TULIS BUKU BUKAN UNTUK SYOK SENDIRI

YA, kita harus menulis buku bukan untuk ‘syok’ sendiri! Masa menulis buku untuk syok sendiri sudah berlalu. Sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang (2017) orang berkira untuk membeli suatu barangan termasuk buku.

kita menulis buku untuk orang lain membaca bukan kita seorang yang membaca. Jadi menulis buku tidak kira buku-buku agama, novel seram, novel tak seram dan seumpama mesti megikut selera pembaca. Pembaca yang keluarkan duit, mereka ada hak untuk memilih buku yang ‘kena’ dengan selera mereka.

Menulis buku ikut selera sendiri sangat ‘bahaya’. Bahaya jika buku itu tidak boleh dijual. Maksudnya tidak laku di pasaran. Kesannya kepada penulis dan pihak penerbit yang menerbitkan buku itu. Jika penerbit ‘tidak mampu senyum’ dengan prestasi jualan buku tersebut, peluang mungkin tinggal 20% untuk kita terbitkan buku selepas ini.

Mahu atau tidak, mestu tulis buku apa yang pembaca mahu. Bukan penulis mahu. Macam mana hendak tahu apa yang pembaca mahu? Kena buat kajian rambang atau cuba prestasi jualan buku apa yang laku pada ketika ini.

Jika ada perubahan dari segi penyampaian, isi kandungan, Bahasa dan sebagainya, penulis kena akur dengan keadaan. Penulis tidak boleh menulis lagi ‘style’ tahun 70-an atau 80-an. Mesti ikut ‘style’ pembaca 2017.

Bukan mudah hendak paksa mereka keluarkan duit dari poket untuk beli buku kita jika tidak kena dengan selera mereka. Penulis kena mengalah, kena ikut kehendak pembaca 2017 dan tahun-tahun akan datang. Tulislah ikut apa yang mereka ‘syok’ jika buku kita mahu terjual laris di pasaran.

Biarlah mereka syok dengan karya kita. Penulis boleh tersenyum, editor pun boleh tersenyum, penulis juga boleh tersenyum kerana royalti menulis tidak lagi ‘seciput’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s