TEKNIK MENULIS DIALOG DALAM NOVEL

 

 “SAYA hanya akan datang apabila dijemput,” kata Hazifah sambil menggaru-garu keningnya ketika ditanya mnenai keinginannya untuk menghadiri majlis perjumpaan itu .

Hazifah mengggaru-garu keningnya lalu berkata, “Saya hanya akan datang apabila dijemput.”

Cuba bezakan kedua-dua ayat tersebut. Bezanya hanyalah, ayat pertama, dialog dahulu dituturkan kemudian barulah dijelaskan siapa yang menuturkan. Manakala ayat kedua pula, orang yang berkata dulu dijelaskan, kemudian barulah dialog dituturkan.

Di dalam istilah penulisan novel, orang yang berkata disebut ‘pekata.’  Contoh ayat pertama di atas, biasa kita temui di dalam penulisan novel masa kini, di mana dialog dahulu dituturkan kemudian barulah dijelaskan siapa yang menuturkan.

Bagaimanapun contoh ayat kedua amat jarang dilakukan oleh penulis dalam penulisan novel masa kini. Kemungkinan mereka tidak biasa menggunakan teknik seperti ini. Tetapi jika kita mengkaji cerita-cerita di dalam al-Quran, kebanyakkan ‘pekata’ disebutkan dahulu kemudian barulah diikuti dengan dialog yang dituturkan.

Contohnya: Lalu Zulaikha berkata kepada Yusuf ,”Keluarlah! Temui perempuan-perempuan itu.” (Merujuk surah Yusuf ayat 31).

Contoh lain:  Berkata Yusuf, “Dialah yang mengajak saya.” (Merujuk surah Yusuf ayat 26).

Teknik seperti ini juga  berlaku kepada cerita-cerita lain di dalam al-Quran.

Apa  yang membezakan di antara kedua-dua contoh ayat 1 dan ayat 2, hanya teknik sahaja manakala maksud yang disampaikan masih sama.

Tujuan perbezaan penyampaian ini ditonjolkan kerana penulis wajar untuk mencari pembaharuan atau variasi penulisan supaya pembaca tidak terasa jemu dengan teknik penulisan yang sama.  Jika ditanya mengapa di dalam al-Quran, pekata diletakkan di hadapan dan dialongnya dibelakangnya, hanyalah Allah yang tahu.

Kita sebagai penulis sememangnya wajar untuk mengikuti dan mematuhi apa yang terkandung di dalam al-Quran tetapi jika dapat menggunakan teknik penulisan dalam al-Quran itu juga satu kewajaran.

Kita bukan sahaja mematuhi isi yang terkandung di dalam al-Quran tetapi juga mengikuti cara penulisan al-Quran.  Jika kita sebagai penulis mampu untuk melakukan perubahan di dalam penulisan, maka kitalah yang akan menjadi pelopornya.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s