DAYA TAHAN MENULIS MESTI SEPERTI BARA API

 

KETIKA anda muncul pertama kali dengan karya anda, tidak kira sama ada puisi, cerpen atau novel, pernahkan anda perhatikan siapakah  di antara penulis  yang ‘bersaing’ dengan anda ketika itu. Maksud saya, penulis yang sama-sama mencari tapak atau mencari nama di dalam dunia penulisan.

Ketika saya mula menulis bermula tahun 1976, saya memang perhatikan ramai yang sama-sama bersaing dengan saya ketika itu. Sehingga kini hampir 35 tahun berlalu,  penulis yang sama-sama bersaing dahulu, ada yang masih menulis sehingga kini, malah ada juga yang tenggelam timbul dan ada yang hilang terus, namanya lenyap dari dunia penulisan.

Mungkin ada sebab mereka tidak mampu bertahan sehingga ke hari ini, mungkin daya tahan sudah berkurangan  semangat menulis tidak membawa lagi. Justeru dalam penulisan, sememangnya ada pasang surut seperti bara api yang membakar. Jika bara api sudah hilang kepanasannya atau hampir padam, bara perlu dikipas supaya ia terus membara.

Akibat bara api yang tidak dikipas, akhirnya bakat yang sedia ada akhirnya terpadam begitu sahaja. Apakah rahsianya kerja-kerja  penulisan tidak berhenti di pertengahan jalan?

Rahsianya ialah kerana menganggap dunia menulis ini bukan kerja suka-suka atau sebagai hobi atau hanya mengisi masa lapang. Kerja menulis sebaiknya anggap ia juga satu kerja sebagaimana kerja yang rutin kita lakukan setiap hari.

Jika anda bekerja sebagai guru, kerja menulis masih boleh diteruskan sehinggalah bersara. Jika anda bekerja di pejabat, tugas menulis masih boleh diteruskan meskipun adakalanya dihambat dengan kerja yang banyak.

Bagi saya, selain yang di atas, ialah jangan bawa kerja di tempat kerja di bawa balik ke rumah. Jika dibawa balik ke rumah, sudah pasti anda tidak boleh menulis. Kerja menulis sememangnya hanya dilakukan di rumah sahaja kerana ia tidak akan mengganggu tugas seharian kita.   

Tetapi jika di rumah, anda dibebankan dengan tugas di tempat kerja, sebaik-baiknya memang anda berhenti menjadi penulis, kecuali jika minat menulis anda melebihi dari segala-galanya.

Sebab itulah tidak hairanlah, jika satu ketika dahulu anda pernah terbaca nama-mana penulis yang seangkatan atau tidak seangkatan tiba-tiba lenyap dari bumi penulisan.  Ini kerana komitmennya sebagai penulis tidak membara lagi.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s