KESAN EMOSI DALAM NOVEL

BAGAIMANAKAH caranya untuk menimbulkan kesan emosi ketika menulis novel? Di antara kesan emosi yang ada di dalam diri manusia ialah marah, sedih, benci, geram, ego, sombong dan banyak lagi. Kesan emosi seperti ini sememangnya amat penting sama ada dituturkan di dalam dialog, monolog dalam ayat penerangan.

            Untuk lebih berkesan ketika menuliskan babak marah misalnya, perlukah penulis mesti ada perasaan marah ketika itu? Bagaimana hasil tulisannya kerana ketika menulis, dia dalam keadaan santai? 

            Walaupun ketika itu penulis tidak dalam keadaan marah, sudah tentu sebelum ini penulis pernah merasai keadaan marah, contohnya marah kepada kawan, kepada isteri, anak-anak atau sesiapa sahaja.

            Pengalaman marah itu tentu sahaja boleh diaplikasi ketika menulis novel. Kata-kata atau dialog ketika seseorang sedang marah biasanya pendek-pendek, bernada keras di sampaig raut muka yang tegang berselirat.

            Begitu juga dengan perasan lain. Penulis sudah tentu pernah mengalami detik romantik, sedih, geram dan sebagainya. Ketika dalam suasana romtantik, penulis sudah tentu dapat membayangkan apakah kata-kata yang wajar dilafazkan.

            Bagaimanapun mungkin kesan emosi itu akan lebih ‘real’ jika ketika sedang menulis novel, pengarang benar-benar sedang dalam situasi marah, sedih, geram dan sebagainya.

            Tetapi bagi sesetengah pengarang, bolehkah dia menulis ketika perasan marah sedang melanda jiwanya, begitu juga dengan emosi-emosi lainnya? Sesetengah pengarang hanya akan menulis ketika suasana tenang kerana ketika itu emosi boleh dibentuk dengan mudah.

            Sekiranya ingin menulis babak marah, pengarang akan membayangkan bagaimanakah perilakunya ketika dia sedang memarahi seseorang.

            Sebagai kesimpulannya, boleh menulis ketika emosi seseorang sedang bergolak seandainya pengarang memang pernah melakukannya. Tetapi bagi pengarang yang tidka pernah melakukannya, kesan emosi dalam penulis boleh dilakukan dengan lebih penghayatan mata dan fikiran.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s