Kenangan Sepanjang Jalan

Gambar PPIK 4PENYAIR Kemala berbaju belang (kiri) dan Malim Ghozali Pk serta seorang pemimpin persatuan penulis di Perak  turut memberi sokongan di atas kegiatan penulis dari Kuala Lumpur sempena Pertemuan Penulis KL dan Perak bertempat di pinggiran Sungai Perak.                                                                             Gambar PPIK 2                                                                     BENGKEL penulisan cerpen dan novel bertempat      di      Kompleks Merdeka Studio, Hulu Klang (Sekarang Komplek Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) pada tahun 1988 dihadiri 3o orang penulis yang aktif ketika itu di sekitar Kuala Lumpur. Pembimbingnya terdir daripada Khairuddin Ayip dan Muhd Nasruddin Dasuki.

Di antara yang turut serta pada bengkel itu ialah, Zainiza, Zaen Kasturi, Lee Chong Beng, Abdullah Shuib, Talha Tukimin, Zenon Mohd Amin, Ahmad Mazlan Hashim, Asimo S, Syed Shafie MH, Chulan Chin, Muhd Nasruddin Dasuki, Dayang M, Hamiza SB, serta beberapa orang lagi yang namanya samar-samar dalam ingatan.

Gambar PPIK 1Penulis (tengah berbaju kelabu berpeluk tubuh) sedang memerhatikan para peserta pertemuan penulis pertama yang berlangsung di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur ketika menjadi Pengarang akhbar Mingguan Famili dan Pengelola Halaman sastera akhbar tabloid yang menganjurkan pertemuan tersebut. Kira-kira 400 peserta hadir untuk berbengkel dan berbincang. Turut menjadi majlis ini ialah Pengelola Halaman sastera Mingguan Perdana, Sdr. Zainiza dan Imlan Abadi dari Mingguan Bacaria. Majlis ini diadakan pada tahun 1987. Turut kelihatan ialah Suhaimi Osman, Abdullah Shuib, Nahar Rashid, M. Said Muharam,   Zaen Kasturi, Aziz Talib dan Sazali Zainuddin.

Gambar PPIK 3

 KUNJUNGAN para penulis dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar, Perak pada 31 Ogos 1987 sempena mengadakan pertemuan penulis Kl dengan persatuan penulis di Perak. Majlis berlangsung di tepi Sungai Perak dihadiri oleh kira-kira 20o orang peserta tempatan dan Kuala Lumpur. Di antara penulis yang hadir ialah Kemala, Malim Ghozali Pk, serta para penulis dari Kuala Lumpur dan Perak. Majlis diisi dengan deklamasi puisi kemerdekaan, persembahan lagu puisi serta bengkel puisi dan cerpen serta pembentangan kertas kerja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s