BOLEH HANTAR MANUSKRIP GUNA EMEL

SAYA ada menerima beberapa emel yang bertanyakan, bolehkah manuskrip novel yang sudah siap dihantar kepada penerbit dengan hanya menghantar fail manu      skrip dengan email sahaja tanpa manuskrip bercetak?

            Saya jawab begini. Dahulu sebelum adanya teknologi internet, sememangnya manuskrip yang sudah siap dihantar kepada penerbit sama ada menghantar sendiri atau dengan cara mengepos manuskrip itu kepada penerbit.

Tetapi pada masa sekarang meskipun kemudahan teknologi semakin rancak, memang tidak salah menghantar manuskrip novel melalui emel sahaja. Saya sendiri  menghantar manuskrip novel menggunakan emel sahaja dan sudah pun diterbitkan. Tetapi pada masa yang sama, saya juga sertakan manuskrip bercetak untuk memudahkan editor membuat penilaian, editing dan sebagainya.

            Tujuan kita menghantar manuskrip menggunakan email untuk memudahkan penerbit tidak perlu menaip semula sekiranya manuskrip itu layak diterbitkan. Berbeza dengan  zaman sebelum adanya internet, mansukrip bercetak perlu dihantar, apabila layak diterbitkan, manuskrip terpaksa ditaip semula. Ini sudah  tentu membuang masa.

            Walaupun menghantar manuskrip novel lebih mudah dan selamat dengan cara emel, tetapi perlu diingat membaca naskah novel dalam jumlah halaman yang beratus-ratus halaman, mungkin menjemukan sesetengah editor.

            Sesetengah editor masih memerlukan manuskrip novel bercetak di samping manuskrip yang dikirim melalui emel sahaja. Bagi saya, cara yang sebaik-baiknya ialah mengirimkan manuskrip bercetak  juga manuskrip yang dihantar melalui emel.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s