CARA SUPAYA DIMURAHKAN REZEKI

 RAMAI  di antara kita bekerja siang dan malam semata-mata kerana mahu menambahkan rezeki dan setiapkali selepas solat fardu lima waktu kita tidak lupa berdoa kepada ALLAH supaya dimurahkan rezeki. Tetapi malangnya setelah penat bekerja dan berdoa, rezeki masih lagi sempit malah setiap bulan gaji yang diperolehi masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga.

            ALLAH sebenarnya sudah menentukan rezeki kepada setiap hamba-Nya tetapi kerana kejahilan hamba-Nya memancing rezeki,  rezeki yang sepatutnya diperolehi tidak dapat dinikmati. Yakinlah apa yang kita usahakan hari ini, itulah yang akan kita dapat kemudian hari. Tetapi jika kita tidak mengusahakan apa-apa, rezeki tidak mungkin akan datang bergolek.

            Kita mungkin akan tertanya-tanya, ada orang yang berusaha biasa-biasa sahaja tetapi rezekinya tidak pernah putus, manakala orang yang bekerja keras siang dan malam, rezeki masih juga tidak mencukupi. Setiap orang wajib mempunyai kemahiran untuk memancing rezeki. ALLAH sudah menunjukkan jalan bagaimana supaya setiap orang rezekinya murah tetapi mereka memilih untuk tidak memilih apa yang ALLAH anjurkan sebaliknya, memilih cara sendiri mendapatkan rezeki.

            Buku JAMINAN  REZEKI DENGAN SEDEKAH, buku terbaru saya mengupas bagaimana mahu mencari rezeki dengan cara yang mudah dan dianjurkan oleh agama. Insya-ALLAH jika anda mengamalkan apa yang saya tuliskan dan sedia berubah, rezeki yang sempit akan dilapangkan oleh ALLAH.

            Di dalam buku ini mengandungi 80 rencana bagaimana mahu mendapatkan rezeki dan bagaimana dengan hanya bersedekah, rezeki setiap orang akan melimpah ruah. Saya tidak menjamin selepas anda memiliki buku ini rezeki anda yang sempit akan menjadi murah, tetapi tidak mustahil setelah membaca buku ini, anda sedia berubah dan mengikuti apa yang dianjurkan oleh buku ini, rezeki anda secara perlahan-lahan akan berubah dan rezeki anda bertambah.

            Buku  ini sesuai untuk mereka yang berhajat untuk mendapatkan kemurrahan rezeki dengan cara yang diredhai ALLAH. Buku JAMINAN REZEKI DENGAN SEDEKAH hanya RM 36.00 sahaja dan amalkan apa yang terkandung di dalam buku motivasi Islamik  ini jika anda mahu rezeki anda dimurahkan ALLAH.

            Mereka yang berminat boleh membuat pesanan dengan bank in ke akaun bank saya berjumlah RM 40.00 termasuk belanja pos.BUKU JAMINAN REZEKI DENGAN SEDEKAH Setelah bank ini, sila emelkan butiran nama dan alamat anda ke mnasd_326@yahoo. com , SMS  atau Whatsapp ke 013-3635560.

            Berikut adalah butiran akaun bank saya:

              MUHD NASRUDDIN DASUKI

              Akaun MAYBANK  :   162115976283

             Akaun CIMB BANK  :  1277-0002240-207      

Tinggalkan komen