SEIMBANGKAN WATAK JAHAT DALAM NOVEL

SEBAGAIMANA tema di dalam drama dan  filem, tema di dalam novel juga terdapat watak hitam atau watak jahat di samping putih atau watak baik. Apa yang menjadi persoalannya, sejauh manakah kejahatan watak-watak hitam  ini perlu ditonjolkan sebelum ia dikalahkan oleh watak baik?

            Menjadi kebiasaan di dalam mana-mana cereka, watak jahat semestinya akan dikalahkan oleh watak baik ketika pengakhiran cerita. Ini untuk menunjukkan konsep yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

            Untuk memantapkan sesebuah cerita d dalam novel, berapa kalikah watak-watak jahat ini memainkan peranan sebelum berjaya dikalahkan oleh watak baik? Sebagai contoh, seorang perogol, perlukah ia melakukan perbuatan seumpama itu tiga atau empat kali atau cukup sekali di samping melakukan perbuatan kejahatan yang lain, seperti merompak, menipu, memeras ugut, rasuah dan sebagainya?

            Penonjolan perbuatan jahat yang berulang-ulang sebelum watak itu menyedari kesilapan adakalanya perlu dan ada kalanya tidak perlu. Ia bergantung kepada jalan cerita dan keperlan perbuatan jahatnya itu dalam cerita.

            Mungkin cukup sekali watak berkenaan melakukan kejahatan seperti pembunuhan kemudian ditangkap, di penjara selepas itu insaf dan dibebaskan. Selepas dibebaskan, perlukah  watak berkenaan melakukan kejahatan yang lain?

            Kalau kita mengkaji cerita-cerita di dalam al-Quran kebanyakan kejahatan yang dilakukan oleh pelakunya hanya dilakukan sekali sahaja.  Di dalam novel, mungkin tidak cukup dengan sekali melakukan kejahatan kemudian watak itu di cop sebagai penjenayah. Bagaimanapun di dalam dunia realiti, kejahatan banyak dilakukan berulangkali oleh pelakunya sebelum dia insaf dan  menjadi ahli masyarakat yang berguna.

            Bagaimanapun di dalam penulisan novel, jangan terlalu menggambarkan kejahatan yang terlampau seolah-olah kita menggalakan perbuatan kejahatan walaupun sebenarnya tujuan penulis hanya mahu menggambarkan betapa watak berkenaan memang terlalu jahat.

              Sebagai penulis, kita wajar untuk menseimbangkan keperluan watak jahat supaya jangan berlebihan sebaiknya tonjolkan  perbuatan kebaikan kerena novel diibaratkan sebagai mendidik dan bukan pendorong kepada perlakuan kejahatan.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s