Penulis : Muhd Nasruddin Dasuki
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd,
Jumlah Muka Surat : 112 halaman
SINOPSIS
Dengan izin Allah, katak itu pun bersuara. �Wahai tuan hamba, apakah yang kamu fikirkan dengan ibadat yang baru setahun itu? Adakah tuan tahu, saya sudah tinggal di hutan ini lebih daripada 60 tahun? Adakah kamu mengira setahun itu sudah cukup bagi kamu mengatakan kamu sudah beriman kepada Allah?� Apakah yang berlaku seterusnya? Apakah yang menyebabkan pemuda itu insaf? Bagaimanakah seekor haiwan dapat mengajar manusia? Miliki buku kecil ini. Anda akan tahu kesudahannya. Di dalamnya juga terhimpun kisah-kisah manusia yang pernah melakukan kesilapan. Mereka tersilap kerana mereka terlupa, lalai atau jahil. Namun, mereka lekas bertaubat dengan memperbaiki kesilapan dan memohon ampun. Orang yang bertaubat mempunyai faedah yang banyak. Moga kita sama-sama menginsafinya. Selamat membaca! Muhd Nasruddin Dasuki adalah seorang penulis. Beliau banyak menghasilkan karya dalam bentuk novel dan cerpen. Beliau juga pernah menerima beberapa anugerah dalam bidang penulisan ini. Pengalaman sebagai wartawan dan editor banyak membantu beliau membuka perniagaan sendiri kini.
ISI KANDUNGAN
Prakata
Kisah 1 : Taubat Wanita Berzina
Kisah 2 : Taubat Pemuda Nakal
Kisah 3 : Digigit Anjing Akibat Mencaci
Kisah 4 : Taubat Lelaki Soleh
Kisah 5 : Insaf kerana Katak
Kisah 6 : Nazar Tidak Mahu Bertegur Sapa
Kisah 7 : Bersopan apabila Menegur
Kisah 8 : Berusaha di Samping Beribadat
Kisah 9 : Kelebihan Sembahyang
Kisah 10 : Antara Berkahwin dan Beribadat
Kisah 11 : Kelebihan Air Sembahyang
Kisah 12 : Ahli Sufi dan Buah Tembikai
Kisah 13 : Taubat Raja Zalim
Kisah 14 : Tiada Ruang Berbuat Maksiat
Kisah 15 : Taubat Seorang Penyanyi
Kisah 16 : Kesedaran Seorang Pertapa
Kisah 17 : Taubat Pencuri Kafan
Kisah 18 : Taubat Seorang Pembunuh
Kisah 19 : Taubat Penggemar Tatu
Kisah 20 : Hikmah Membaca Basmalah
Kisah 21 : Sukar Meninggalkan Dosa
Kisah 22 : Taubat Penggembala Lembu
Kisah 23 : Balasan Meninggalkan Sembahyang
Kisah 24 : Bukan Kerana Terpaksa
Kisah 25 : Beriman selepas Sembuh
Kisah 26 : Taubat Seorang Pemabuk
kebaikan dikongsi bersama. saling nasihat menasihati dengan cara yang melalui penulisan berasaskan cerita-cerita nasihat. all the best.
p/s-mau jadi penulis novel misteri, thriller, falsafah, keagamaan etc.