BERAPA LAMA MANUSKRIP DITERBITKAN

ADAyang masih bertanya, apabila manuskrip di hantar kepada penerbit, berapa lama mengambil masa untuk diterbitkan?

Itu bergantung kepada penerbit. Bagi penulis baru, mungkin bersabar itulah yang lebih baik. Jika pada masa itu penerbit tidak ada manuskrip yang baik untuk diterbitkan, kebetulan manuskrip anda setelah dinilai menarik perhatian penerbit untuk diterbitkan, sudha tentu ia tidak mengambil masa yang lama untuk diterbitkan.

Bagaimanapun untuk pengetahuan penulis baru, cepat atau lambat sesebuah manuskrip diterbitkan bergantung kepada penerbit.Adapenerbit yang tidak mengambil masa yang lama diterbitkan.Adajuga penerbit yang mengambil masa berbulan-bulan untuk menerbitkan.

Pengalaman penulis, ada manuskrip memakan masa setahun lebih untuk diterbitkan, ada juga manuskrip diterbitkan dalam masa dua atau tiga  bulan sahaja.

Tetapi adalah lebih baik jika penulis sentiasa berhubung dengan penerbit untuk mengetahui status manuskrip novelnya itu. Bagaimanapun perlu diingatkan, jangan menunggu manuskrip pertama diterbitkan, barulah mula menulis novel kedua dan seterusnya.

Sebaik-baiknya, selesai sahaja novel pertama dihantar ke penerbit, sila terus menulis novel kedua sehingga selesai kemudian merangka untuk menulis novel ketiga dan seterusnya.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to BERAPA LAMA MANUSKRIP DITERBITKAN

  1. Violet Sofia says:

    As-salam.. Saya ingin bertanya, ada tak karangkraf menyediakan apa-apa kursus untuk memantapkan penulisan? Ini kerana saya sangat-sangat suka menulis, tapi saya sedar penulisan saya adakalanya tidak begitu ‘berisi’. Saya mahu menjadi seorang penulis yang bagus dan berkualiti. Sebenarnya saya sudah mula menulis dari umur 14 tahun, tapi saya tak pernah mampu menyiapkan mana2 menu skrip yg saya tulis. Ini kerana setiap kali bila saya sudah semakin banyak mengarang sesuatu menuskrip itu saya akan sedar bahawa penulisan saya sangat tak berkualiti. Itu tak kena, ini tak sesuai, dan itu akan membuatkan saya berhenti separuh jalan. Cuma ada minat yg tinggi, itu tidak memadai bukan? Atau, ada apa-apa nasihat untuk saya?

    • muhdnasruddin says:

      Salam. Ya Grup Buku karangkraf memang ada mengadakan bengkel untuk mereka yang ingin menulis buku atau novel dengan penerbit berkenaan. Sdri. boleh mengikuti perkembangan ini dengan melayari laman webnya atau facebook Grup Buku Karangkraf untuk bertanyakan bilakah lagi bengkel untuk penulis akan diadakan. Kebiasaannya makluman ini ada dimaklumkan dalam website atau facebook mempelawa sesiapa yang berminat. Kalau tak silap, bengkel yang kedua baru sahaja diadakan bulan lepas. Semasa bengkel ini nanti peserta akan didedahkan pelung-pelung menulis dengan Grup Buku karangkaf. Rajin-rajinlah lawat website atau facebook taip sahaja pada ruang Search: Grup Buku karangkraf.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s