MENULIS EBOOK PERLU ADA MENTOR

WALAU dalam apa bidang sekalipun, jika ingin berjaya, mesti ada mentor. Nak jadi penyanyi pun perlu ada mentor. Nak jadi usahawan inrernet yang berjaya juga perlu mentor. Apa lagi kalau nak jadi penulis.  Anda perlu ada ada mentor. Anda ada?

Siapa yang selalu tengok racangan realiti tv, selalunya ada mentor. Mentorlah yang akan memberikan tunjuk ajar kepada protégé untuk melakukan persembahan yang lain daripada peserta lain. Fungsi mentor ini penting.

Menjadi penulis tanpa mentor, tidak dapat ilmu yang banyak boleh diserap ke dunia penulisannya. Mentor ini yang akan memandu protégé menulis dengan betul. Bukan sahaja cara menulis, tetapi segala aspek dalam dunia penulisan yang terbuka ini.

Carilah mentor supaya anda tidak menjadi penulis sekerat jalan. Siapapun anda, jangan malu mencari mentor jika mahu berjaya.

Menjadi penulis ebook barangkali tidak se’glamour’ dengan penulis karya kreatif. Penulis sajak boleh dijemput membaca sajak di khalayak di majlis-majlis tertentu. Itu pun bukan semua penyajak. Mereka yang sudah ada nama saja selalu mendapat undangan.

Walaupun menjadi penulis ebook tidak se’glamour’ karya kreatif, tetapi mereka cukup terkenal di kalangan mereka yang sentiasa ber’blogging.’ Bukan sahaja dengan blog mereka boleh mendapat pendapatan yang lumayan, mereka juga sering dijemput untuk memberikan motivasi kepada mereka yang menjalankan ‘bisnes online’

Untuk itu tidak cukup dengan hanya boleh menghasilkan ebook. Ingin menjadi penulis ebook juga perlukan mentor. Mentor inilah yang akan memberi tunjuk ajar, ebook yang bagaimana mahu ditulis? Bagaimana mahu memasarkan ebook? Siapa sasaran ebook dan sebagainya.

Menceburi penulisan ebook, terlalu luas skopnya. Tidak seperti menulis buku atau novel, siap tulis novel terus hantar kepada penerbit. Penerbit akan cetak dan jual. Semua dilakkan oleh penerbit, kita hanya duduk goyang kaki tunggu royalti.

Jika buku atau novel tidak laku di pasaran, mulalah semangat menulis mula ‘menjunam.’ Menulis ebook tidak seperti menulis buku  biasa. Kita tidak boleh harapkan sesiapa melainkan diri sendiri yang usaha lebih. Lebih usaha, lebihlah ‘hasilnya.’

Mereka yang sudah berkira-kira menghasil sebuah ebook, bolehlah fikirkan, siapakah mentor yang boleh membimbing anda. Itupun jika anda tidak selesa dengan keadaan ekonomi  sekarang dan ingin perubahan dalam hidup.

Tetapi jika anda mahu perubahan, bertindaklah sekarang. Ibarat menaiki sampan di dalam sungai, jangan menunggu sampan bocor barulah bertindak menutup lubang yang bocor. Pastikan sampan yang hendak digunakan selamat dari .kebocoran.’

Sebelum menyeberang sungai, sediakan  dahulu pelampung atau alat-alat keselamatan jika anda tidak tahu berenang.

TIDAK RAMAI PENULIS MAHU MENGHASILKAN EBOOK

JIKA rajin melayari internet terutamanya yang menjalankan ‘bisnes online’ tidak ramai penulis yang biasa menulis novel atau buku yang menghasilkan ebook. Mereka sudah selesa menulis buku atau novel berbanding menulis ebook.

Bgeitu juga, mereka yang sudah menghasilkan ebook, jarang mahu menulis buku biasa. Ini kerana menulis ebook lebih ‘untung’ dari segi pendapatan berbanding menulis buku biasa. Lagipun mereka tidak mahu berkongsi keuntungan dengan orang lain. Lebihnya mereka memberikan ilmu kepada orang lain, kita yang inginkan ilmu itu terpaksa membayar ilmu mereka.

