TULISLAH NOVEL APA YANG PEMBACA MAHU

PEMBACA  sebenarnya ada hak untuk memilih novel yang bagaimana  mereka mahu. Sebagai penulis novel, adakah saudara hanya mahu menulis apa yang saudara tahu sahaja atau menulis apa yang pembaca mahukan sedangkan saudara tidak tahu menulis apa yang mereka mahukan?

            Sebagai penulis, sewajarnya saudara perlu serba tahu. Jika saudara tidak tahu mengenai sesuatu topik,  saudara perlu ambil tahu dan mendapatkan maklumat daripada mana-mana sumber.

            Contohnya jika saudara diminta menulis novel mengenai alam sekitar, adakah saudara mampu melakukannya sedangkan saudara tidak tahu topik itu manakala anda lebih mahir menulis novel cinta atau kekeluargaan.

            Sebenarnya tidak susah jika saudara bijak mengolah cerita. Cerita yang berunsurkan cinta boleh diselitkan menghenai alam sekitar, begitu juga sebaliknya.

            Walau apapun cerita, pengarang perlu bijak mengolah crita sebagaimana yang pembaca mahukan. Ia ibarat seorang tukang masak yang boleh memasak apa juga jenis masakan untuk pelangannya.

            Jika masakan daging ayam contohnya. Daging itu boleh dimasak kari. Masak lemak, masak kicap. Daging ayam kurma, ayam goring bersalut madu dan pelbagai jenis masakan yang asalkan bermula daripada daging ayam.

            Menulis novel juga begitu. Ia boleh diolah dengan pelbagai teknik dan cara asalkan pengarang pintar mengolahnya. Di sini tidak timbul, seorang penulis novel popular tidak mampu menulis novel Islami, atau novel sejarah atau novel seram dan sebagainya. 

            Apabila membaca tajuk di atas, ia boleh ditafsir sebagai dua  perkara yang berbeza. 

Pertama:

            Penulis wajar menulis apa yang pembaca mahukan.

Kedua:

            Penulis juga wajar menulis apa yang mereka tahu. Bagaimana hendak menulis sesuatu jika penulis tidak tahu apa yang hendak ditulis?

            Oleh yang demikian,  tulislah apa yang penulis tahu saja. Tetapi penulis wajar juga untuk belajar apa yang mereka belum tahu supaya tahu.

            Kesimpulannya, penulis memang perlu menulis apa yang pembaca mahukan kerana itu merupakan satu permintaan. Penulis juga wajar menulis apa yang mereka tahu sahaja dan belajarlah menulis apa yang mereka tidak tahu supaya mereka tahu. 

            Apabila penulis menulis sesuatu yang di luar pengetahuan, sudah tentu apa yang ditulis itu hanyalah luaran sahaja sedangkan pembaca ingin tahu apa yang berlaku di dalam.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s