BACA NOVEL YANG PERNAH MENANG SAYEMBARA UNTUK RUJUKAN

BAGAIMANAKAH caranya  untuk saudara memilih bahan bacaan terutamanya novel kerana saudara juga bercadang atau sedang menyiapkan sesebuah novel? Apakah saudara memilih novel-novel popular sebagai rujukan atau novel hasil tulisan penulis ternamanya walaupun karyanya kurang popular.

Dalam hal ini saya sarankan kepada mereka yang sedang berjinak atau berhasrat menghasilkan novel, cari dan pilihlan novel-novel yang pernah memenangi sayembara penulisan novel.

Novel yang telah memenangi sayembara atau anugerah diakui mutu penulisan sudah diuji. Tidak dinafikan, pada masa sekarang ini terlalu banyak lambakan novel di pasaran. Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu, yang mana satukah yang baik untuk dijadikan rujukan.

Jika kita membeli sesebuah novel hanyalah sekadar untuk mengetahui ceritanya, kemudian selesai membacanya kita terus simpan di dalam rak, tidaklah susah untuk membeli mana-mana judul novel yang kita suka.

Tetapi kepada calun penulis novel, cubalah dapatkan  novel yang telah memenangi sayembara. Selesai membacanya kajilah bagaimana cara penyampaiakan, bahasanya, plot, tema, sudut pandangan dan sebagainya.

Dengan cara ini barulah kita tahu dan menambahkan ilmu apa yang kita terasa kurang.   Sentiasa mencari dan dapatkanlah novel yang mutunya diakui oleh panel sebagai novel yang terbaik.

Tetapi jika kita membaca novel, dan kita tidak menemui apa-apa sesuatu yang baru terasa kita tidak menambahkan ilmu yang ada. Kita hanya tahu isi ceritanya tetapi tidak ada sesuatu yang boleh kita jadikan rujukan.

Apabila kita membaca novel, anggap kita sedang belajar dan menambahkan ilmu di dalam dada. Daripada pembacaanlah kita akan menemui ilmu baru. Selesai membaca novel, cuba catitkan apakah ilmu yang kita perolehi sama ada dari gaya bahasanya, cara pengolahannya atau apa sahaja.

Catitkan juga apakah kekurangan yang ada dalam karya saudara dan apakah kelebihan pada karya orang lain. Tambahkan apa yang kurang supaya karya saudara setanding dengan karya orang lain.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s