Yalah, zaman sekarang ini mana ada yang percuma? Tetapi menulis ebook kadang beli satu ebook boleh dapat satu ebook percuma kerana ebook ini tidak perlukan kos yang tinggi, cara ini boleh dilakukan selain untuk menarik lebih ramai pembeli.

Tetapi pembeli buku fizikal tidak begitu. Mana ada beli satu buku atau novel, akan dapat satu buku atau novel secara percuma. Untuk menghasikan satu buku sahaja kosnya sudah beribu ringgit, mana nak untung?

Tetapi menghasilkan satu ebook kalau paling maksima kosnya hanya mungkin sekitar RM 50.00. Itu tidak kira idea. Hanya buat satu ‘copy’ untuk dijual. Tidak perlu cetak ratus atau ribu naskhah. Simpan sahaja satu fail ebook di laptop, jika ada 100 pembeli, fail itulah yang akan dijual. Fail asal tetap ada tersimpan.

Inilah yang selalu dikatakan, buat satu ebook, untuknya berkali-kali. Malah untuk menjual seribu  ebook, kita tidak perlu untuk cetak seribu naskah ebook. Satu fail sudah cukup. Bayangkan kalau ada empat atau lima ebook.

Saya pernah ceritakan, bagaimana saya bermula dari menulis buku biasa sehingga berjaya menghasilkan tiga ebook. Semuanya yang bermula dari ‘0.’ Tapi saya  mahu meneroka sesuatu yang baru. Hasilnya saya mampu lakukan.

Walaupun sudah menghasilkan ebook, saya masih menulis buku biasa. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Sebab, tidak semua buku biasa boleh dijadikan ebook. Tetapi ebook boleh diterbitkan menjadi buku biasa. Bagaimanapun ia jarang berlaku.

Tetapi jika ada permintaan, ia boleh dibuat tetapi menelan kos yang tinggi. Jika menulis menulis ebook kos hanya tidak sampai RM 100 tetapi jika hendak diterbitkan menjadi buku biasa kosnya menelan ribuan ringgit.

Saya pernah mengutarakan sebuah ebook saya untuk dijadikan buku biasa kepada seorang pencetak yang biasa dan kenal. Untuk mencetak sejumlah 500 naskah, beliau memerlukan kos hampir RM 5,000. Katanya kos, kertas mahal, dakwat mencetak mahal, membuat filem printing, kulit luar yang UV dan macam-macam lagi.

Kos semakin tinggi jika jumlah cetakan sedikit. Macam mana hendak cetak banyak, kalau belum pasti pasarannya belum pasti? Kawan-kawan pula kalau kita tunjuk suruh beli, semua nak harapkan dapat percuma!

Menulis ebook hanya satu alternatif. Tidak rugi jika mahu mencuba tetapi sebelum mencuba, cari ilmu dulu, ebook yang bagaimana yang boleh dijual sehingga ‘best seller.’

KELEBIHAN MENULIS EBOOK

ADA pembaca bertanya, apa kelebihan menulis ebook dengan buku biasa?

Dalam suasana ekonomi yang lembab sekarang ini, tidak dinafikan banyak jualan buku fizikal turut terkesan. Ia akan membabitkan banyak pihak. Penerbit akan kurangkan jumlah terbitan. Penulis yang ada skrip terpaksa ‘direndam’ lama. Tunggu ekonomi pulih, entah bila.

Yang ada kerja lain mungkin tidak kisah. Tetapi kalau yang bergantung hidup dengan menulis, macam mana?

Ebook sekarang sudah diakui sebagai satu sunber ilmu. Ebook tidak perlu dicetak banyak seperti buku biasa. Jika ada pembeli boleh hantar fail ebook yang dalam bentuk digital. Hanya dengan sekali ‘klik’ ebook boleh dihantar melalui emel. Pembeli baca membaca terus di laptop, Hp atau komputer. Mudah bukan?

