SATU MANUSKRIP SATU PENERBIT

BOLEHKAH menghantar satu manuskrip yang sama ke penerbit yang berlainan pada masa yang sama?

            Jawabnya. Tidak boleh. Sama ada anda seorang penulis baru atau penulis yag sudah lama menulis, ada baiknya diambil perhatian perkara ini. Satu manuskrip novel hanya boleh dihantar kepada sebuah penerbit sahaja pada masa yang sama.

            Anda boleh menghantar menuskrip yang sama kepada penerbit lain sekiranya penerbit yang pertama menolak novel anda itu. Tetapi jika ada belum ada hitam putih mengenai penolakkan, sila daptkan kepastian daripada penerbit pertama jika anda berhasrat untuk menghantar kepada penebrit lain setelah anda berasakan terlalu lama menunggu untuk diterbitkan.

            Perbuatan menghantar satu manuskrip yang sama kepada dua atau tiga penerbit juga pada masa yang sama, adalah perbuatan penulis yang tidka sabar untuk mencipta nama. Akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab, akan menyebabkan nama penulis berkenaan disenaraihitamkan.

            Saya pernah menemui kes yang seperti ini semasa menjadi editor sebuah penerbitan.  Seorang penulis yang ada nama melakukan perbuatan seperti ini tanpa memberitahu terlebih dahulu penerbit pertama sedangkan pada masa yang sama itu novel itu dalam proses untuk diterbit.

            Mujur juga  editor pada penerbit yang satu lagi  ada memberitahu saya, penulis yang dimaksudkan itu ada menghantar manuskrip yang sama dengan penerbit lain. Bayangkanlah jika manuskrip novel yang sama , ditulis oleh penulis yang sama, terbit dalam masa yang sama?

            Akhirnya manuskrip berkenaan terpaksa dikeluarkan daripada senarai novel yang akan diterbitlkan. Perbuatan ini merugikan penulis sendiri.  

            Bagaimanapun penulis boleh menghantar manuskrip yang berlainan kepada beberapa penerbit yang berlainan dan cerita juga berlainan. Itu pun jika penulis novel berkenaan bukan tertakluk kepada syarat-syarat hanya menulis novel untuk sesebuah syarikat penerbitan sahaja.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

14 Responses to SATU MANUSKRIP SATU PENERBIT

  1. busuk ucuk says:

    salam. nak tanya, syarikat penerbitan novel yg masa satu yg mudah sikit bg chance kt penulis2 baru utk terima karya novel diorang? sbb skrg agak susah lah nk dpt kn syarikat novel yg ‘baik hati’ yg boleh terima novel kita? mcm mana caranya nk jadi penulis novel yg mana novel kita dpt diterima oleh syarikat diorang tu? terima kasih….

    • muhdnasruddin says:

      Di Malaysia banyak syarikat penerbitan novel, namun kita perlu berhati-hati ada sesetengah penerbitan novel tidak mengambil berat mengenai pembayaran royalti. Bagaimanapun saya cadangkan, sekiranya sudah menyiapkan sebuah manuskrip novel boleh majukan kepada Penerbitan Prima Buku atau Alaf 21. Kedua-dua penerbitan itu adalah anak syarikat Kumpulan Karangkraf. Supaya novel kita dapat diterima penerbit, ada beberapa sya syorkan. Sebelum menulis novel, pastikan ke mana manuskrip novel itu mahu diterbitkan, maksudnya penerbit mana. Sdri boleh menghubungi dua penerbit yang saya syorkan itu. Untuk memastikan novel sdri itu memenuhi kreteria novel yang dikehendaki, sila baca novel-novel yang telah diterbitkan oleh dua syarikat berkenaan, kaji cerita dan sebagainya. Saya pasti sdri. dapat manfaat darinya dan cubalah tulis novel yang bertemakan novel yang te;lah diterbitkan. Untuk prnjelasan lanjut, hubungi editor, tema novel yang bagaimanakah yang boleh diterbitkan.

  2. ezaitie nfib says:

    As’Salam,
    saya baru memulakan langkah dalam dunia penulisan. saya pernah menghantar manuskrip kepada sebuah syarikat penerbitan pada awal februari tapi hingga kini tiada jawapan. pihak penerbitan disana juga menghadkan selama 3 bulan untuk manuskrip diproses. pada pendapat saudara, adakah boleh saya untuk mencuba menghantar manuskrip ke pihak penerbitan yang berlainan pula?

