PERLUNYA KETAJAMAN FIKIR PENULIS

PERLUKAH seseorang penulis novel itu membuat rujukan atau pergi ke tempat di mana  latar novel yang sedang dituliskannya supaya cara penyampaiannya lebih berkesan?

            Saya sebenarnya banyak menerima soalan seperti ini daripada mereka yang bercadang menulis novel. Ada dua jawapan di sini. Pertama perlu dan kedua tidak perlu.

            PERLU di sini membawa maksud, sekiranya penulis ada masa, ada sumber kewangan dan perlu membuat rujukan, ada baiknya ke tempat yang diambil sebagai latar sebuah cerita. Sebagai contohnya, peristiwa berlaku berlatar belakang Gunung Merapi di sebuah perkampungan yang teruk menerima kesan bencana itu.

            Jika penulis ada peluang, ada masa, memang lebih baik pergi  sendiri ke tempat berkenaan supaya latar cerita yang hendak disampaikan lebih ‘real’ seolah-olah penulis berada di tempat kejadian semasa letupan gunung Merapi berlaku.

            Penulis akan dapat gambaran yang jelas, apakah sebenarnya yang berlaku dan bagaimana keadaannya setelah melihat dengan mata kepala sendiri. Tugas seperti ini sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Jika penulis ada kemampuan, apa salahnya.

            TAK PERLU jika penulis tidak ada kemampuan untuk sampai ke tempat berkenaan. Rujukan boleh dibuat melalui keratan akhbar, internet dan sebagainya. Mungkin cara begini kurang ‘real’nya tetapi jika penulis tajam daya imaginasinya, sudah tentu ia akan lebih berkesan.

            Ramai juga penulis yang menggambar latar sesuatu tempat tanpa pergi ke tempat berkenaan, tetapi mereka harus mencari sumber rujukan supaya tidak tersalah fakta. Sebagai contoh jika mahu menjadikan  peristiwa letupan gunung berapi di  kepulauan Indonesia, sekurangnya penulis mesti tahu, ada berapa jumla gunung berapi yang aktif di negara itu.

            Di antara banyak gunung bereapi itu, gunung manakan yang paling tinggi dan yang paling aktif. Sebagai penulis, kita tidak wajar untuk membuat andaian tanpa berdasarkan rujukan. Jika ini dilakukan, ia akan menggambarkan bahawa penulis tidak membuat persiapan rapi sebelum mengambil satu-satu tempat sebagai latar dalam novelnya.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s