Kalau pembeli takut fail akan hilang dalam laptop. Pembeli boleh ‘print’ dan simpan. Boleh baca berulang kali seperti buku biasa.

Berikut kelebihan ebook:

Kos yang rendah. Menulis ebook boleh dilakukan sendiri di laptop atau set komputer. Tidak perlukan kos yang tinggi kerana kita yang menulis, kita yang mengedit dan kita juga yang menerbitkan. Tidak perlu membabitkan ramai orang.

Ebook tidak perlu dihantar kepada penerbit, Tidak perlu dicetak. Tidak ada masalah lambakan stok penyimpanan. Cuma pastikan fail ebook sentiasa selamat di laptop dan pastikan tidak terkena virus.

Ebook boleh dijual diseluruh dunia. Tetapi pasaran di Malaysia juga luas. Melakukan ‘marketing’ tidak perlu keluar rumah atau pejabat. Semua boleh dilakukan di internet. Tidak perlu jumpa pelanggan untuk menjual. Pembeli akan mencari di blog penulis.

Menjual ebook di internet ibarat membuka premis 24 jam. Ketika anda sedang tidur sekalipun, orang boleh membeli ebook anda. Tidak seperti kedai. Jika buka pukul 9.00 pagi dan tutup pukul 7.00 malam. Penjualan buku hanya tempoh itu sahaja.

Kaedah pemasaran yang pelbagai dan percuma. Tidak perlu keluar duit minyak asalkan bijak menguasai permasaran internert atau ‘internet marketing’ (IM). Semua ini boleh anda pelajari melalui internet atau menghadiri seminar ‘internet marketing.’

Tidak ada istilah siapa penerbit, siapa editor, siapa pencetak, siapa mengedar dan sebagainya kerana semua itu boleh dilakukan sendiri oleh penulis.

Keuntungan 100 %.  Jika anda penulis ebook, anda juga yang akan kesemuanya jika harga ebook berkenaan RM 30.00. RM 30.00 itu milik anda. Bayangkan kalau anda mampu menjual 1,000 ebook? 1000 X RM 30.00 = RM 30,000 itu milik anda.

Berbanding buku fizikal. Penulis cuma dapat royalti 10 %. Jika harga buku RM 30.00 dapat dijual 1000 naskhah. Jumlah royalti yang akan anda dapat ialah RM 3,000. RM 3,000.00 itulah milik anda. Hendak menghabiskan jualan 1000 naskhah, bila? Setahun? Enam bulan?

Anda hanya akan dapat royalti setahun sekali atau dua kali setahun. Bergantung kepada perjanjian penerbit dengan penulis. Jika anda menjual ebook, bayaran akan terus masuk ke dalam akaun bank anda.

Rajin anda buat promosi dan ‘marketing’ banyaklah duit masuk.

Ini sebenarnya hanya satu cara  jika anda ingin menambahkan pendapatan menulis selain hasil royalti. Bagaimanapun terpulanglah kepada penulis.

Sebenarnya sebagai penulis, ada banyak cara untuk mendapatkan hasil sampingan menulis ketika ekononi lembab seperti sekarang ini. Yang penting, jika anda rajin,  lajulah ‘pitih’ masuk ke dalam akaun ‘kepala harimau’ anda.

TIGA EBOOK HANYA RM 50.00 JIMAT RM 40.00

MANA hendak dapat tiga ebook dengan harga RM 50.00?

Jika buku fizikal sekalipun, tidak mungkin akan dapat! Tapi saya yakin dapat capaikan impian anda untuk dapatkan tiga ebook dengan harga RM 50.00.

Tiga ebook itu ialah:
1. CARA MUDAH MENULIS NOVEL (Harga asal RM 40.00)
2. 50 TIP MENULIS NOVEL (Harga asal RM 20.00)
3. PANDUAN MENULIS NOVEL BERDASARKAN KISAH BENAR (Harga asal RM 30.00)

Tiga ebook berkenaan jika harga biasa berjumlah RM 90.00 tetapi untuk empat bulan ini saya menjualnya dengan harga pakej RM 50.00. Jimat RM 40.00

Tawaran ini dibuka mulai awal Januari 2017 sehingga 30 April 2017.

