BAGAIMANA MENGHARGAI IDEA

ADA yang menganggap ia idea, ada juga yang menganggap ia adalah ilham. Walau apapun  bentuk istilahnya, bagaimanakah caranya kita untuk menghargai idea atau ilham yang datang itu.

Adakah idea atau  ilham yang dating itu ada kena mengena denganapa yang sedang kita kerjakan. Maksudnya pada ketika itu kita sedang menyiapkan satu bab dalam novel, lalu kita kekeringan idea untuk menulis.

Sama ada idea atau ilham yang dating itu ada kena mengena dengan apa yang sedang kita kerjakan, sebaik-baiknya catatkan idea itu supaya ia tidak berlalu begitu sahaja. Mungkin ia tidak kita perlukan pada ketika itu tetapi percayalah ia akan berguna kepada kita pada satu ketika yang lain. 

Kadang-kadang idea itu tidak datang saepenuhnya. Ia datang secara perlahan atau seikit demi sedikit. Pada asasnya idea itu hanyalah sebagai induk, selebihnya terletak kepada kita untuk mencorak, menokok tambah idea yang datang itu.

Ada kalanya idea itu datang tidak dijemput. Adakalanya juga kita menunggu idea datang tetapi idea tidak juga menjelma. Oleh itu, apabila idea itu datang, ia merupakan satu anugerah yang tidak diberikan kepada semua orang. Terimalah anugerah itu sebagaimana  kita menerima anugerah tertinggi daripada pihak berwajib.

Idea itulah nanti yang akan diterjemahkan oleh penulis dan bentuk tulisan.

Oleh kerana idea atau ilham datang tanpa diduga waktunya, wajar bagi penulis  untuk mengolah idea itu dan bukan menerima bulat-bulat lalu diterjemahkan dalam penulisan. Pengumpulan banyak idea kemudian disatukan dalam bentuk penulisan akan menghimpunkan daya kreatif yang berkesan.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s