KETEPIKAN SEBARANG TEORI

JIKA  sebelum menulis anda ada terbaca dengan sebarang teori, anda jangan pula terasa terkongkong dengan teori yang pernah anda baca. Ketepikan apa juga jenis teori yang pernah anda baca, apa lagi jika anda penulis baru.

            Jika anda tekenangkan teori itu anda akan berasa terkongkong dan tidak bebas untuk menulis. Anda perlu ingat, anda bukan menulis artikel, tesis atau yang berbentuk non kreatif mengenai novel.

            Sekarang anda sedang menulis sebuah novel. Menulis novel bukan menyelesaikan masalah seperti dalam mata pelajaran matematik. Contohnya jika 400 + 250. Jawapannya pasti 750. Tetapi dalam novel penyelesaiannya bukan begitu.

            Apa yang anda tuliskan itu ialah sebuah cerita yang mempunyai masalah atau konflik dan cara penyelesaiannya juga berbeza dengan penulis lain walaupun masalahnya sama. Banyak unsur yang perlu anda tuliskan supaya pembaca dapat memahami apa yang anda tuliskan.

            Apa yang anda tulis itu harus mempunyai pelbagai rasa seperti marah, benci, peramah, lemah lembut. garang dan sebagainya seperti juga resepi masakan. Tidak semua orang suka yang pedas, ada juga yang suka manis, tawar dan sebagainya.

            Penulis mesti bebas daripada sebarang pengaruh ketika menulis. Teori hanya akan muncul apabila anda sudah menyiapkan sesebuah novel.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s