JANGKAAN MASA SIAPKAN NOVEL

OLEH kerana menghasilkan sesebuah novel mengambil masa yang panjang, sememangnya banyak masa digunakan untuk menyiapkannnya. Bagaimanapun untuk menyiapkan sesebuah novel seseorang penulis perlu menetapkan atau jangkaan masa seperti sebualan dua bulan atau tiga bulan.

Untuk memudahkan penulis menepati masa menyiapkan sesebuah novel. Panduan ini mungkin berguna, supaya penulis dapat menyiapkan dalam masa yang ditetapkan.
1.Mencari bahan-bahan atau idea menulis.
2. Sesudah mendapatkan bahan, sila kembangkan menjasi sebuah sinopsis.
3. Siap sinopsis, kembangkan menjadi rangka. Maksudnya bab pertama, apakah cerita yang hendak ditulis, kemudian bab kedua dan seterusnya sehinggalah ke bab terakhir.
4. Mulakan menulis bab pertama. Siap bab pertama teruskan kepada bab kedua san seterusnya sehingga akhir.
5. Jangan berhenti menulis selagi novel belum siap. Jika berhenti akan menyebabkan novel terbengkalai.
CONTOH YANG MUDAH
1. Bahan-bahan atau Idea misalnya mengenai kes buli di sekolah menengah.
Dapatkan bahan-bahan melalui keratan akhbar, majalah, kajian dan sebagainya. Misalnya mengapa ia berlaku. Langkah-langkah mencegah dan penyelesaiannya. Wujudkan satu watak yang kena buli, watak-watak yang membuli, watak yang simpati dan watak-watak lain yang ada kaitan dengan kisah ini.
2.. Sinopsis
Alif seorang pelajar pendiam. Bapanya sudah meninggal dunia dan tinggal bersama ibunya yang hidup serba sukar. Pelajaranya bagus dan disujai guru-guru dan seorang pelajar perempuan simpati dengan hidupnya. Seorang pelajar lelaki lain cemburu melihat pelajar perempuan itu sering memantu Alif.
Zack pelajar yang cemburu, seorang anak orang berada. Dia menggunakan ‘kemewahan’ untuk mempengaruhi rakan-rakannya untuk membuli Alif. Zack merancang untuk melakukan sesuatu kepada Alif tetapi rancangannya diketahui lebih awal oleh pelajar perempuan yang simpati dengan Aliff.
(Teruskan sinopsis kisah ini sehingga selesai)
3.Menulis rangka.
BAB 1.
Alif sedang makan di kantin berseorangan, kemudian didatangi Irma, gadis pelajar yang simpati dengan hidupnya. Zack yang turut berada di kantin berasa tercabar apabila, pelajar yang diminati menjadi teman baik Alif. Zack menghampiri bersama-sama dengan dua rakannya. Zack memberi amaran supaya tidak berbaik-baik dengan Irma.
BAB 2
Zack kehilangan kunci motosikal. Dia menuduh Alif menyembunyikannya. Alif menafikan tetapi Zack tetap menuduh dan mengancam Alif mahu melakukan sesuatu terhadapnya. Alif bimbang, dia mengadukan perkara itu kepada guru disiplin.
BAB 3
(Teruskan menulis kisah seterusnya sehinggalah selesai)
4. Mulakan menulis bab satu
Contoh:
SEBAIK sahaja loceng rehat berbunyi, Alif melangkah keluar dari kelas menuju ke kantin. Dia membawa bungkusan nasi lemak yang dibuat ibunya serta bekas berisi air masak. Sampai di kantin, dia mencari meja paling belakang. Suasana di kantin riuh rendah dengan pelajar yang menyerbu makanan yang dijual.
Alif tidak memperdulikan keriuhan itu sebaliknya terus duduk di bangku panjang yang boleh memuatkan empat orang. Sebaik sahaja duduk, tercegat seorang gadis di hadapannya. (Teruskan babak ini sehingga akhir bab 1).
5. Teruskan menulis setiap bab, jika boleh biar panjang setiap bab – sama. Jika 10 halaman, buatlah 10 halaman setiap bab.

About muhdnasruddin

Writter
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s