KELEMAHAN SESETENGAH NOVEL

MEREKA yang sudah  biasa membaca novel, pasti akan dapat mengesan kelemahan sesebuah novel. Tetapi bagi pembaca biasa yang hanya sekadar ingin tahu cerita sesebuah novel, sudah tentu tidak dapat mengesan di mana kelemahan.

            Mungkin mereka hanya akan berkata, “Cerita  dalam novel ini tak menariklah.” Apabila diminta pendapat mengenai novel yang sudah dibacanya.

            Bagi mereka yang bercadang menulis novel, apa yang akan diterangkan ini mungkin boleh dijadikan  panduan.

1)    Watak utamanya tidak aktif atau menonjol, sebaliknya watak pembantu pula yang menonjol kecuali jika memang penulis sengaja mahu  menjadikan watak utamanya lemah.

2)    Tidak ada konflik besar atau kecil yang  menjadikan jalan cerita boleh dipecah-pecahkan atau ia hanya sekadar sebuah cerita mendatar. Pergerakan ceritanya perlahan, tidak ada isu yang membuatkan pembaca tertanya-tanya atau sesuatu yang mengejutkan.

3)       Pengarang kurang bijak di mana mahu mencetuskan konflik dan di mana mahu menyelesaikan.

4)    Watak utamanya tidak digambarkan sesuatu yang hebat dan mampu berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum menempuh kejayaan.

5)    Setiap bab yang dipaparkan tidak ada konflik seolah-olah ia sebuah cerita karangan yang tidak ada hubungkait dengan bab-bab sebelum dan sesudahnya.

Sebenarnya banyak lagi kelemahan jika hendak dikaji tetapi pada asasnya, eloklah apa yang diterangkan di atas boleh dijadikan panduan.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s