    • muhdnasruddin says:

      Salam kembali. Snda perlu menghubungi penerbit berkenaan sama ada secara bertulis ataupun menelfon kerpada editor untuk bertanyakan kedudukan manuskrip anda itu sama ada dapat diterbiytkan atau tidak. Jika diterbitkan, ia berita baik kepada anda. Jika tidka dapat diterbitkan, sdra perlu memohon supaya manuskrip itu dikembalikan untuk dihantar ke penerbit lain. Untuk pengetahuan, jika anda ingin menghantar ke penrbitan lain, ada baiknya hantar mauskrip lain kecuali jika manuskrip anda ditolak penerbit pertama.

  3. Isya. says:

    Salam,Saya ada sebuah karya novel yang lebih bertemakan “Fantasy Journey” atau lebih tepat cerita-cerita seperti “Harry Potter” dan “Lord of the Ring”. Sebenarnya,sudah puas saya fikir sykt penerbitan mana yang boleh terima cerita-cerita sebegini memandangan sykt penerbitan di Mlaysia lebih menerima cerita-cerita cinta dan masyarakat…Jadi,minta pendapat saudara,boleh ke saudara syorkan kepada akan sykt penerbitan yang sesuai? Terima kasih.

    Sekian,wassalam.

    • muhdnasruddin says:

      Salam kembali. Tahniah sekiranya anda sudah menyiapkan sebuah manuskrip novel seperti mana yang anda nyatakan. Sebenarnya ada beberapa penerbit yang menerbitkan novel sebagaimana yang anda nyatakan. Saya boleh cadangkan kepada anda dua penerbit. Pertama PTS Publications dan Grup Buku Karangkraf.
      Jika anda rajin melawati website PTS, mungkin anda akan terjumpa banyak bengkel untuk menulis dan menghasilkan karya dalam beberapa genre bukan hanya kepada kisah cinta atau masyarakat. Anda boleh datang menghadiri bengkel berkenaan secara percuma. Jika anda sudah menyiapkan manuskrip novel berkenaan, boleh terus majukan kepada editor atau penceramah. Sila plih bengkel yang bersesuain dengan keinginan anda menulis. Grup buku Karangkraf juga ada menerbitkan novel sepertimana yang anda nyatakan. Cuma apa yang penting anda rajin melawat website penerbit berkenaan kerana banyak genre menulis yang boleh anda dipilih dan bengkel sentiasa di adakan dari masa ke masa atau anda boleh terus berhubung dengan editor di penerbitan berkenaan. Sekian terima kasih. Wassalam.

      • Isya. says:

        Terima kasih Encik Nasruddin..sy akan melawati lawan web tersebut dan mengikuti apa yg telah saudara cadangkan.Untuk Pengetahuan saudara,ini adalah hasil karya saya yg kedua,karya saya yg pertama adalah daripada genre yg berbeza yg lebih berunsur kepada keagamaan.InsyaAllah kalau tiada apa aral,novel yg sulung sy ini akan berada di pasaran Disember nanti🙂

  4. amir says:

    salam.saya amir. saya nak tanya. saya ada koleksi cerpen. di mana syarikat yang boleh terbitkannya? sebab kebanyakkan syarikat sekarang lebih banyak mensasarkan penerbitan novel? email : dynzz88@yahoo.com

    • muhdnasruddin says:

      Salam sdra. Amir. saya sarankan anda cuba belajar menghasilkan novel kerana pasaran novel terbuka luas. banyak penerbit berlumba-lumba menghasilkan novel berbanding cerpen.

  5. nina says:

    Salam cik Muhdnashruddin,saya nak tahu bagaimana cara yang selamat untuk menghantar manuskrip melalui e-mel? Saya bimbang jika manuskrip kita akan diciplak oleh orang lain..dan ada tak “copyrighted software” di mana-mana laman web untuk di download? Terima kasih.

    • muhdnasruddin says:

      Salam Azwaisyah. Sebelum menghantar manusskrip melalui emel, pastikan dahulu novel anda itu setuju diterbitkan oleh penerbit. Untuk permulaan, hantarkan dahulu manuskrp yang bertaip, apabila sudah mendapat kelulusan untuk diterbitkan barulah hantar keseluruhan novel melalui emel. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

  6. saya nak tanya, kalau menghantar novel secara online, adakah ia dapat diterbitkan dan dipasarkan?

    • muhdnasruddin says:

      Ya, novel boleh diterbitkan asalkan ia bersesuai dengan pihak penerbit. Tetapi penulis juga perlu mencetak
      salinan manuskrip novel untuk simpanan dan perlu dikirimkan ke penerbit jika dikehendaki. Bagaimanapun sdra. perlu maklumkan kepada penerbit selepas menghantar manuskrip novel itu secara online.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s