FUNGSI BAB AWAL DALAM NOVEL

IBARAT pentingnya pintu di dalam sesebuah rumah, begitulah juga pentingnya bab permulaan bagi sesebuah novel.  Oleh kerana pintu merupakan tempat untuk tetamu masuk ke dalam rumah, bab permulaan juga ibarat pembaca yang mahu membaca novel itu.

        Secara ironinya bab awalan lebih merupakan daya tarikan pembaca untuk terus membaca novel berkenaan sehingga ke akhirnya. Ia juga lebih merupakan dekorasi ruang tamu untuk sesebuah rumah. Jika ruang tamu kemas, bersih, cantik, harum dan susuan perabot tersusun rapi sudah tentu tetamu yang datang akan duduk lama di ruang tamu.

        Tetapi jika ruang tamu berselerak, kotor, tidak pernah dikemas, perabot berhabuk, sudah tentu tetamu yang datang akan segera beredar kerana  situasi begitu tidak menyenangkan.

        Dekorasi di ruang tamu yang kemas juga akan menggambarkan keseluruhan isi rumah berkenaan di mana sudah tentu setiap ruang rumah itu dalam keadaan bersih, cantik dan sedap mata memandang.

        Tetapi jika melihat setting di ruang tamu yang kotor dan berselerak, tetamu akan beranggapan tuan rumah tidak begitu mementingkan kebersihan.

        Begitu juga apabila membaca bab awalan novel, tidak ada satu daya tarikan, sudah tentu pembaca tidak berminat untuk meneruskan pembacaan sehingga akhir novel itu. Kita harus ingat, pembaca mengeluarkan modal untuk memiliki novel tersebut tetapi apabila membacanya, seolah-olah tidak ada apa yang menarik dan berasa tertipu.

        Sama juga halnya dengan kita yang ingin menginap di hotel, kita mengeluarkan belanja untuk bermalam di hotel dengan harapan bilik hotel kemas, cantik, bersih, harum bilik mandi serta cukup dengan kelengkapan.

        Perlu diingatkan apabila membaca bab awalan sesebuah novel, pastikan apakah yang hendak disampaikan oleh pengarangnya. Adakah pengarangnya mahu memperkenalkan watak-wataknya atau mahu memperkenalkan konflik di dalam novel itu?

        Gambaran yang diberikan itu dapat dibuat kesimpulan bahawa pengarangnya akan menonjolkan salah satu daripada yang disebutkan itu.  Oleh yang demikian, pengarang perlu memberikan gambaran awal supaya pembaca dapat dipandu, ke arah mana pengarang mahu membawa pembaca menyelami isi novel.

        Jangan biarkan pembaca tercari-cari apakah sebenarnya yang mahu disampaikan oleh pengarang.  Ada beberapa cara pengarang memulakan menulis novel. Ada yang terus  dengan prolog, monolog dan imbas kembali.

        Tidak salah pengarang menggunakan cara seperti itu tetapi sebaik-baiknya biarlah pengarang itu mahir. Bagi  mereka yang baru hendak menulis novel, ada baiknya  menggunakan cara yang biasa. Menulis mengikut kronologi.

        Prolong lazimnya ditulis sebagai permulaan cerita yang tidak mengikut susunan keseluruhan cerita. Imbas kembali pula ditulis pada  awalan cerita, di mana bab-bab seterusnya  ditulis mengikut cerita yang telah berlaku.

        Sebagai contoh, bab awalan, watak A sedang menaiki keretapi menuju ke satu destinasi jauh untuk membawa diri. Sepanjang perjalanan di dalam keretapi, watak A terkenangkan apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan dia membawa diri.

        Kemungkinan  watak A kecewa dengan sikap orang-orang di sek ekeliling apabila menyedari dia bekas banduan yang ingin memulakan hidup baru di kampung halamannya. Walaupun sudah insaf, penerimaan masyarakat sekeliling membuatkannya terpaksa berhijrah ke tempat lain.

        Kebiasaannya novel seperti ini ditulis oleh mereka yang sudah mahir menulis novel dan ingin kepelbagaian  teknik dalam penulisan novelnya.  Kemahiran adalah penting untuk mengolah cerita seperti ini supaya pembaca tidak berasa keliru dan bingung.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s