TIDAK RAMAI PENULIS MAHU MENGHASILKAN EBOOK

JIKA rajin melayari internet terutamanya yang menjalankan ‘bisnes online’ tidak ramai penulis yang biasa menulis novel atau buku yang menghasilkan ebook. Mereka sudah selesa menulis buku atau novel berbanding menulis ebook.

Bgeitu juga, mereka yang sudah menghasilkan ebook, jarang mahu menulis buku biasa. Ini kerana menulis ebook lebih ‘untung’ dari segi pendapatan berbanding menulis buku biasa. Lagipun mereka tidak mahu berkongsi keuntungan dengan orang lain. Lebihnya mereka memberikan ilmu kepada orang lain, kita yang inginkan ilmu itu terpaksa membayar ilmu mereka.

Yalah, zaman sekarang ini mana ada yang percuma? Tetapi menulis ebook kadang beli satu ebook boleh dapat satu ebook percuma kerana ebook ini tidak perlukan kos yang tinggi, cara ini boleh dilakukan selain untuk menarik lebih ramai pembeli.

Tetapi pembeli buku fizikal tidak begitu. Mana ada beli satu buku atau novel, akan dapat satu buku atau novel secara percuma. Untuk menghasikan satu buku sahaja kosnya sudah beribu ringgit, mana nak untung?

Tetapi menghasilkan satu ebook kalau paling maksima kosnya hanya mungkin sekitar RM 50.00. Itu tidak kira idea. Hanya buat satu ‘copy’ untuk dijual. Tidak perlu cetak ratus atau ribu naskhah. Simpan sahaja satu fail ebook di laptop, jika ada 100 pembeli, fail itulah yang akan dijual. Fail asal tetap ada tersimpan.

Inilah yang selalu dikatakan, buat satu ebook, untuknya berkali-kali. Malah untuk menjual seribu  ebook, kita tidak perlu untuk cetak seribu naskah ebook. Satu fail sudah cukup. Bayangkan kalau ada empat atau lima ebook.

Saya pernah ceritakan, bagaimana saya bermula dari menulis buku biasa sehingga berjaya menghasilkan tiga ebook. Semuanya yang bermula dari ‘0.’ Tapi saya  mahu meneroka sesuatu yang baru. Hasilnya saya mampu lakukan.

Walaupun sudah menghasilkan ebook, saya masih menulis buku biasa. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Sebab, tidak semua buku biasa boleh dijadikan ebook. Tetapi ebook boleh diterbitkan menjadi buku biasa. Bagaimanapun ia jarang berlaku.

Tetapi jika ada permintaan, ia boleh dibuat tetapi menelan kos yang tinggi. Jika menulis menulis ebook kos hanya tidak sampai RM 100 tetapi jika hendak diterbitkan menjadi buku biasa kosnya menelan ribuan ringgit.

Saya pernah mengutarakan sebuah ebook saya untuk dijadikan buku biasa kepada seorang pencetak yang biasa dan kenal. Untuk mencetak sejumlah 500 naskah, beliau memerlukan kos hampir RM 5,000. Katanya kos, kertas mahal, dakwat mencetak mahal, membuat filem printing, kulit luar yang UV dan macam-macam lagi.

Kos semakin tinggi jika jumlah cetakan sedikit. Macam mana hendak cetak banyak, kalau belum pasti pasarannya belum pasti? Kawan-kawan pula kalau kita tunjuk suruh beli, semua nak harapkan dapat percuma!

Menulis ebook hanya satu alternatif. Tidak rugi jika mahu mencuba tetapi sebelum mencuba, cari ilmu dulu, ebook yang bagaimana yang boleh dijual sehingga ‘best seller.’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s