NASIB PENULIS NOVEL

DALAM keghairahan menjadi penulis novel yang mahu cepat dikenali, kita seringkali diabaikan dengan beberapa faktor. Di antara faktor yang sering terabai ialah terdedah dengan risiko tidak menerima royalti. Lazimnya bagi penulis yang baru mencuba-cuba untuk menulis novel, royalti bukanlah yang diutamakan tetapi yang penting dapat diterbitkan dan ke mana-mana kedai buku, novel anda ada terselit di celah-celah novel-novel lain.

Terdapat sesetengah menerbitkan mengambil kesempatan kecetekan pengetahuan penulis mengenai bayaran royalti  menyebabkan sesetengah tidak mendapat apa-apa bayaran daripada penerbit walaupun novel mereka sudah berada di pasaran. Oleh itu, pastikan sebelum menghantar manuskrip kaji dulu latar belakang penerbit supaya anda tidak mudah ditipu.

 Setakat ini hanya terdapat segelintir penerbit novel yang berkala membayar royalti kepada penulis, di antara penerbit novel yang bernaung di bawah Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. seperti ALAF 21, PRIMA BUKU dan KARYA BESTARI. Grup Buku Karangkraf membayar royalti empat bulan sekali atau tiga kali setahun.

Bagaimanapun tidak semua penulis mampu tertumpu kepada ALAF 21 atau PRIMA BUKU kerana terpaksa menunggu giliran kerana banyaknya manuskrip yang sedang menunggu. Bagi mereka yang tidak sanggup menunggu terpaksa mencari penerbit lain asalkan novel mereka dapat diterbitkan.

Oleh kerana itu ramai juga calun novelis terpaksa berpusat kepada penerbit yang baru belajar menerbitkan novel kerana mereka kurang manuskrip dan peluang untuk novel diterbitkan lebih cerah.  Tetapi mereka terpaksa menanggung risiko tidak dibayar royalti kerana penerbit berkenaan juga tidak pasti sama ada novel merea boleh dijual atau tidak kerana tidak ada nama.

Untuk mengatasi tidak dibayar royalti, penulis diberi pilihan supaya menjual manuskrip secara ‘lumpsum’ (menjual manuskrip) dengan harga yang dipersetujui. Bagi penulis yang mahukan wang dengan cepat mahu tidak mahu terpaksalah menjual manuskrip berkenaan daripada tidak menerima royalti langsung.

 Begitulah nasib penulis…

 

 

 

 

 

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to NASIB PENULIS NOVEL

  1. sya says:

    Kalai bayaran lump sum maksudnya, sekiranya tiba2 novel tu meletup dipasaran penulis dah xkan terima apa2 royalti ke?
    Kalai lump sum selalunya anggaran bayaran yg diterima berapa? Tq

    • muhdnasruddin says:

      Ya bayaran lumpsum, penulis tak dapat apa-apa kalau buku meletup sebab buku itu dikira sudah dijual tapi jika royalti, selagi buku itu masih dijual, penulis masih ndapat royalti. Lumpsum baisanya anggrapan RM 1000 atau kurang daripada itu.

  2. Nani Huda says:

    Salam, habis tu camne ngan PTS? PTS ada bayar royalti tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s