NOVELIS PERLU TAHU MENULIS CEREKA TV

KEBELAKANGAN ini banyak novel sudah diadaptasi menjadi cereka tv sama telemovie atau drama bersiri. Ini satu perkembangan baik dan lebih banyak lagi novel-novel bermutu dapat diadabtasi menjadi cereka tv. Bagaimanapun untuk memindahkan novel menjadi cereka tv bukanlah satu kerja mudah. Hanya penulis skrip yang mahir dapat memindahkan cerita novel ke kaca tv dengan baik dan dapat memuaskan hati penulis novel.

Jarang ada penulis novel yang mampu untuk memindahkan novelnya menjadi skrip cereka tv. Alangkah baiknya jika penulis novel itu sendiri menulis skrip cereka tv itu untuk novelnya sendiri bagi mengelakkan tidak puas hati jika mesej yang hendak disampaikan tidak kesampaian.

Penulis novel masih berpeluang mengolah novel supaya mudah disesuaikan untuk skrip cereka tv seandainya mahu novelnya itu diadaptasi ke drama tv atau filem. Oleh itu tidak perlulah menggunakan penulis lain untuk mengolah novel itu untuk dijadikan skrip cereka tv jika penulis novel itu berkemampuan mengadaptasi novelnya sendiri.

 Sebagai penulis novel pula, .mereka perlu mengorak langkah tidak hanya menjadi penulis novel sahaja, sebalik berusaha untuk menjadi penulis skrip cereta tv kerana perkara ini boleh dipelajari. Mempelbagaikan genre penulisan adalah baik bagi penulis supaya karya mereka lebih meluas untuk dinikmati masyarakat.

Ramai di antara kita tiak  mempunyai banyak masa untuk membaca novel. Malah kebanyakan kita lebih banyak masa untuk menonton tv. Jika ramai penulis novel berkemampuan menulis skrip cereka tv berdasarkan novel sudah tentu banyak novel-novel bermutu di negara ini boleh diadaptasi menjadi cereka tv.

Menurut kajian, sesebuah novel biar pun sudah lama diterbitkan tetapi apabila dijadikan cereka tv terutamanya cereka yang bersiri akan cari oleh pembaca. Secara tidak langsung jualan novel yang diadaptasi menjadi cereka tv akan melonjak jualannya. Begitulah kesannya, di mana penulis akan mendapat dua sumber bayaran iaitu royalti jualan novel dan skrip cereka tv yang dihasilkannya.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s