Selama empat bulan saya jual ebook berpakej ini dengan harga RM 50.00 sahaja.
Jangan lepaskan peluang ini! Selepas 1 Mei, harga ebook ini akan kembali ke harga asal.

Mereka yang berimat segera WhatApps kepada saya segera ke No. Telefon: 013-3635560
dengan menuliskan EBOOK HARGA PAKEJ.

Saya akan jelaskan bagaimana kaedah bayaran dan pengiriman ebook ini.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

PERLUKAH BERHENTI MENULIS JIKA EKONOMI LEMBAB

TIDAK dinafikan, apabila ekonomi lembab, banyak syarikat penerbitan mengecilkan saiz penerbitan. Malah ada yang mengurangkan staff demi kelangsungan hayat penerbitan. Jika sebelum ini ada penerbit yang menerbitkan 50 buku setahun tetapi akibat ekonomi lembab, mereka mengurangkan kepada 20 buku setahun.

Akibatnya ramai penulis tidak mendapat peluang. Manuskrip yang ada di tangan penerbit terpaksa dipulangkan kepada penulis. Akibatnya penulis yang menerima kesannya. Penulis tidak boleh salahkan penerbit.

Siapalah penulis jika tiada penerbit yang mahu menerbitkan buku mereka?
Dalam hal ini, apakah tindakan penulis? Berhenti menulis! Itu bukanlah jawapannya.
Jawapan yang tepat, penulis mesti menulis seperti biasa. Inilah masanya penulis menumpukan untuk menulis. Jangan menunggu ekonomi pulih semula barulah hendak menulis. Itu salah.

Jika ikut cara orang yang bergelumang dengan hartanah, masa ekonomi lembab inilah mereka memberi harta dan menjualnya semula apabila ekonomi pulih. Begitu juga dengan penulis. Masa ekonomi lembab inilah kita banyak menghasilkan karya.

Kumpulkan karya sebanyak mungkin. Ditakdirkan ekonomi pulih semula, kita ada stok karya di tangan. Mudahkan kita untuk menghantar manuskrip ke mana-mana penerbit.

Tetapi jika kita tidak berkarya, kita tidak aka nada karya. Apabila ekonomi pulis semua, penerbit akan mula mencari manuskrip. Masa inilah kita dengan mudah memberikan mansukrip yang sudah siap. Perlu ingat, menghasilkan satu manuskrip bukan memakan sehari dua, malah adakala berbulan-bulan.

Kepada mereka yang menulis novel atau bukua, biar ekonomi lembab macam mana sekalipun jangan sesekali berhenti menulis. Menulislah seperti biasa.

Kelembapan ekonomi hanyalah bersifat sementara. Ini ujian bagi penulis. Ujian juga bagi mereka yang mencari rezeki dalam pelbagai bidang. Ini yang dikatakan air pasang surut. Bila air pasang, kita akan berada di atas pantai tetapi apabila air suraut, inilah masanya untuk kita mencari hasil laut, seperti kepah, lokan, keram dan pelbagai lagi jenis hidupan laut.

Kira mesti ingat, dalam kesusahan pasti ada kemudahan yang menanti. Banyakan bersabar menghadapi kelembapan ekonomi yang banyak membawa kesan kepada rakyat.

PEMBACA SEKARANG TIDAK SUKA DIAJAR

FAHAMI betul-betul tajuk di atas.

Apabila disebut tidak suka diajar, tentulah maknanya mereka tidak suka disuruh buat begitu, buat begini, jangan buat yang ini tapi buat yang itu. Tinggalkan yang itu, buatlah yang begini! Ya, pembaca sekarang sudah ramai yang bijak berfikir.

Apabila disebut pembaca sekarang ialah pembaca yang baru lepasan sekolah menengah, peringkat kolej atau universiti. Jiwa muda mereka sememangnya tidak suka disuruh, diajak itu dan ini. Tetapi apabila diajak, mereka boleh bertoleransi.

