PENULIS PERLU BIJAK MENGOLAH CERITA

WALAUPUN berpuluh-puluh judul novel terbit setiap bulan dengan pelbagai cerita namun bukan bermakna telah habis cerita ditulis. Sebenarnya banyak cerita yang boleh digarap dan diolah dengan kebijaksanaan penulis untuk dijadikan cerita dalam novel. Bergantung kepada kemampuan penulis untuk mengolah tema yang dipaparkan. Meskipun ceritanya ringan kerana cara pengolahan yang bijak, ia menjadi sebuah cerita yang menarik.

Terdapat juga ada cerita yang menarik tetapi kerana cara pengolahan yang ‘hanya asal siap’ ia menjadi kurang menarik walaupun sebenarnya ia boleh digarap dengan baik. Di sini kemampuan penulis cerita sangat penting.

Sebagai contoh jika sebuah sinopsis cerita   yang sama diberikan kepada 10 penulis untuk dijadikan sebuah novel, sudah tentu cara penulisan, teknik, bahasa, dan sebagainya tidak akan sama. Jika diberikan pula kepada penulis yang sudah berpengalaman dengan penulis yang baru menulis, hasilnya sangat berbeza.

Penulis yang bijak mungkin tidak akan menulis mengikut urutan cerita yang bermula dari A – Z tetapi menggunakan teknik imbas kembali yakni bermula dari Z kemudian A. Penulis yang lain pula akan mengambil pertengahan cerita seperti bermula dari M kemudian kembali kepada A seterusnya mengakhirkannya dengan Z pula.

Penulis bijak yang lain pula mungkin juga memulakan cerita dari pertengahan yakni dari M terus kepada Z dan kembali semula kepada A. Kemampun pengolahan tidak akan dating sendiri melainkan mencubanya melalui pengalaman.

Kebiasaannya pengalaman menulis akan memudahkan teknik penulisan seperti ini. Bagi penulis baru sudah tentu akan mengalami kesukaran dan akan menjadi keliru, akhirnya akan menjadikannya bosan lalu terbengkalailah novel yang sedang dihasilkan.

Namun bagi penulis baru disarankan supaya menulis novel mengikut kronologi cerita atau urutan kerana ia mudah tanpa menggunakan teknik imbas kembali atau imbas muka. Jika tidak berhati-hati perjalanan atau plot novel akan tunggang langgang dan penilai sukar hendak faham sekaligus menolak novel seperti ini untuk diterbitkan kerana pengolahannya yang mengelirukan.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to PENULIS PERLU BIJAK MENGOLAH CERITA

  1. siti najihah says:

    maafkan saya ingin tanya, meulis novel 3 dalam 1 ini maksudnya ialah 3 cerita dalam 1 tajuk/novel ataupun 3 tajuk dalam 1 novel

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s