KELEMBAPAN EKONOMI JEJAS ROYALTI PENULIS

RAMAI meramalkan ekonomi pada tahun 2017 ini semakin sukar dan ‘perit.’ Ini tidak terkecuali dalam industri perbukuan yang merasai kesuraman. Walaupun ini sudah mulai dirasai sejak tahun lalu tetapi tahun ini dirasakan lebih mencabar.

Sama ada mereka yang terlibat dalam industri menerbitkan buku, mengedar, menjual malah para penulis sendiri akan merasa kesannya. Apabila industri buku merudum, bermakna royalti kepada penulis juga akan menurun dan penulis yang berharapkan kepada hasil royali pasti akan menerima kesan yang lebih.

Inilah hakikat yang mesti diterima. Ramai penulis yang menghasilkan buku akan berasa resah dengan keadaan ini. Walau apapun, para penulis buku tidak b oleh berdiam diri. Mereka mesti mencari alternative dan tidak mengharapkan serratus peratus kepada penerbit untuk memasarkan buku mereka.

Dengan kewujudan pelbagai media sosial sekurang-kurangnya dapat membantu jualan buku para penulis. Penulis boleh menggunakan facebook, Instagram, WhatApps, Twitter dan seumpamanya untuk memasarkan buku.

Bagaimanapun penulis mesti tahu bagaimanakah cara yang betul untuk memasarkan buku melalui media sosial ini. Bukan mustahil, walaupun pelbagai cara digunakan di media sosial ini, tetapi buku tidak dapat dijual. Masa dan tenaga habis terbuang, buku tidak dapat dijual.

Ini juga satu masalah. Penulis mahir dalam segala hal penulisan tetapi kosong pengalaman dalam hal pemasaran di media sosial. Ini satu cabaran bagi penulis. Jika terus berdiam diri, buku yang berada di dalam setor tidak akan berkurangan.

Penulis mesti melakukan sesuatu supaya hasil royalty tidak terjejas akibat kemerosotan ekonomi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s