Laporan Sayembara Pengarang Sempena Sambutan Jubli Emas DBP

OLEH ZALILA SHARIF
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah menganjurkan Sayembara Mengarang Sempena Sambutan Jubli Emas DBP dalam genre novel, cerpen, puisi, skrip drama, dan novel remaja. Sayembara ini diadakan dengan tujuan untuk menggalakkan golongan sasterawan dan penulis tanah air menghasilkan karya yang menggarap persoalan masyarakat Malaysia yang membangun dan berdaya saing, liberal, progresif, aman damai dan dipandang tinggi oleh negara luar dari dahulu, sekarang dan pada masa hadapan.
   

 Dari segi tema pula, sayembara ini terbahagi kepada dua kelompok iaitu novel dewasa, novel remaja dan skrip drama, dan kelompok kedua ialah cerpen dan puisi. Tema  untuk kelompok yang pertama ialah karya mestilah menggambarkan sebuah masyarakat yang kaya dengan budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang tinggi sebagai memenuhi satu daripada cabaran Wawasan 2020.  Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerima sebanyak 559 karya iaitu  424 puisi, 87 novel, 59 novel remaja, 42 skrip drama, dan 160 cerpen untuk dinilai. Setelah melalui proses penilaian, sebanyak 53 buah karya telah dipilih untuk diberi hadiah, iaitu 10 buah manuskrip novel, 7 buah manuskrip novel remaja, 10 buah skrip drama pentas, 13 cerpen dan 13 puisi. Senarai pemenang adalah seperti berikut:

1. NOVEL DEWASA
i. Hadiah Pertama (RM50 000.00)
“Bedar Sukma Bisu” –  karya Mohd. Faizal bin Musa
ii. Hadiah Kedua (RM40 000.00)
“Harga Sebuah Maruah” – karya Azizi bin Haji Abdullah
iii. Hadiah Ketiga (RM30 000.00)
“Mahabbah” – karya  Dato’ Profesor Emeritus Haji Shahnon Ahmad
iv. Hadiah Sagu Hati (RM10 000.00)
“Anak Ruma’ Kadang” – karya Mohamad Faizal bin Jamil
 “Bulan dan Mentari” – karya Zaharah Nawawi
 “Kabun di Perbukitan” – karya Mohamad Khalid bin Hamzah
 “Kembali Sebutir Mutiara” – karya Noraini bt. Osman @ Noorainie bt. Othman
 “Langit Angsana” – karya Muhd. Nasruddin bin Muhd. Dasuki
 “Menara” – karya Nasrudin Mohammed
 “Ombak Bukan Penghalang” – Osman bin Ayob

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s