MENCARI BAHAN MENULIS NOVEL

KEPADA  mereka yang baru belajar hendak menulis novel, sudah tentu berasakan amat sukar, apakah bahan atau cerita yang hendak ditulis.  Kadang-kadang, oleh kerana terlalu banyak cerita di seputar kita, kita menjadi bingung hendak memilih yang manakah satu hendak dijadikan bahan?

Ya, di sekeliling kita pelbagai cerita yang kita dengar dan lihat. Semua itu memang boleh dijadikan bahan untuk menulis novel. Setiap hari apabila kita membaca akhbar, kita akan menemui pelbagai cerita dipaparkan. Semua itu perkara yang benar-benar berlaku. Contohnya kes ragut, pembunuhan, penderaan, rompakan, penculikan, kes buang bayi, penipuan dan seribu satu kes yang dipaparkan.

Mengapa kita tidak ambil satu contoh, misalnya kes ragut. Wujudkan satu watak yang menjadi pelaku ragut. Kemudian huraikan mengapa pelaku itu menjadi peragut, tulis latar belakang dan sebagainya. Mungkin pelaku itu terdesak untuk mendapatkan wang untuk membiayai perubatan anaknya yang sakit.

Sebelum itu, mungkin dia sudah cuba meminta bantuan daripada kawan atau saudara mara terdekat, tetapi tidak ada seorang yang mahu membantu. Di dalam keadaan terdesak, dia termenung di tepi jalan. Kebetulan dia terlihat seorang wanita dengan gaya sombong menayangkan gelang emas di tangan dan beg tangan yang terbiar bergayut di bahu. Saat itu terdetik di fikiran untuk melakukan kerja ‘bodoh’ itu.

Ya, di dalam keadaan terdesak, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Apatah lagi apabila mengenangkan anak yang sakit di rumah. Hanya yang kurang atau hilang pertimbangan sahaja sanggup melakukan perbuatan itu. Walau apapun pekerjaan yang salah tetap salah. Di dalam novel, yang salah akan tetap menerima hukuman.

Cerita ini sebenarnya boleh dikembangkan, bukan sahaja terhadap kepada si pelaku tetapi kepada watak yang lain. Misalnya kepada mangsa ragut itu. Mungkin benar kehidupannya yang suka ‘menayangkan’ harta  serta menunjuk-nunjukkan kekayaannya. Akibat sikap sombongnya itu, beg tangan berisi barang kemas diragut. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan keinsafan.

Seterusnya konflk boleh diwujudkan satu persatu. Si pelaku akhirnya merengkok di dalam penjara akibat perbuatannya.  Satu hari perempuan yang menjadi mangsa peragut ke hospital menziarahi salah seorang rakannya sakit. Ketika menziarahi rakannya itu, dia sangat bersimpati dengan seorang kanak-kanak yang sedang sakit ditemani oleh ibunya. Akhirnya mereka berbual-bual dan bertanyakan mengenai ayah kanak-kanak itu.

Setelah berbual barulah diketahui, ayahnya di penjara kerana kesalahan meragut untuk mendapatkan wang bagi membiayai perbelajaan rawatan anaknya. Tanpa disangka, perempuan itulah yang kebetulan menjadi mangsa ragut. Oleh kerana simpati, perempuan yang kaya dan  sombong tetapi telah insaf,  bersedia membiayai perubatan kanak-kanak di hospital.

Pada satu ketika yang lain, perempuan mangsa ragut itu di bawa bertemu dengan peragut di penjara. Si peragut meminta maaf kepada mangsa ragut itu. Dia melakukan perbuatan itu kerana terpaksa namun kini dia sedar. Bagi perempuan yang menjadi mangsa ragut itu pula, dia sedia memaafkan perbuatan si peragut itu. Dia yakin, kerana terlalu kasih terhadap anak, seorang ayah sanggup berbuat  apa sahaja asalkan anak yang dikasihi dapat hidup sihat.

Pertemuan seperti itu sudah pasti mengharukan. Jika penulis novel bijak mengadun dan mengolah, sudah pasti pembaca akan berasa terharu dan simpati.

Apa yang dicatatkan di atas hanyalah secebis bahan yang boleh diadun dan dikembangkan dengan memasukan banyak sub plot untuk “memeriahkan” novel berkenaan. Sebenarnya bukan kes ragut sahaja boleh dijadikan isi cerita, kes-kes lain seperti penipuan, penderaan boleh dikait dengan cerita teras tadi.

Di dalam hal ini, kebijaksaan penulis mengolah akan menjadikan cerita lebih menarik. Amalkan menjadikan keratan cerita-cerita yang disiarkan di akhbar sebagai bahan untuk dijadikan novel. Seperti juga kita hendak memasak satu masakan, banyak bahan-bahan perlu digunakan. Apabila bahan-bahan sudah mencukupi, tukang masak akan memasak menggunakan kepakarannya untuk menghasilkan masakan yang lazat.

Begitu juga dengan mendapatkan bahan untuk menulis novel. Apa sahaja cerita yang kita  dengar, baca dan lihat, semuanya boleh diadun untuk dijadikan bahan untuk menghasilkan sebuah novel.  

 

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s