MENGENALPASTI KELEMAHAN NOVEL

SEBAGAI  penulis novel, mungkin kita sendiri tidak menyedari kelemahan novel kita tulis. Oleh yang demikian, para pembaca yang mahir sahaja dapat melihat di mana kelemahan novel. Sekiranya  novel itu belum diterbitkan, mungkin ia boleh diperbaiki tetapi jika sudah terbit barulah disedari kelemahannya, cuba baiki kelemahan itu pada novel akan datang.

KELEMAHAN BAHASA

Kelemahan ini dapat dilihat sebaik sahaja kita mula membaca novel berkenaan. Sama ada bahasanya sesuai atau tidak dengan sasaran membaca, penilaian boleh dipastikan ketika ini.

KELEMAHAN PENGOLAHAN

Kelemahan seperti ini hanya dapat dipastikan apabila kita selesai membaca novel itu sama ada membaca sebehagian novel atau keseluruhan novel ini. Pengolahan yang tidak tersusun akan mengelirukan pembaca. Ini berlaku kerana penulis tidak menyediakan format atau garis panduan sebelum menulis novel.

KELEMAHAN WATAK UTAMA

Menenggelamkan peranan watak utama sebaliknya watak pembantu pula yang menonjol akan menjejaskan novel ini. Watak utama wajar diberi peranan yang lebih sesuai dengan wataknya, watak pembantu hanya sebagai pendokong.

KELEMAHAN JALAN CERITA

Penulis tidak mewujudkan persoalan atau konflik sehingga kelihatan perjalanan novel mendatar. Sebaik-baiknya perjalanan novel ada turun naik seperti geraf dan persoalan demi persoalan ditonjolkan sehinggakan pembaca tidka sabar untuk mengetahui apakah yang akan berlaku selanjutnya.

KELEMAHAN JIWA WATAK UTAMA

Watak utama digambarkan sebagai  orang yang lemah, tidak bersemangat tidak sesuai dengan peranannya sebagai ‘hero’. Hero ialah orang yang kuat, tabah, sedia berhadapan dengan cabaran  di mana akhirnya mencapai kejayaan walaupun pada awalnya lemah tetapi akhirnya bangkit dan mencapai kemenangan.

            Apa yang dinyatakan di atas merupakan kelemahan sesebuah novel yang dapat dikesan. Tetapi sebenarnya banyak lagi kelemahan yang boleh diperolehi jika seseorang rajin membuat kajian.

            Sebagai latihan, cuba baca sesebuah novel kemudian catatkan apakah bentuk kelemahan itu. Kemudian buat pula catatan bagaimanakah pula untuk mengatasi kelemahan itu. Penulis novel seperti juga manusia lain, ada kelemahan dan ada kehebatannya. Mencari kelemahan dan cuba mengatasi kelemahan itu akan mematangkan penguasan terhadap penulisan  novel.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s