SIAPAKAH orang rapat dengan anda? Tidak kirtakan sama ada mereka lebih tua, sebaya atau lebih muda. Kadang-kadang agak sukar hendak menuliskan watak di dalam novel yang sedang ditulis. Kita sendiri kadang-kadang tercari-cari bagaimanakah wajah, perangai dan perwatakan kepada watak yang kita tampilkan dalam novel.
Mungkin kita akan gambarkan wajah dan wataknya seperti pelakon A yang kacak atau yang jelita dan selalu menghiasai drama-drama di kaca tv. Boleh bukan tidak boleh. Tetapi itu kita kenali hanya secara luarannya sahaja.
Apa salahnya kita ambil watak yang paling dekat dengan kita. Jika watak orang muda, ambil sahaja rakan-rakan kita yang rapat. Jika watak orang tua, apa sal;ahnya ambil perwatakan bapa saudara kita atau jiran sebelah rumah, begitu juga dengan watak kanak-kanak atau remaja.
Kita boleh ambil orang-orang yang rapat dengan kita sebagai model watak-watak di dalam novel kita. Itu lebih ‘real’ kerana kita sendiri dengan mereka. Perlukah minta izin? Tidak perlu asalkan kita tidak menuliskan namanya yang sebenar.
Kita hanya mahukan watak dan perwatakannya tetapi gunakan nama lain jika takut timbul masalah pada kemudian hari. Saya juga pernah mengambil nama teman-teman saya untuk digunakan di dalam novel tetapi bukan watak sebenarnya.
Tetapi sebaik-baiknya jika mahu menggambarkan watak-watak mereka yang rapat dengan kita, terapkan watak yang baik dan bukan yang boleh menjejaskan namanya. Mungkin dengan cara ini, satu hari nanti mereka akan berubah menjadi baik.
Ada juga penulis yang menggunakan watak sendiri di dalam novelnya, tetapi kebanyakannya mereka mahukan watak yang baik dan ideal. Sementara watak-watak yang negatif gunakan gunakan nama dan watak yang tidak kita kenali.