MANA LEBIH MUDAH: TULIS CERITA REKAAN ATAU CERITA SEDIA ADA

YANG manakah lebih mudah, menulis novel berdasarkan cerita yang sudah ada atau cerita yang direka sendiri? Berdasarkan kepada pengalaman penulis, menulis cerita berdasarkan cerita yang sudah ada adalah lebih mudah berbanding dengan cerita yang direka sendiri.

            Ini kerana cerita yang sudah ada ibarat landasan atau laluan yang akan kita tempuh untuk ke satu-satu tempat.  Bagaimana pula jika kita ingin ke sesuatu tempat sedangkan kita sendiri tidak tahu arah atau laluannya?

            Hal ini samalah dengan menulis sesebuah novel sedangkan kita tidak tahu apakah cerita yang hendak dituliskan. Kita terpaksa mereka cerita, sesudah lakaran cerita iytu siap, barulah kerja-kerja menulis boleh dimulakan.

            Cerita  sedia ada yang dimaksudkan ialah cerita yang terdapat di dada-dada akhbar setiap hari. Kita boleh ambil cerita yang disiarkan itu kemudian diolah dengan cara sendiri tetapi masih berdasarkan cerita yang dipaparkan. Samada ada kita mahu ambil cerita itu keseluruhan atau kita menokok tambah, terpulanglah kepada kita untuk menuliskannya.

            Cuma apa yang penting di sini, janganlah ambil cerita itu bulat-bulat, intipati cerita masih sama tetapi tukarkan nama-nama watak atau tempat.  Sekiranya anda seorang yang bijak mengolah cerita, anda boleh empat atau lima cerita yang disiarkan di akhbar itu kemudian cantum dan susun semula sehingga ia menjadi sebuah cerita.

            Saya percaya cerita itu akan saling berkaitan jika anda bijak mengolah. Sebagai  contoh ambil kisah ini.

Cerita 1: Menegenai seorang peragut yang ditangkap polis.

Cerita 2: Mengenai seorang ibu dan anak yang hidup dan kemiskinan.

Cerita 3: Seorang wanita kaya yang sombong baru keluarkan wang dari mesin ATM kemudian diragut.

Cerita 4: Seorang anak kecil yang berpenyakit kronik dan perlukan wang untuk rawatan.

Ceriat 5: Seorang ibu tua di kampong yang bertahun mengharapkan kepulangan anak lelakinya.

            Jika anda bijak mengolah, keratan akhbar di atas boleh diolah menjadi sebuah cerita.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s