SEDIAKAN GARIS PANDUAN SEBELUM MENULIS NOVEL

 

RAMAI  di kalangan calun penulis novel bertanyakan kepada saya, betapa mereka  berminat menulis novel tetapi tidak tahu di mana harus bermula kerana di dalam satu masa banyak perkara yang hendak ditulis. Menurut mereka, jika hendak diturutkan, keseluruhan cerita hendak ditulis di dalam bab permulaan.

            Hal ini berlaku kerana penulis tidak mempunyai garis panduan atau ‘guide line’. Apabila tidak ada garis panduan, penulis tidak ada arah mana satu yang hendak dtuls dahulu dan bahagian mana yang hendak ditulis kemudian.

            Cara paling mudah ialah, tuliskan cerita anda itu bermula daripada mula sehingga akhir atau dari A ke Z. Ketika di bangku sekolah, anda sudah tentu diajar menulis karangan berdasarkan kepada pengalaman atau cerita yang diberi. Pengalaman asas itu boleh dijadikan panduan.

            Kemudian pecahkan cerita itu kepada tiga bahagian.

            Pertama: Bahagian permulaan.

            Kedua:  Bahagian tengah atau isi cerita.

            Ketiga: Bahagian akhir cerita.

            Bahagian permulaan, pecahkan pula kepada beberapa bab. Sebagai contoh, cerita bermula dari A sehingga  J. Kemudian bahagian kedua bermula dari K sehingga R dan bahagian ketiga bermula S sehingga Z.

            Kebiasaannya,  bab permulaan hanya menceritakan tentang watak-watak yang akan muncul sepanjang novel itu kemudian dikembangkan sedikit demi sedikit, selain memperkenalkan siapakah watak-watak utama dan watak pembantunya.

            Pada bahagian kedua penulis perlu menceritakan perjalanan cerita secara mendalam di samping mencetuskan konflik kemudian menyelesaikan secara perlahan-lahan.

            Manakala pada bahagian ketiga dan terakhir, penulis perlu  menyelesaikan konflik yang timbul sepanjang perlajanan novel itu. Mana-mana ada konflik dan persoalan harus diselesaikan dengan baik dan jangan ada yang tergantung kecuali jika novel itu ada lanjutannya.

            Panduan rigkas ini diharapkan dapat membantu mereka yang masih teraba-raba untuk menulis novel. Jika masih kurang faham, mereka boleh mendapatkan ebook CARA MUDAH MENULIS NOVEL. Cara untuk mendapatkan ebook berkenaan boleh di dapati di dalam blog ini atau menulis emel ke : mnasd_326@yahoo.com.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s