FUNGSI BAB TENGAH DALAM NOVEL

SEBAGAIMANA bab awalan, bab-bab pada bahagian tengah novel juga  ada kepentingannya. Apakah kepentingan itu? Kita cuba kaji satu persatu.

        Sama ada disedari atau tidak, kebanyakan penulis mengabaikan kepentingan bab tengah novel kerana memberi lebih tumpuan kepada awalan dan klimaks (akhir) novel.

        Perlu diingatkan, kepentingan cerita pada bab-bab tengah bukanlah hanya sekadar sebagai pelengkap novel yakni ada awal, tengah dan klimaks sahaja. Ia sama pentingnya dengan bahagian depan dan belakangnya.

        Sebagai contoh jika novel berkenaan mempunyai 30 bab. Bab 1 -10 merupakan bab awal. Manakala bab 11 – 21 merupakan bab pertengahan sementara bab 22 – 30 merupakan bab akhir atau klimaks.

        Secara amnya bahagian tengah novel diumpamakan sebagai puncak konflik yang sering membawa keregangan di mana bermula dari sini, tolakan akan berlaku kepada bab-bab seterusnya sehingga klimaks.

        Pada bahagian pertengahan ini perkembangan watak utama sudah nampak jelas sama ada dari segi sikap dan tindakannya. Manakala bab-bab seterusnya akan mendedahkan keseluruhan perkembangan watak dan perkembangan isi cerita.

        Watak-watak sampingan pada peringkat ini juga perlu selaras dengan perkembangan watak utamanya.

        Jika pada bab awalan, tetamu dibawa untuk singgah di ruang tamu, pada bab pertengahan ini tuan rumah (pengarang) akan membawa tetamu (pembaca) masuk lebih dalam  ke seluruh isi rumah, bahagian tengah, bilik mandi dan bahagian dapur.

        Membawa pembaca menyelami isi cerita sebelum ke bahagian akhir, ibarat mambawa tetamu melihat sekitar isi ruang rumah. Seandainya tetamu berasa teruja dan berasa dihargai oleh tuan rumah, sudah tentu tetamu kemungkinan  akan bermalam di rumah itu.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s