CARA MEREKA CERITA DARI KERATAN AKHBAR

CONTOH CERITA YANG DIAMBIL DARI KERATAN AKHBAR

SEORANG  lelaki yang derhaka kepada ibunya telah berhijrah ke ibu kota. Di kota dia hidup susah dan tidak  punya pekerjaan tetap. Dia ditangkap berkhalwat dan kemudian berkahwin dengan seorang perempuan.

            Hidup sesudah berkahwin semakin susah apalah lagi setelah dikurniakan anak yang menghidapi sejenis penyakit. Oleh kerana terdesak dia terpaksa meragut beg tangan seorang wanita kaya yang baru mengeluarkan wang dari mesin ATM.

                Lelaki itu ditangkap kemudian dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah.

            Di atas hanyalah asas cerita. Cerita ini boleh dikembang biakkan sehinggalah melahirkan beberapa plot dan sub plot yang menyokong cerita asas itu. Penulis boleh menceritakan bermula dari lelaki itu meninggalkan kampong setelah menderhaka kepada ibunya kerana malas bekerja dan suka mencuri duit ibunya untuk berhibur.

            Di kota dia melakukan pelbagai kerja tetapi tidak ada satu pun yang kekal. Ditakdirkan dia berkenalan dengan seorang pekerja kilang dan kemudian mereka berkahwin dan dikurniakan anak. Setelah anak berusia  tiga tahun, anak disahkan menghidapi sejenis penyakit yang memerlukan kos yang tinggi untukmerawatnya.

            Pada satu kisah lain, seorang perempuan isteri kepada seorang ahli perniagaan hidup sombong dengan jiran-jiran atau orang yang rendah tarafnya. Dia suka menunjuk-nunjuk kemewahannya. Satu hari ketika setelah dia mengeluarkan dari mesin ATM, beg tangannya telah diragut.

            Kebetulan ketika sedang meragut, dating kereta peronda di situ dan di ditangkap dan akhirnya didapati bersalah.  

                Cerita di atas boleh dikembangkan lagi sehinggalah akhirnya si peragut tadi menyesal dan memohon ampun daripada ibunya. Manakala wanita yang kaya dan sombong itu bersedia untuk membantu membayar kos rawatan anak orang yang meragutnya.

            Kisah di atas merupakan satu cerita yang dicantumkan daripada beberapa cerita yang disiarkan di akhbar. Kesimpulannya jika anda sukar untuk mendapatkan cerita untuk menulis novel, silalah potong keratan akhbar dan kumpulkan. Saya percaya, keratin akhbar ini akan berguna satu hari nanti.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to CARA MEREKA CERITA DARI KERATAN AKHBAR

  1. khairul says:

    keratan akhbar interesting

  2. dalilanasir says:

    apakah alamat email berita harian sekiranya saya ingin menghantar karya saya? adakah saya perlu sertakan surat iringan dan no akaun?

    • muhdnasruddin says:

      alamat email Berita harian ialah: bharian.com.my. Setiapkali anda ingin menghantarkan karya semestinya disertakan surat lampiran sebagaimana biasa jika kita menghantar karya secara pos. Jika perlu sertakan Ni Kad pengenalan dan no akaun sekali. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s