Resensi Novel: Sebening Air Mata

RESENSI NOVEL: SEBENING AIRMATA.OLEH  KAKINOVEL.COM

Pada kesempatan ini saya mengambil peluang membaca sebuah judul kreatif yang dihasilkan oleh penggiat sastera yang sudah lama menulis dan mengarang. Karya-karya beliau sering terpapar di akhbar dan majalah dan juga novel-novel yang diterbitkan oleh banyak penerbit.Tetapi kali ini beliau mengorak langkah baru serta berusaha dan menerbitkan sendiri karya kreatif melalui syarikat penerbitannya MND Publications and Distributors yang ditubuhkan setahun yang lalu. Syabas buat saudara Muhd Nasruddin Dasuki. Novel pertama beliau di bawah label MND Publications and Distributors ialah Sebening Air Mata (2003).

Sebening Air Mata menyorot kisah suka duka watak utama Siti Nur Balqis binti Abdul Hakim yang pada usia meningkat dewasa telah dijadikan barang jaminan dan galang-ganti oleh ibunya Sofea, yang tidak pernah membesarkannya. Dia dipujuk/ (…..) oleh ibunya untuk menjadi isteri kepada Zey Iskandar dengan harapan hutang-hutang suaminya yang tersangkut dengan bapa Zey Iskandar dapat dilunasi. Zawiyah, nenek yang membesar dan memelihara Siti Nur Balqis tidak berupaya melawan takdir dan melepaskan cucunya dengan hati yang berat dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga yang bakal dibinanya.

Doa seorang nenek tidak kesampaian, sehingga menghembus nafas terakhir, Siti Nur Balqis tidak kunjung sampai. Kepulangannya ke kampung halaman tempat ia dibesarkan hanya sekadar sempat menatap dan menangisi tubuh neneknya yang terkujur layu.

Suaminya Zey Iskandar tidak ada bersamanya, Siti Nur Balqis keluar dari rumah senja itu dengan lenangan air mata setelah terjatuh talak satu kerana mengengkari perintah suami keluar rumah untuk menziarahi kematian nenek. Dia pasrah dan menerima keadaan dengan hati yang penuh kecelaruan.

Kenapa Zey Iskandar, seorang suami yang terpelajar bertindak begitu kejam sekali? Apakah kerana kecantikan wajah yang dimiliki oleh Siti Nur Balqis menyebabkan Zey Iskandar menjadi manusia dan suami yang tidak punya perasaan? Hingga akhirnya Siti Nur Balqis hidup terpenjara beberapa ketika di dalam sangkar emas yang dibina oleh Zey Iskandar! Bagaimanakah usaha Siti Nur Balqis melayari bahtera rumahtangganya yang sentiasa bergelora? Dan banyak lagi persoalan yang sukar dijawab sepanjang membaca novel ini.

Disebabkan novel ini sarat dengan persoalan dan jawapan yang tidak mungkin terjawab maka pengarang, Muhd Nasruddin Dasuki berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya melalui novel sambungan yang bakal diterbitkan sedikit hari lagi iaitu Sebening Air Mata 2. Tunggu dan dapatkannya di kedai buku dan bersama kita membaca.

 

     
Name Ramlah Rashid
August 18, 2005   10:02 PM PDT
 
Saya terhutang budi pada awak kerana banyak menunjuk ajar saya menulis novel.awak diantara penulis lelaki yg saya kagumi, teruskan usaha awak memartabatkan penulisan novel utk sastera. SELAMAT MAJU JAYA.
 
     
Sri Diah
August 19, 2004   02:00 PM PDT
 
salam kenal dan selamat merdeka :-)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s