boleh saya ingin menghantarnya melalui pos. Dan bagaimanakah cara untuk saya elakkan kejadian penipuan itu berlaku? Perlukah saya lampirkan surat yang mempunyai nama saksi dan bukti yang menunjukkan manuskrip novel tersebut adalah hak milik penulis sebenar?

    Ketujuh; Saya sangat-sangat berminat untuk menghantar manuskrip novel saya itu ke Syarikat Alaf 21 atau Prima Buku, bolehkah saya tahu apakah alamat dan nombor telefon kedua-dua syarikat ini?

    Saya ingin meminta maaf seandainya persoalan-persoalan saya ini terlalu banyak dan panjang. Sesungguhnya saya amat berharap agar soalan-soalan pertanyaan saya seperti di atas dapat dijawab dan dibalas secepat yang mungkin. Dan jawapan yang dibalas oleh encik amatlah saya hargai. Terima kasih. Wassalam 🙂

    • muhdnasruddin berkata:

      Salam Alaf 21 dan Buku Prima, royaltinya ialah 10 %. Jika buku layak diterbitkan, penulis diberikan satu perjanjian penerbitan untuk ditandatangani.Setahu saya di Buku Prima dan Alaf 21 sudha ada 200 lebih penulis setakat ini. Tidak ada seorang pun daripada mereka mengadu ditipu penerbit. Tidak boleh copy paste apa-apa maklumat di dalam internet ke dalam novel, anda hanya dibenarkan mengambil fakta. Jika ada sumber rujukan, elok dinyatakan di belakang novel berkenaan. Surat lampiran perlu, jika tidak penerbit tidak akan tahu, siapakah yang menulis novel itu. Sinopsis juga perlu. Untuk memudahkan supaya tidak ditipu oleh mana-mana penerbit, sila hantar sendiri manuskrip dan berjumpa dengan editor dan serahkan kepadanya.Belilah novel alat 21 dan Buku Prima, di dalam novel itu ada tercatat nama editor, n. telefon dan alamatnya sekali. Saya harap jawapan di atas dapat memuaskan hati walaupun kelahatan amat ringkas.

    • muhdnasruddin berkata:

      Salam. Bergantung kepada kelulusan penerit dan kesesuaian manuskrip untuk dierbitkan. Paling laama setahun enam bulan.

  12. Arissa Diana berkata:

    Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah had umur untuk menulis sesuatu novel? Saya sudah mempunyai manuskrip tetapi tidak pasti sama ada format saya betul atau tidak. Cara untuk menghantar melalui pos betul? Manuskrip tu perlu di hantar dengan kertas A4 yang sudah diprint atau macam mana ya? Itu sahaja terima kasih 🙂

    • muhdnasruddin berkata:

      Waalaikuusalam. Tidak ada had umur bagi menulis novel. Jika manuskrip sudah siap elok hantar terus kepada mana-mana penerbit. Boleh hantar melalui pos. Print dahulu manuskrip itu kemudian binding dan terus hantar kepada penerbit.

    • muhdnasruddin berkata:

      Banyakan membaca novel dan kaji bagaimana penulis novel itu memulakan menulis novel. Apa yang mereka tulis, ituah cara memulakannya.

  13. shimbi berkata:

    assalamualaikum..hye.sy baru lg nak menulis novel..sy mahu tanya.macam mana contoh rangka manuskrip?..mksd sy.kite kene wat perenggan sndri or diaorang yang buat ye?..nak kne jgk ke buat Bab1 – sterusnya? mcm dalam novel tu..or diaorg yg wat?kalau hantar memalui emel boleh kan?..tetapi lau banyak sgt..mcm mna pulak?nak kene buat biodata tu..nak cerite psl apew lagi?..lepastu.sy xpkai rujukkan ..sy hanya pkai imaginasi.mcm mana ye?..nak kne jgk ke rujukkan tu?maaf byk tanya..sb xtahu..

    • muhdnasruddin berkata:

      Waalaikumusalam. Saya cadangkan anda membeli ebook Cara Mudah menulis Novel kerana semua yang anda tanyakan ada di dalam ebook berkenaan. Jika hendak dijawab semua pertanyaan anda, pasti tidak kecukupan ruang.

  14. eiyta ahmad berkata:

    Err, assalam. Nak tanye ni.. mksudnya klu kita taip manuskrip tu kene double spacing? Meants?? And one more thing.. saya confuse.. bila kita taip setiap bab.. sebagai contoh nak taip BAB 1. Nak letak fon berapa saiz tulisan “bab 1” tu???

    • muhdnasruddin berkata:

      Waalaikumusalam. Ini tidak menjadi masalah sekira sejak awal anda sudah menyediakan rangka. Maksudnya apabila sudah siap bab 1, anda akan meneruskan bab 2 dan begitulah seterusnya sehingga selesai. Tetapi jika tidak ada rangka, memang menjadi masalah. Dalam rangka tersut, anda akan tuliskan apa yang sepatutnya ditulis pada bab 1, 2, 3 dan seterusnya. Bab sememangnya berubah-ubah tidak semsstinya latarnya saam malah watak-wataknya juga berubah.
      Sila dapatkan banyak maklumat menlis novel di blog saya yang lain di http://www.mnasruddindasuki.blogspot.com

  15. MUHAMMAD IQBAL berkata:

    assalamualaikum.saya nak tanya.setiap perkataan dengan perkataan yang lain mesti dua kali jarak.contoh “saya tidak tahu'” begitukah?

    • muhdnasruddin berkata:

      Sila dapatkan buku-buku di mana yang anda rasa buku itu boleh diterbitkan. Contohnya jika Alaf 21. Beli salam satu buku berkenaan. Di dalam buku itu ada nama editor, alamat pejabar dan nomboe telefon yang boleh dihubungi. Sila dapatkan maklumat lanjut atau tulis emel.

Tinggalkan Jawapan kepada muhdnasruddin Batal balasan