Contohnya dalam pemilihan bahan bacaan. Mereka sudah tentu tidak suka buku-buku yang berbentuk ‘mengajar.’ Sebagai penulis, kita perlu faham dan menulis yang bukan berbentuk mengajar tetapi lebih kepada ‘mengajak.’

Mengajak atau memandu ke arah kebaikan, satu cara mendekatkan diri kepada minat membaca. Tanyalah kepada anak-anak kita, apabila kita suruh atau perintah buat itu atau ini, mereka berat untuk melakukan. Jika melakukan sekalipun bukan dengan kerelaan tetapi terpaksa.

Tetapi apabila kita ajak ke satu-satu tempat, mereka tanpa berfikir panjang. Apa lagi jika tempat itu memberikan hiburan tetapi jika di ajak ke tempat-tempat yang menambahkan ilmu, mereka mungkin agak keberatan.

Apa yang penting di sini ialah kemahuan. Apabila sudah ada kemahuan, boleh diselitkan sedikit demi sedikit ilmu pengetahuan kepada mereka. Mereka tidak boleh diteruskan dengan memberikan ilmu tetapi dengan cara mendadak.

Sebagai penulis, gunakan cara yang bijak, menggunakan teknik atau gaya menulis yang mengarah kepada ‘mengajak’ bukan ‘memerintah’ , ‘menyuruh’ dan seumpamanya.

BUKU MESTI ADA NILAI KOMERSIL

JIKA mahu hasil royalti banyak, tulislah buku yang ada nilai. Maksudnya nilai di dalam buku itu. Jika isi buku itu tidak ada nilai, siapa yang hendak beli? Hendak beli buku mesti sama dengan nilai ringgit yang pembaca keluarkan.

Buku yang ada nilai, biar mahal orang sanggup beli. Tetapi buku yang tidak ada nilai, murah sekalipun pembaca hanya pandang sekal lalu. Dalam hal ini, sebelum menulis kena kaji dahulu apa kehendak pembaca masa kini.

Oh, pembaca mahu buku yang santai dibaca. Isinya tidak berat. Bahasa mudah difahami. Isi kandungannya sesuai dengan kehendak pembaca dan pastikan pembaca akan berkata, “Inilah buku yang saya cari-cari selama ini!”

Ya, pembaca sekarang bukan zaman pembaca ayah atau datuk nenek kita dahulu. Pembaca sekarang mahu yang ringkas, padat, ada isi dan tidak terlalu berbunga-bunga. Macam mana mereka menulis dan membaca WhatApps, begitulah juga ringkasnya kehidupan mereka.

Tetapi penulis jangan menulis ikut bahasa WhatApps. Gunakan bahasa yang santai, Bahasa yang mereka suka, Bahasa yang dekat dengan mereka. Yang penting jangan merosakkan bahasa. Gaya penyampaian seolah-olah pembaca ada di sisi atau di depan mata. Bukan jauh berselindung di sebalik tiang.

Siapa yang ada di depan dan di sisi kita? Pembaca berusia 50 tahun, 30 tahun, 20 tahun atau belasan tahun. Bayangkan ada sekelompok remaja di dahapan kita berusia belasan atau 20 tahun. Macam mana Bahasa yang mereka gunakan, gaya bahasa yang seperti itu juga kita perlu tulis.

Ingat ya! Bukan mudah untuk mereka selok poket, keluarkan duit untuk beli buku yang kita tulis. Penulis mesti ad acara bagaimana dengan perlahan-lahan mereka selok poket dan keluarkan duit dan beli buku kita.

Yang buku kita ada nilai komersil yang boleh menyebabkan mereka membeli buku kita. Bukankah itu tujuan kita? Kita tulis buku supaya mereka dapat beli. Mereka dapat ilmu kita dapat royalti hasil penulisan.

MENULIS EBOOK TAMBAH PENDAPATAN PENULIS

DALAM entri sebelum ini saya ada menulis mengenai ekonomi 2017 ini sangat mencabar bagi golongan penulis. Bagi yang menulis sajak atau cerpen, mungkin tidak terkesan dengan perkara ini. Tetapi bagi mereka yang menulis novel atau buku-buku pelbagai genre, ekonomi 2017 sudah tentu membawa kesan.

