CARA MENULIS TIGA NOVEL DALAM SATU MASA

MEMBACA tajuk di atas bukan mustahil untuk dilakukan. Tetapi bagi penulis novel yang baru hendak menulis novel, tidak digalakan untuk berbuat demikian. Memang ada penulis novel yang mampu berbuat demikian, tetapi mereka adalah penulis yang sudah mahir dan sudah melahirkan beberapa buah novel.

            Penulis novel yang baru menceburi bidang ini digalakan menyiapkan sebuah novel dahulu. Apabila novel itu sudah siap, barulah mulakan menulis novel baru. Ini untuk mengelakkan proses penulisan bertindih akhirnya cerita menjadi bercelaru.

            Jangan terlalu rakus untuk menyiapkan tiga novel sekaligus jika tidak berkemahiran dan cukup ilmu menulis novel. Mereka yang menulis tiga novel sekaligus kerana sudah menyediakan jadual sejak awal penulisan.

            Contohnya:  

            Pengarang menulis novel B setelah menulis novel A 70 peratus siap.

            Pengarang memulakan menulis novel C setelah menulis novel B 50 peratus siap.

             Apabila novel A siap 100 peratus, novel B sudah siap 70 peratus manakala novel C siap 50 peratus.

            Setakat ini, sebuah  novel (A) sudah siap manakala  novel B meningkat kepada 70 peratus dan novel C meningkat 50 peratus.

            Apabila novel B siap 100 peratus, tinggal sebuah lagi novel (novel C) sudah meningkat ke 70 peratus.

            Kerja menulis tiga novel sekaligus ini dilakukan apabila pengarang berasa jemu atau tiada idea menulis novel A. Dia beralih ke novel B. Begitulah seterusnya, jika tiada idea menulis novel B, pengarang beralih menulis ke novel C pula.

            Ada baik dan ada keburukannya menulis tiga novel sekaligus. Baiknya, Masa yang sepatutnya dapat menyiapkan sebuah novel, sebaliknya dapat menyiapkan tiga buah novel.

            Keburukannya pula, ada kemungkinan perwatakan watak-watak utama pada ketiga-tiga novel itu akan saling bercelaru jika pengarang tidak bijak mengawal  perwatakan.

            Perwatakan novel A kemungkinan menjelma pada watak novel B, begitu juga dengan watak-watak lain. Tetapi jika pengarang bijak mengawal pergerakan watak-watak dalam novel berkenaan, ia tidak menjadi masalah.

            Keburukan lain, pengarang tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada satu-satu novel kerana terpaksa mengerakan tiga novel dalam satu masa.

            Pengarang mungkin ada jadual. Minggu pertama, menulis Novel A. Minggu kedua menulis novel B dan minggu ketiga menulis novel C pula. Begitulah seterusnya berpatah balik ke novel A oada minggu keempat.

            Perbuatan seperti ini, ibarat seorang yang menggunakan tiga pedang untuk menewaskan musuh yang sama. Manakah yang lebih mudah menewaskan musuh dengan satu pedang atau tiga pedang?

            Menggunakan satu pedang lebih mudah memberikan tumpuan. Manakala menggunakan tiga pedang mungkin sukar kerana kita hanya ada dua tangan, bagaimana hendak memegang satu pednag lagi?

            Mungkin ada yang memberikan jawapan, bagaimana jika pedang pertama patah atau terpelanting? Bukankah kita ada pedang kedua sebagai gantinya?  Jika pedang kedua pula terpelanting, kita masih ada satu peluang dengan pedang ketiga.

            Bagaimanapun cara di atas tidaklah salah jika dilakukan. Terpulang kepada kebijaksanaan masing-maisng menggunakan helah untuk berjaya.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s