Novel Yang Sudah Diterbitkan

Dayang Sindora

Novel DAYANG SINDORA diterbitkan oleh Rhythm Publishing Sdn. Bhd. di Pulau Pinang pada tahun 2003. Novel ini adalah novel yang ketiga diterbitkan syarikat berkenaan. Dua buah lagi novel yang pernah diterbitkan ialah Manjala Impian dan Mawar Shafiq. Dayang Sindora sebuah novel remaja, tebal 356 Halaman. Harga RM 13.90. Ceritanya mengisahkan seorang anak yang terpisah sejak kecil dengan ayahnya akibat perceraian dan bertemu semula dengan bantuan seorang pelukis potret.

Kudiam Hatimu Selama

NOVEL Ku Diam Hatimu Selama diterbitkan oleh Tempo Publishing, Anak syarikat Penrbitan Delta  di  Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1987. Penerbit ini juga sudah tidak wujud lagi sekarang.   Bagi yang menggemari keindahan bahasa, novel ini memiliki keindahan bahasanya tersendiri. Novel ini mengisahkan kisah cinta seorang guru wanita terhadap seorang yang tidak kesampaian. Menjadi kelaziman, cinta yang kecundang menjadi santapan penulis novel ketika itu.  

Gerimis Masih Di Pipi

NOVEL Gerimis Masih Di Pipi diterbitkan Mastika Publishers pada tahun 1988. Penerbit ini  tidak wujud lagi sekarang. Ini adalah novel pertama yang diterbitkan. Novel ini mengisahkan ketabahan seorang gadis yang lumpuh dan berkerusi roda untuk ke sekolah. Walaupun lumpuh, masih insan yang sedia membantu dan menaruh simpati. Selain itu dia menghadapi konflik dengan rakan-rakan rapatnya. Pada akhir cerita kerana ketabahan menghadapi dugaan, akhirnya gadis ini mampu untuk berjalan. 

Mengukir Impian

      NOVEL Mengukir Impian diterbitkan oleh Marwilis Publisher & Distrributors Sdn. Bhd pada tahun 1993. Tebal 164 halaman. Harga RM 7.50. Novel ini mengisahkan seorang gadis yang menghadapi tekanan perasaan kerana dituduh menjadi punca sepupunya mati lemas ketika berkelah.  Atika dan abangnya Muharam anak yatim piatu menjadi mangsa dendam Jalal, bapa saudaranya. Novel ini banyak memainkan emosi watak utamanya Atika.

Komentar

  • sastro  On 16 Mei 2010 at 12:10 am

    novel FAIL HITAM; Cahaya Dalam Kegelapan, bakal terbit tidak lama lagi, so dapatkan ia dipasaran….insyaAllah.

    • muhdnasruddin  On 16 Mei 2010 at 2:55 pm

      Boleh beritahu siapakah penerbtnya?

  • montok  On 21 Mei 2011 at 12:33 am

    buku-buku novel yang diterbitkan guna bahasa tak sesuai contoh “mangkuk”. ada apaan itu macam?

    • muhdnasruddin  On 21 Mei 2011 at 9:42 am

      Sebaik-baiknya gunakan bahasa yang sesuai. Penulis juga bertanggungjawab memberikan sesuatu yang baik kepada pembaca. Elakkan daripada menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya digunakan dan penulis harus bertanggungjawab apa yang dituliskannya.

  • sikon  On 27 Disember 2011 at 9:13 am

    menulis novel satu kepuasan jika berjaya diterima dan diterbitkan. jika ditolak setelah ditapis maka bukan bererti novel kita tidak bagus cuma yang menilainya punya fikiran berbeda waktu itu. sekian…..selamat bernovel-novelan…

    • muhdnasruddin  On 31 Disember 2011 at 7:39 am

      Ya betul pendapat saudara itu.

  • busuk ucuk  On 28 Januari 2012 at 1:51 pm

    Salam Boleh saya ingin bertanya. Bagaimanakah cara untuk kita menghantar manuskrip novel kita ke syarikat novel di malaysia? Apa nama syarikat yang patut kita hantar novel kita tu? Dan bagaimana caranya untuk bagi mereka (syarikat novel itu) dapat menerima novel kita itu? Terima kasih.

  • muhdnasruddin  On 17 Januari 2011 at 10:10 am

    Oh..banyak penerbit. Antaranya DBP, Oasis Buku, Buku Prima, PTS dan banyak lagi.

  • muhdnasruddin  On 26 Januari 2011 at 8:13 am

    Oh semuanya diterbitkan oleh dari penerbit di Malaysia yang ngetop.

  • muhdnasruddin  On 26 April 2011 at 7:23 am

    Buku yang mana satu pak? Kalau ebook diterbitkan sendiri.

  • muhdnasruddin  On 26 Januari 2011 at 8:12 am

    Terima kasih kerana sudi menziarah blog saya. Blog saya juga boleh diziarahi di alamat
    http://mnasruddindasuki.blogspot.com.

  • muhdnasruddin  On 26 April 2011 at 7:22 am

    Terima kasih. Cubalah hasilkan sebuah novel. Anda pasti boleh!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 36 other followers