Sejak hujung tahun lalu sudah banyak penerbit yang mengecilkan saiz penerbitannya. Maksudnya mengurangkan jumlah penerbitan buku. Jika sebelum ini dlam setahun mereka menerbitkan 60 judul tetapi akibat kelembapan ekonomi, mereka mengurangkan menjadi 40 judul atau lebih kurang daripada itu.

Mereka yang menulis novel atau buku memang terkesan dengan perkara ini. Manuskrip yang ada terpaksa ‘diperam’ seketika sementara menunggu ekonomi pulih. Manakala penulis yang sudah dibuktikan buku mereka boleh dijual, berpeluang merebut kuota yang ada.

Bagi penulis baru, mungkin menjadi masalah untuk karya mereka diterbitkan. Penerbit akan berfikir banyak kali sama ada karya mereka boleh dijual atau tidak ketika zaman yang ‘perit’ ini. Bagaimana agaknya untuk penulis dapat ‘survive’ ketika ekonomi yang tenat ini?

Saya ada beberapa idea untuk dipraktikkan oleh mereka yang terjejas dengan situasi ini.Selain menulis buku, saya juga menulis ebook dan sehingga kini ebook itu masih dijual dan tetap ada permintaan.

Ebook saya itu ialah:
1. EBOOK CARA MUDAH MENULIS NOVEL (CMMN)
2. EBOOK 50 TIP MENULIS NOVEL
3. EBOOK MENULIS NOVEL BERDASARKAN KISAH BENAR

Tiga ebook ini saya tulis tiga atau empat tahun lalu. Ebook inilah yang memberikan hasil sampingan saya. Ketika ekonomi lembab dan pasaran buku fizikal tidak menentu, saya masih mendapat hasil jualan dari ebook ini.

Bagi saya menulis ebook lebih mudah berbanding menulis novel atau buku-buku motovasi Islamik. Sebagai langkah mengatasi kemelut ekonomi ini, apa kata anda fikirkan untuk menulis satu ebook. Ebook ini biarlah yang berkaitan dengan minat anda selain menulis.

Mungkin anda minat dengan memancing atau apa sahaja minat. Tuliskan satu buku panduan mengenai minat anda itu. Contohnya, ebook CARA MEMANCING MUDAH DAPAT IKAN. Cuba cari maklumat di dalam internet dan susun semula dengan gaya penulisan anda sendiri kemudian jadikan ia sebagai ebook.

Jika anda minat dengan pertanian atau menanam sayur-sayuran, anda boleh tuliskan satu ebook seperti CARA MUDAH MENANAM SAYUR DI RUMAH. Sekarang ini banyak teknik menanam sayur boleh dilakukan di rumah.

Anda tidak semestinya ada tanah. Kita boleh gunakan bekas botol minyak 5L untuk menanam sayur. Tanah hitam dan pelbagai jenis tanah yang sesuai ada dijual di nursery malah di pasaraya juga ada dijual.

Benih-benih sayuran juga ada dijual. Anda boleh tuliskan satu ebook sebagaimana tajuk yang dberikan di atas. Ebook ini sebagai panduan. Anda boleh menjualnya di blog sendiri atau di facebook. Tulislah ebook kira-ira 100 halaman dan harga ebook lazimnya di antara RM 30.00 sehingga RM 80.00.

Anda boleh buat sendiri ebook ini dengan menggunakan Microsoft Word kemudian ‘convert’ kepada fail PDF. Untuk membuat kulit muka ebook, anda boleh upah orang lain yang membuat rekabentuk kulit. Semua ini boleh dapatkan di internet.

Ya, kita tidak boleh berdiam diri! Kita mesti lakukan sesuatu. Apa yang penting apa yang anda lakukan ini tidak lari dari dunia penulisan.Dalan zaman yang semua harga barangan naik, apakah tindakan kita untuk mengatasinya.

