PEMBACA SEKARANG TIDAK SUKA DIAJAR

FAHAMI betul-betul tajuk di atas.

Apabila disebut tidak suka diajar, tentulah maknanya mereka tidak suka disuruh buat begitu, buat begini, jangan buat yang ini tapi buat yang itu. Tinggalkan yang itu, buatlah yang begini! Ya, pembaca sekarang sudah ramai yang bijak berfikir.

Apabila disebut pembaca sekarang ialah pembaca yang baru lepasan sekolah menengah, peringkat kolej atau universiti. Jiwa muda mereka sememangnya tidak suka disuruh, diajak itu dan ini. Tetapi apabila diajak, mereka boleh bertoleransi.

Contohnya dalam pemilihan bahan bacaan. Mereka sudah tentu tidak suka buku-buku yang berbentuk ‘mengajar.’ Sebagai penulis, kita perlu faham dan menulis yang bukan berbentuk mengajar tetapi lebih kepada ‘mengajak.’

Mengajak atau memandu ke arah kebaikan, satu cara mendekatkan diri kepada minat membaca. Tanyalah kepada anak-anak kita, apabila kita suruh atau perintah buat itu atau ini, mereka berat untuk melakukan. Jika melakukan sekalipun bukan dengan kerelaan tetapi terpaksa.

Tetapi apabila kita ajak ke satu-satu tempat, mereka tanpa berfikir panjang. Apa lagi jika tempat itu memberikan hiburan tetapi jika di ajak ke tempat-tempat yang menambahkan ilmu, mereka mungkin agak keberatan.

Apa yang penting di sini ialah kemahuan. Apabila sudah ada kemahuan, boleh diselitkan sedikit demi sedikit ilmu pengetahuan kepada mereka. Mereka tidak boleh diteruskan dengan memberikan ilmu tetapi dengan cara mendadak.

Sebagai penulis, gunakan cara yang bijak, menggunakan teknik atau gaya menulis yang mengarah kepada ‘mengajak’ bukan ‘memerintah’ , ‘menyuruh’ dan seumpamanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s