Novel Yang Sudah Diterbitkan

Dayang Sindora

Novel DAYANG SINDORA diterbitkan oleh Rhythm Publishing Sdn. Bhd. di Pulau Pinang pada tahun 2003. Novel ini adalah novel yang ketiga diterbitkan syarikat berkenaan. Dua buah lagi novel yang pernah diterbitkan ialah Manjala Impian dan Mawar Shafiq. Dayang Sindora sebuah novel remaja, tebal 356 Halaman. Harga RM 13.90. Ceritanya mengisahkan seorang anak yang terpisah sejak kecil dengan ayahnya akibat perceraian dan bertemu semula dengan bantuan seorang pelukis potret.

Kudiam Hatimu Selama

NOVEL Ku Diam Hatimu Selama diterbitkan oleh Tempo Publishing, Anak syarikat Penrbitan Delta  di  Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1987. Penerbit ini juga sudah tidak wujud lagi sekarang.   Bagi yang menggemari keindahan bahasa, novel ini memiliki keindahan bahasanya tersendiri. Novel ini mengisahkan kisah cinta seorang guru wanita terhadap seorang yang tidak kesampaian. Menjadi kelaziman, cinta yang kecundang menjadi santapan penulis novel ketika itu.  

Gerimis Masih Di Pipi

NOVEL Gerimis Masih Di Pipi diterbitkan Mastika Publishers pada tahun 1988. Penerbit ini  tidak wujud lagi sekarang. Ini adalah novel pertama yang diterbitkan. Novel ini mengisahkan ketabahan seorang gadis yang lumpuh dan berkerusi roda untuk ke sekolah. Walaupun lumpuh, masih insan yang sedia membantu dan menaruh simpati. Selain itu dia menghadapi konflik dengan rakan-rakan rapatnya. Pada akhir cerita kerana ketabahan menghadapi dugaan, akhirnya gadis ini mampu untuk berjalan. 

Mengukir Impian

      NOVEL Mengukir Impian diterbitkan oleh Marwilis Publisher & Distrributors Sdn. Bhd pada tahun 1993. Tebal 164 halaman. Harga RM 7.50. Novel ini mengisahkan seorang gadis yang menghadapi tekanan perasaan kerana dituduh menjadi punca sepupunya mati lemas ketika berkelah.  Atika dan abangnya Muharam anak yatim piatu menjadi mangsa dendam Jalal, bapa saudaranya. Novel ini banyak memainkan emosi watak utamanya Atika.

15 Responses to Novel Yang Sudah Diterbitkan

  1. sastro says:

    novel FAIL HITAM; Cahaya Dalam Kegelapan, bakal terbit tidak lama lagi, so dapatkan ia dipasaran….insyaAllah.

  2. montok says:

    buku-buku novel yang diterbitkan guna bahasa tak sesuai contoh “mangkuk”. ada apaan itu macam?

    • muhdnasruddin says:

      Sebaik-baiknya gunakan bahasa yang sesuai. Penulis juga bertanggungjawab memberikan sesuatu yang baik kepada pembaca. Elakkan daripada menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya digunakan dan penulis harus bertanggungjawab apa yang dituliskannya.

  3. sikon says:

    menulis novel satu kepuasan jika berjaya diterima dan diterbitkan. jika ditolak setelah ditapis maka bukan bererti novel kita tidak bagus cuma yang menilainya punya fikiran berbeda waktu itu. sekian…..selamat bernovel-novelan…

  4. busuk ucuk says:

    Salam Boleh saya ingin bertanya. Bagaimanakah cara untuk kita menghantar manuskrip novel kita ke syarikat novel di malaysia? Apa nama syarikat yang patut kita hantar novel kita tu? Dan bagaimana caranya untuk bagi mereka (syarikat novel itu) dapat menerima novel kita itu? Terima kasih.

  5. Rumaizah says:

    salam…saya mencari sebuah novel melayu lama tetapi tidak ingat tajuk mahupun penulis.ceritanya seakan-akan novel Ku Diam Hatimu Selama.novel tersebut saya baca semasa saya bersekolah rendah pada zaman 1990an dahulu, tahun juga saya tidak ingat.mahu bertanya pada empunya novel (ibu saya) tetapi beliau telah lama meninggal.apa yang saya ingat cuma 2 orang remaja (pelajar sekolah menengah) yang tidak serasi, rasanya mereka bertemu kembali selepas salah seorang pelajar tersebut berpindah ke sekolah pelajar yang seorang lagi. dan masalah-masalah yang timbul juga ada kaitan dengan cikgu di sekolah tersebut. harap boleh membantu…perkataan yang mengingatkan saya pada novel tersebut adalah “bunga pagi”.

    • muhdnasruddin says:

      Salam. Mungkin penulisnya bernama Khairuddin Ayip, judulnya saya kurang pasti sebab saya kena ‘cek’ dalam koleksi novel saya yang lama-lama. penerbitnya kalau tak silap K Publishing. Mungin novel itu yng anda maksudkan. Mungkin sekarang susah nak cari novel itu kecuali mungkin penulisnya sahaja yang ada simpanan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s