Tuislah ebook dan fikirkanlah kata-kata saya ini!

PENULIS SUDAH BERUBAAH PENULIS BILA LAGI

PEMBACA buku sekarang sudah berubah. Berubah dari segi pemikiran dan berubah dari segi pemilihan buku untuk dibaca. Mereka tidak membaca sembarangan buku. Mereka membeli buku yang berbaloi dengan wang yang senilai dengan isi sesebuah buku.

Pembaca sudah bijak memilih buku. Buku yang santai. Senang faham. Ayat tidak berbelit-belit. Sekali baca mudah faham. Tidak mahu banyak berfikir kerana semuanya hendak cepat. Macam mana mereka menulis dalam WhatApps, begitulah juga apa yang mereka baca.

Semuanya mudah, senang faham.

Bagaimana dengan penulis? Mahu tidak mahu penulis kena berubah. Berubah dari segi penyampaian. Ini kandungan lebih dekat dengan pembaca. Apabila mereka beli buku dan baca, mereka akan kata, “Cara penyampaian beginilah yang saya mahu.”

Sekali baca sudah faham.
Sesiapa yang sedang berhasrat hendak menjadi penulis buku misalnya, fikirlah sepuluh kali. Kaji dan kaji apa kehendak pembaca. Jangan bila buku sudah terbit, ia ‘lapuk’ dalam rak. Penat menulis, tapi tidak ada orang ambil kisah. Malang bukan penulis seperti ini.

Inilah hakikatnya. Apabila zaman berubah. Pemikiran berubah. Keperluan pembacaan juga berubah. Jadi, mahu tidak mahu penulis juga mesti berubah. Berubah mengikut aliran semasa. Ini sebenarnya untuk kebaikan penulis sendiri jika buku mereka dapat diterima pembaca.

TULIS BUKU YANG BOLEH SELESAIKAN MASALAH PEMBACA

SETIAP pembaca ada masalah masing-masing. Kita pun tidak tahu apa masalah mereka. Yang penting mereka ada masalah dan kita sebagai penulis cuba selesaikan masalah mereka. Ya, mereka beli buku dengan harapan masalah mereka dapat diselesaikan.

Contoh. Setiap orang ada hutang. Tidak kira sama ada hutang dengan manusia atau hutang dengan Allah SWT. Kalau berhutang dengan manusia sudah pasti mereka mahu mencari buku, bagaimana untuk selesaikan hutang dengan manusia.

Tulislah buku bagaimana mahu menyelesaikan masalah mereka. Tunjukkan cara bagaimana mahu selesaikan hutang, sama ada mahu berjimat, menabung atau menjalankan perniagaan secara ‘online’ atau kecil-kecilan. Niatkan sebahagian hasil keuntungan ditabung untuk selesaikan hutang.

Yakin atau tidak jika ini diamalkan lama kelamaan hutang dapat dilangsaikan?

Jika berhutang dengan Allah SWT pula, bagaimana hendak lunaskan? Contohnya tertunggak solat fardu. Bagaimana hendak lunaskan? Berikan panduan bagaimana hendak selesaikan masalah ini. Boleh rujuk dengan ustaz berpengalaman, tulis buku mengenai perkara ini.

Jika hutang tidak bersedekah, berzakat dan sebagainya menyebabkan rezeki sempit, ajarkan bagaimana mahu memperolehi kelancaran rezeki. Banyak cara untuk melancarkan rezeki dalam Islam. Beri panduan dan amalkan apa yang disarankan oleh agama.

Gaya penyampaian pula, jangan pula terlalu menyalahkan pembaca sehingga semua ini berlaku. Semua orang ada buat silap. Perbetulkan kesilapan dan berilah contoh-contoh orang yang telah berjaya melunaskan dua jenis hutang ini.

Jika sedang hadapi dua masalah ini, apabila terbit buku seperti ini, yakin atau tidak kita mampu selesaikan masalah mereka? Walaupun tidak serratus peratus selesai, sekurang-kurangnya kita sudah beri panduan penyelesaian.

Selebihnya mereka kena ikut panduan yang betul.