Profil Penulis

 

MUHD NASRUDDIN DASUKI lahir di Kg. Bukit Kerayong, Kapar, Selangor 26 Disember 1959. Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Kg. Bukit Kerayong, kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar. Semasa di bangku sekolah, sudah mula menceburi bidang penulisan dan banyak tulisan disiarkan di pelbagai majalah dan akhbar. Apabila tamat sekolah, memohon jawatan sebagai wartawan dengan akhbar Mingguan Perdana, terbitan Tinta Press Sdn. Bhd. Kemudian menjadi wartawan dengan akhbar Harian Nasional pada tahun 1984.

                Pada 1985 menjadi pengarang akhbar Mingguan tabloid, Mingguan Famili sehingga 1991 sebelum menceburi dunia penerbitan buku.

                  Mula menulis sejak 1976. Bermula dengan menulis puisi, cerpen, rencana, novel, drama radio dan drama tv. Pernah bertugas sebagai wartawan dan pengarang sebuah akhbar mingguan tabloid di beberapa penerbitan selama lebih sepuluh tahun sebelum menjadi editor sebuah syarikat penerbitan buku, Marwilis Publisher & Distributors Sdn. Bhd. pada tahun 1992.

                Semasa bertugas sebagai editor, banyak terbabit dengan proses penerbitan buku buku dengan mendapatkan manuskrip, menilai, menuynting sehinggalah ke proses membuat filem dan percetakan. Di antaranya yang diediting ialah buku-buku novel dan buku Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4 (KBSM) Apabila syarikat tidak lagi menerbitkan buku, beliau ditugaskan untuk menjadi Pegawai Pemasaran.

            Kini menjadi usahawan dengan mengusahakan sebuah galeri buku sendiri di samping terus menulis kreatif dan non kreatif.

                Banyak karyanya berupa cerpen disiarkan  di pelbagai  akhbar dan majalah seperti Mingguan Malaysia, Berita Minggu,   Dewan  Sastera,  Dewan Budaya dan banyak lagi. Sehingga kini sudah lebih 120 buah cerpen telah disiarkan dan telah menghasilkan dua antologi cerpen persendirian, 17 antologi cerpen bersama serta 23 buah nove dan

3 buah ebook .

                Alamat Blog: http://mnasruddindasuki.blogspot.com

                                    https://muhdnasruddin.wordpress.com

                                    http://www.caramudahtulisnovel.com

     Pernah mengikuti Bengkel Penulisan Cerpen Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) di Bogor, Indonesia pada 11-17 Ogos 1998.

Penulis

Di antara pencapaian terbaik di bidang penulisan ialah:

  •  Hadiah Utama cerpen remaja Utusan-Public Bank, 1990.
    •  Saguhati cerpen dewasa Utusan-Public Bank, 1991.
    •  Hadiah Utama cerpen dewasa Utusan-Public Bank 1992.
  •  Hadiah Utama cerpen remaja Utusan-Public Bank, 1992
  •  Saguhati cerpen ramaja Utusan-Public Bank, 1994.
    •  Hadiah Penghargaan Sayembara cerpen perpaduan anjuran

    Jabatan Perpaduan Negara, 1995.

  •  Hadiah Penghargaan Sayembara Menulis Novel Remaja

    berunsurkan Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri, 1992.

  •  Hadiah Ketiga Sayembara Menulis Novel Kanak-Kanak

    berunsurkan alam sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar dan

    Utusan Melayu.

  •  Hadiah Saguhati cerpen DBP-Maybank, 1995.
  •  Drama TV ‘Panas Bara’ memenangi Anugerah Seri

    Angkasa  96, kategori Teleplay Terbaik Panggung RTM.

  •  Saguhati Cerpen Formula Malaysia, 1999.
  •  Hadiah Kedua Peraduan Menulis Novel Alaf Baru anjuran

    Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.

  • Hadiah saguhati Sayembara menulis Novel sempena Sambutan 50 Tahun DBP

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s