KELEBIHAN MENULIS EBOOK

ADA pembaca bertanya, apa kelebihan menulis ebook dengan buku biasa?

Dalam suasana ekonomi yang lembab sekarang ini, tidak dinafikan banyak jualan buku fizikal turut terkesan. Ia akan membabitkan banyak pihak. Penerbit akan kurangkan jumlah terbitan. Penulis yang ada skrip terpaksa ‘direndam’ lama. Tunggu ekonomi pulih, entah bila.

Yang ada kerja lain mungkin tidak kisah. Tetapi kalau yang bergantung hidup dengan menulis, macam mana?

Ebook sekarang sudah diakui sebagai satu sunber ilmu. Ebook tidak perlu dicetak banyak seperti buku biasa. Jika ada pembeli boleh hantar fail ebook yang dalam bentuk digital. Hanya dengan sekali ‘klik’ ebook boleh dihantar melalui emel. Pembeli baca membaca terus di laptop, Hp atau komputer. Mudah bukan?

Kalau pembeli takut fail akan hilang dalam laptop. Pembeli boleh ‘print’ dan simpan. Boleh baca berulang kali seperti buku biasa.

Berikut kelebihan ebook:

Kos yang rendah. Menulis ebook boleh dilakukan sendiri di laptop atau set komputer. Tidak perlukan kos yang tinggi kerana kita yang menulis, kita yang mengedit dan kita juga yang menerbitkan. Tidak perlu membabitkan ramai orang.

Ebook tidak perlu dihantar kepada penerbit, Tidak perlu dicetak. Tidak ada masalah lambakan stok penyimpanan. Cuma pastikan fail ebook sentiasa selamat di laptop dan pastikan tidak terkena virus.

Ebook boleh dijual diseluruh dunia. Tetapi pasaran di Malaysia juga luas. Melakukan ‘marketing’ tidak perlu keluar rumah atau pejabat. Semua boleh dilakukan di internet. Tidak perlu jumpa pelanggan untuk menjual. Pembeli akan mencari di blog penulis.

Menjual ebook di internet ibarat membuka premis 24 jam. Ketika anda sedang tidur sekalipun, orang boleh membeli ebook anda. Tidak seperti kedai. Jika buka pukul 9.00 pagi dan tutup pukul 7.00 malam. Penjualan buku hanya tempoh itu sahaja.

Kaedah pemasaran yang pelbagai dan percuma. Tidak perlu keluar duit minyak asalkan bijak menguasai permasaran internert atau ‘internet marketing’ (IM). Semua ini boleh anda pelajari melalui internet atau menghadiri seminar ‘internet marketing.’

Tidak ada istilah siapa penerbit, siapa editor, siapa pencetak, siapa mengedar dan sebagainya kerana semua itu boleh dilakukan sendiri oleh penulis.

Keuntungan 100 %.  Jika anda penulis ebook, anda juga yang akan kesemuanya jika harga ebook berkenaan RM 30.00. RM 30.00 itu milik anda. Bayangkan kalau anda mampu menjual 1,000 ebook? 1000 X RM 30.00 = RM 30,000 itu milik anda.

Berbanding buku fizikal. Penulis cuma dapat royalti 10 %. Jika harga buku RM 30.00 dapat dijual 1000 naskhah. Jumlah royalti yang akan anda dapat ialah RM 3,000. RM 3,000.00 itulah milik anda. Hendak menghabiskan jualan 1000 naskhah, bila? Setahun? Enam bulan?

Anda hanya akan dapat royalti setahun sekali atau dua kali setahun. Bergantung kepada perjanjian penerbit dengan penulis. Jika anda menjual ebook, bayaran akan terus masuk ke dalam akaun bank anda.

Rajin anda buat promosi dan ‘marketing’ banyaklah duit masuk.

Ini sebenarnya hanya satu cara  jika anda ingin menambahkan pendapatan menulis selain hasil royalti. Bagaimanapun terpulanglah kepada penulis.

Sebenarnya sebagai penulis, ada banyak cara untuk mendapatkan hasil sampingan menulis ketika ekononi lembab seperti sekarang ini. Yang penting, jika anda rajin,  lajulah ‘pitih’ masuk ke dalam akaun ‘kepala harimau’ anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s