BAKAT SEMULA JADI PERLUKAN SUMBER ILMU

SAUDARA  berminat ingin menjadi penulis novel? Adakah saudara menyedari saudara mempunyai bakat semula jadi?

Pada asasnya semua orang memiliki bakat untuk menulis. Mereka boleh menulis sebagaimana apa yang mereka tulis ketika belajar di bangku sekolah atau universiti. Tetapi teknik penulisan yang saudara pelajari itu bukan untuk membolehkan saudara menjadi penulis.

Untuk menjadi penulis, selain bakat semula jadi, bakat yang dipupuk dan dipelajari amat penting. Kita tidak boleh berharap bergantung semata-mata kepada bakat semula jadi.

Bakat semula jadi memang perlu kerana ia yang akan dapat membezakan kebolehan  atau tidak ketidakbolehan seseorang itu mengarang. Namun pada zaman sekarang ini, bakat semula jadi tidak mencukupi, seseorang penulis perlu menggali mencari sumber ilmu daripada pelbagai sumber.

Perlu diingatkan, sesebuah karya sastera tidak hanya meladeni emosi, imaginasi dan sebagainya tetapi daya keintelektulan juga perlu dipelajari. Mereka tidak boleh terkongkong atau berada di dalam satu-satu kerangka tetapi perlu keluar dari kerangka hidup dan menjalani kerangkan hidup yang lain.

Untuk mendapatkan daya keintelektualan, seseorang penulis wajar untuk ‘menghidupkan’ bakat menulis yang ada. Seumpama pokok bunga yang mesti disiram supaya dapat meneruskan kelangsungan hidupnya.

Pokok bunya akan layu, kering dan mati. Begitu juga bakat semula jadi, perlu dipupuk dan bajai supaya sentiasa berupaya melahirkan karya yang lebih baik. Menyuntikkan bakat dengan ilmu bantu juga penting kerana bakat alam perlu juga ditambah, dibajari dan disirami supaya ia lebih subur.

Seseorang pengarang sewajarnya terus belajar dan terus belajar setiap masa dan tidak sentiasa berharap dengan ilmu yang sedia ada. Dalam hidup sehari-hari kita akan bertemu dengan banyak perkara dan benda baru. Yang baru itulah sebenarnya ilmu yang kita belum ada yang perlu menyimpannya.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s